Perhatikan berapa banyak sebutan tentang masalah, problem, tekanan, kutukan yang di sebut oleh seseorang dari bangun tidur sampai tidur semula atau sampai tidur selama-lamanya; dibandingkan dengan berapa banyak pula sebutan kesyukuran, penghargaan dan terima kasih yang di sebut dibibir? Apa yang kita sebut menunjukkan tahap kehidupan, kebahagiaan seseorang. Bersyukur akan membuatkan kita bahagia, berterima kasih juga akan membuatkan kita rasa gembira. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak kebahagiaan akan hadir dalam hidup kita. #DrAzizanOsman
Sunday, October 20, 2013
Minda Positif Minda Negatif
Labels:
Minda Positif Minda Negatif
Location:
Medan Idaman, Medan Idaman
Wednesday, October 16, 2013
Doa Pagi Rabu Yang Ceria
Dr. Wan Shah Razali ~
Ya Allah ,perbaikilah agama kami yang menjadi perkara paling penting dalam hidup kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi kehidupan kami. Perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kami kembali kepada Mu. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami. Jadikanlah kematian kami itu sebagai istirihat kami daripada segala kejahatan
Ya Allah Ya Tuhan kami bukakanlah pintu rezeki buat kami semua. Jika rezeki kami masih di langit turunkanlah, dan jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Kerana Engkaulah maha pemberi rezeki Ya Allah
Labels:
Doa Pagi Rabu Yang Ceria
Tuesday, October 15, 2013
[Lebih baik tinggalkan waris keluarga dalam keadaan kaya-raya]
[Lebih baik tinggalkan waris keluarga dalam keadaan kaya-raya]
Abu Ishak (Nama sebenarnya Saad bin Abu Waqas melaporkan : "Pada tahun haji perpisahan, Nabi Muhammad saw datang menziarahi saya sebab saya sakit waktu itu. Saya berkata kepada Nabi Muhammad saw, "Wahai Utusan Allah, tuan lihatlah sendiri penyakit saya ini sudah sampai begini. Saya mempunyai harta, dan saya hanya mempunyai seorang anak perempuan sebagai waris saya. Adakah saya dibenarkan bersedekah sebanyak 2/3 harta saya itu kepada orang lain?' Nabi Muhammad saw menjawab, 'Tidak dibenarkan.'
Saya bertanya lagi, 'Sekiranya separuh harta saya?' Nabi Muhammad saw menjawab, 'Tidak dibenarkan juga.'
Saya bertanya lagi, 'Sekiranya sepertiga, bagaimana? Lalu dijawab oleh Nabi Muhammad saw, 'Ya. Sepertiga, boleh. Sepertiga itu pun sudah banyak. Percayalah, apabila saudara meninggalkan waris saudara dalam keadaan kaya raya, itu lebih baik daripada saudara meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minga bantuan orang lain. Percayalah, bagi setiap nafkah yang saudara niatkan kerana Allah, saudara diberi pahala, termasuklah makanan yang saudara berikan kepada isteri saudara.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Amacam? #DrAzizanOsman
Location:
Sentul, Sentul
Sunday, October 13, 2013
Good Money Running After Bad Money
Ainon Mohd.
Dari ABS
Salah satu tingkah laku yang kerap dapat dikatakan sering berlaku adalah di mana seseorang itu menggunakan 'duit baik' bagi menyelamatkan 'duit buruk'.
Dalam pepatah orang putihnya, disebut 'good money running after bad mmoney'.
.
Ia berlaku begini, sebagai contoh:
Kita mengambil pinjaman bank RM40k bagi memulakan bisnes direct-selling ala MLM kita sendiri.
Bagi tujuan itu, kita mengeluarkan sendiri produk supplement magik yang kita katakan dapat menyembuhkan kanser tahap 4.
Produk itu kita jual pada harga RM250 sekotak.
Kemudian bisnes kita sangkut. Supplement magik tidak berapa laku. Banyak stok tidak bergerak. Agent-agent komplen produk kita itu sukar dijual.
Akibatnya, ansuran hutang bank bulanan tersangkut. Bunga hutang bank semakin banyak.
Ada kawan menasihati kita supaya kita muncul di TV3 dan kita perlu membayar slot iklan. Kita pun ikut nasihatnya.
Tetapi duit modal RM40k itu sudah lama habis. Di mana hendak dicari duit bagi membayar slot iklan TV3?
Kawan kita memberi idea supaya kita gunakan kad kredit. Kita pun ikut nasihatnya.
Keluar lagi duit. Hutang kad kredit sudah maksimum. Namun jualan tidak juga naik.
Kemudian, ada pula kawan lain yang menasihati kita supaya kita beli ruang iklan dalam surat khabar Harian Metro.
Duit tidak ada. Kawan itu menasihati supaya kita apply kad kredit baru. Kita pun ikut nasihatnya. Kita aplly kad kredit lain, dan kita gunakan kad itu bagi membayar iklan dalam Harian Metro.
Jualan tidak juga naik.
Hutang semakin banyak. Bunga hutang pun semakin naik.
Kemudian, ada kawan lain menasihati supaya beli iklan berbayar dalam internet. Kita tidak pandai membuat website. Duit pun sudah tidak ada.
Kawan itu menasihati supaya kita pinjam kad kredit isteri. Kita pun pinjam kad kredit isteri.
Kita pun keluarkan duit lagi, kali ini bagi membayar web-developer.
Jualan tidak juga naik. Hutang dan bunga hutang semakin naik.
.
Modal RM40k itu pada mulanya adalah 'good money', kemudian ia menjadi 'bad money'.
Bad-money adalah duit yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Kita menggunakan lebih banyak good-money yang kita pinjam dari kad-kad kredit sebab kita hendak menyelamatkan bisnes supplement magik yang sememangnya bad-product!
.
Tingkah-laku di mana kita membelanjakan good-money sebab hendak mendapatkan semula bad-money adalah didorong oleh:
1. Kita berpegang kepada harapan palsu.
2. Kita tidak dapat menerima realiti bahawa kita telah melakukan perkara tidak bijak dalam bisnes.
.
Duit-buruk adalah 'bad investment'.
Kita tidak patut mencurahkan lebih banyak duit-baik ke dalam lubang duit-buruk kerana didorong oleh harapan palsu kononnya kita boleh mendapatkan semula duit buruk itu.
Apabila kita mengeluarkan duit-baik atas harapan palsu, itu sudah bukan urusan bisnes lagi. Ia sudah menjadi perjudian!
.
Banyak produk keluaran peniaga Melayu adalah 'bad-product'. Bad-product adalah produk yang pasaran tidak perlukan.
Buat BMC sebelum mencurahkan duit-baik kita ke dalam mana-mana lubang.
Dengan membuat BMC, awal-awal lagi kita sudah boleh nampak sama ada produk yang kita hendak buat itu good-product ataupun bad-product.
.
Seandainya dalam tempoh 3 bulan selepas sesuatu produk itu diperkenalkan ke dalam pasaran, tetapi produk itu tidak laku, ertinya produk itu adalah bad-product.
Tempoh 3 bulan itu berdasarkan tempoh kredit yang lazimnya diberikan kepada agen dan kedai.
Kalau laku, agen dan kedai akan order dan order lagi. Agen dan kedai akan memulangkan stok tidak laku selepas 90 hari.
Apabila tiba ke titik itu, jangan kita membelanjakan lebih banyak duit dengan harapan produk yang tidak laku itu akan laku jua akhirnya.
Saturday, October 12, 2013
Positive Mental Attitude (PMA) atau Destructive Negative Attitude (DNA)
Hidup ini semua orang ada pilihan untuk menilai sesuatu dari Positive Mental Attitude (PMA) atau Destructive Negative Attitude (DNA). Most people yang saya kenal samada mereka kaya harta atau tidak tapi mereka sentiada tersenyum bahagia, senyuman sentiasa penuh diwajah mereka, mereka ini bahagia di jiwa atau KAYA JIWA. Mereka berfikiran bersih dan sentiasa melihat sesuatu dengan sangkaan yang bersih. Ramai juga yang saya kenal, mereka sebenarnya bukan sahaja hidup bahagia, tenang tetapi kaya harta dan tidak kurang derma serta sedekah mereka. Hidup ini penuh dengan pilihan, semua orang boleh pilih apa
pilihan mereka. #DrAzizanOsman
pilihan mereka. #DrAzizanOsman
Friday, October 11, 2013
Kenapa tidak berjaya lagi dari segi kewangan? - Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan 2013
Untuk sebaran bagi semua. Semoga seminar ini bermanfaat untuk anda. Jom Daftar!!
|
Soalan : Kenapa saya tidak
berjaya lagi dari segi kewangan?
Jawapan:
1- Sebab anda tidak cukup bersyukur. Orang berjaya tidak fokus kepada apa yang
TIDAK BERJAYA dilakukan tetapi fokus kepada apa tindakan yang mereka berjaya
lakukan dan bersyukur
2- Anda pernah duduk dan perhatikan adakah anda berada di situasi kewangan sebagai
pekerja, berniaga dan/atau melabur? Jika anda bekerja, kenaikan gaji dan
pendapatan anda adalah terhad, tetapi jika berniaga atau melabur, anda
mempunyai lebih pilihan dan kuasa untuk meningkatkan pendapatan anda.
3- Kuasa merubah kewangan kita di dalam perniagaan bergantung kepada kuasa Doa
& tawakal, kuasa Ilmu, kuasa strategi, kuasa tindakan luar biasa, kuasa
fokus, kuasa menyumbang/memberi, kuasa istiqomah, kuasa ikhlas, kuasa syukur,
sabar, redha dan kuasa minda postifi. Jangan lupa juga lihat bagaimana kita
menarik keberkatan ke dalam hidup kita dengan check solat kita 5 waktu, solat
sunat dhuha dan tahajud, sedekah, hubungan kita dengan ibu bapa kita dan
suami/isteri/anak-anak samada kita cukup gembirakan mereka atau tidak dan tidak
lupa juga adakah kita bersangka baik dengan Tuhan.
Orang yang banyak merungut kepada Allah swt akan hidup penuh rungutan.
Rezeki adalah banyak di sekeliling kita tetapi adakah minda kita dan ilmu kita
tahu bagaimana mencapainya?
#DrAzizanOsman
**********************************************
P/S Saya sedang
berikan ilmu secara percuma iaitu buku terbaru "Magnet Kekayaan &
Kejayaan" apabila anda daftar & hadir ke Mini Seminar
"Magnet Kekayaan & Kejayaan" yang dibuka pendaftaran sekarang.
Daftar 100% Percuma (Bila daftar 3 org) di MAGNET2013.com
|
Its a Chicken-out's World!
Dalam interview di MHI pagi ini, saya bersama Dato Roslan dan pesan Dato Roslan Ab Hamid, kalau hendak terbang tinggi ke angkasa berkawanlah dengan helang jangan membuang masa bersembang dengan ayam!! #DrAzizanOsman
P/S You talk to chicken, you ask chicken's opinion, you read chicken's FB, you learn from chicken, you will end up think, feel, walk, talk &
act like chicken. :)p.... Its a chicken-out's world! Kejayaan bukan milik mereka yang kechut bertindak!
P/S You talk to chicken, you ask chicken's opinion, you read chicken's FB, you learn from chicken, you will end up think, feel, walk, talk &
act like chicken. :)p.... Its a chicken-out's world! Kejayaan bukan milik mereka yang kechut bertindak!
Wednesday, October 9, 2013
Kemahuan dan Keinginan!!
Dr. Wan Shah Razali
Saya memetik kata-kata ahli falsafah,
Kesakitan dan kesengsaraan itu sebenarnya berpunca daripada kemahuan atau keinginan seseorang. Oleh itu, untuk menghilangkan kesakitan kita perlu menghilangkan kemahuan atau keinginan yang berkaitan. -DSR
Labels:
Kemahuan dan Keinginan
Location:
KLCC, Kuala Lumpur City Centre
Tuesday, October 8, 2013
Strategi Conversion - Tingkatkan sales cepat & mudah.
Strategi conversion - Tingkatkan sales cepat & mudah.
Sales adalah aktiviti transaksi atau pertukaran sesuatu untuk sesuatu.
Dalam bisnes, aktiviti sales berlaku apabila:
1) Pelanggan bagi duit kepada pemilik bisnes.
2) Pemilik bisnes bagi produk kepada pelanggan.
Untuk tingkatkan sales dengan mudah, perkara utama adalah memahami strategi conversion.
Conversion bermaksud:
1) Apabila 10 pelanggan datang ke kedai Facebook, berapa ramai yang akan buat pembelian?
2) Apabila 100 pelanggan masuk ke laman web, berapa ramai yang akan beli produk?
Bisnes-bisnes yang buat banyak duit fokusnya pada conversion. Dengan membaiki conversion, peluang mereka untuk close deal atau hasilkan jualan lebih tinggi.
Contoh-contoh strategi conversion adalah seperti berikut:
Logo Sosial
Logo sosial adalah logo yang dapat musnahkan ketakutan dalam diri pelanggan untuk beli produk.
Kajian membuktikan, apabila ada logo sosial yang ditampal dalam laman web, Facebook, blog dan sebagainya, keputusan pelanggan untuk membeli jadi lebih cepat.
Bahkan, pelanggan akan rasa selamat.
Contoh logo sosial adalah:
1) Jika kita menjual produk kesihatan atau kecantikan, kita boleh tampal logo KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
2) Jika kita menjual produk tudung, baju dan sebagainya, kita boleh tampal logo Poslaju.
3) Jika kita menjual servis fotografi, kita boleh gunakan logo jenama kamera yang kita guna (Nikon, Canon dan sebagainya).
Logo-logo sosial ini yang akan menambah keyakinan pelanggan dari sudut visual.
Logo Syarikat Penerbitan
Sekiranya produk kita pernah muncul dalam media-media atau penerbitan seperti:
1) Rancangan televisyen.
2) Majalah.
3) Akhbar.
… Maka kita boleh gunakan logo-logo mereka untuk ditampalkan dalam kedai online.
Berdasarkan kajian daripada pakar-pakar bisnes, logo-logo penerbitan ini sesuai diletakkan pada butang tindakan (Call-to-action).
Iaitu pada bahagian sebelum pelanggan klik "Beli Sekarang."
Letakkan logo syarikat penerbitan sebelum butang ini.
Sales adalah aktiviti transaksi atau pertukaran sesuatu untuk sesuatu.
Dalam bisnes, aktiviti sales berlaku apabila:
1) Pelanggan bagi duit kepada pemilik bisnes.
2) Pemilik bisnes bagi produk kepada pelanggan.
Untuk tingkatkan sales dengan mudah, perkara utama adalah memahami strategi conversion.
Conversion bermaksud:
1) Apabila 10 pelanggan datang ke kedai Facebook, berapa ramai yang akan buat pembelian?
2) Apabila 100 pelanggan masuk ke laman web, berapa ramai yang akan beli produk?
Bisnes-bisnes yang buat banyak duit fokusnya pada conversion. Dengan membaiki conversion, peluang mereka untuk close deal atau hasilkan jualan lebih tinggi.
Contoh-contoh strategi conversion adalah seperti berikut:
Logo Sosial
Logo sosial adalah logo yang dapat musnahkan ketakutan dalam diri pelanggan untuk beli produk.
Kajian membuktikan, apabila ada logo sosial yang ditampal dalam laman web, Facebook, blog dan sebagainya, keputusan pelanggan untuk membeli jadi lebih cepat.
Bahkan, pelanggan akan rasa selamat.
Contoh logo sosial adalah:
1) Jika kita menjual produk kesihatan atau kecantikan, kita boleh tampal logo KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
2) Jika kita menjual produk tudung, baju dan sebagainya, kita boleh tampal logo Poslaju.
3) Jika kita menjual servis fotografi, kita boleh gunakan logo jenama kamera yang kita guna (Nikon, Canon dan sebagainya).
Logo-logo sosial ini yang akan menambah keyakinan pelanggan dari sudut visual.
Logo Syarikat Penerbitan
Sekiranya produk kita pernah muncul dalam media-media atau penerbitan seperti:
1) Rancangan televisyen.
2) Majalah.
3) Akhbar.
… Maka kita boleh gunakan logo-logo mereka untuk ditampalkan dalam kedai online.
Berdasarkan kajian daripada pakar-pakar bisnes, logo-logo penerbitan ini sesuai diletakkan pada butang tindakan (Call-to-action).
Iaitu pada bahagian sebelum pelanggan klik "Beli Sekarang."
Letakkan logo syarikat penerbitan sebelum butang ini.
--------------------------------------------------------------------------
Starex Royale Registered Year 2012 (12 Seat)
Dialu-alukan kepada anda semua untuk sewa kereta di sekitar KL &
Selangor.
Contact SEKARANG untuk dapatkan harga yang TERBAIK dari kami!!
Monday, October 7, 2013
Bukan senang hendak senang. Bukan susah hendak susah
Tingkatkan tahap keupayaan penjanaan wang anda secara agresif (agressive income - perlukan masa & tenaga anda yang banyak), hidup di bawah kemampuan (live below your means) dan laburkan lebihan serta simpanan untuk penjanaan pendapatan pasif (passive income). Anda akan berterima kasih kepada diri sendiri suatu hari nanti.
Bukan senang hendak senang. Bukan susah hendak susah. Semuanya atas pilihankita.
Apa yang kita pilih 5 tahun lepas, mengambarkan apa yang anda miliki sekarang. Jadi, apa yang anda gambarkan pada hari ini, ianya akan mencorak masa hadapan anda!
Bukan senang hendak senang. Bukan susah hendak susah. Semuanya atas pilihankita.
Apa yang kita pilih 5 tahun lepas, mengambarkan apa yang anda miliki sekarang. Jadi, apa yang anda gambarkan pada hari ini, ianya akan mencorak masa hadapan anda!
Subscribe to:
Posts (Atom)