Wednesday, November 6, 2013

Bisnes Online Dikenakan GST



wah...wah....Bisnes online pun akan dikenakan GST...
anda setuju ke? Cer komen sikit... ;)
 




Friday, October 25, 2013

Kuasa Bersyukur

Kuasa Bersyukur

Jangan merungut kerana orang yang bersyukur tidak ada rungutan dan orang yang merungut tidak ada kesyukuran. Baca.. #DrAzizanOsman

[Kuasa Bersyukur]

Kuasa bersyukur adalah satu nikmat yang luar biasa dan hikmah yang besar bagi seseorang mukmin (Yang beriman kepada Allah swt dan hari kiamat]. Bukan sedikit ayatul-quran (firman Allah swt) yang menyebut tentang kesyukuran dan musuh utama kesyukuran adalah kekufuran.

Seringkali manusia mempersoalkan tentang "Sampai bila kena asyik bersyukur?" atau rungutan tentang "Kau asyik suruh aku bersyukur sahaja walaupun banyak masalah?".

Di sinilah salah faham tentang kesyukuran. Berdasarkan pengalaman saya, prinsip bersyukur ini merupakan prinsip pegangan pertama di dalam formula transformasi hidup seseorang dan memperbaiki diri.

Cuba kita lihat, ada begitu banyak ayat-ayat firman Allah swt yang menyeru atau mengingatkan kita tentang bersyukur, in fact, bagi saya, the whole essence of Islam adalah terletak kepada penzahiran kesyukuran kita dari keikhlasan hati hingga kepada amalan kepada Allah swt dan kekasihNya antaranya melalui solat, sedekah, zakat, selawat, berpuasa, berdoa dan lain-lain amalan.

Cuba perhatikan setiap satu terjemahan ayat-ayat Allah swt ini :-

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu."- Surah Al-Baqarah 2:152

"Wahai orang orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya."- Surah Al-Baqarah 2:172

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."- Surah Ibrahim 14: 7

"...Barangsiapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhan ku Maha Kaya, Maha Mulia."- Surah An-Naml 27:40

"Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, iaitu 'Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji."- Surah Luqman 31:12

"Allah tidak akan menyeksa mu jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui."- Surah An-Nisa 4:147

"Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan dan tanah yang buruk, tanaman-tanamannya tumbuh merana. Demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur."- Surah Al-A'raf 7:58

"Dan apakah dugaan orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah pada hari kiamat? Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia (yang dilimpahkan) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur."- Surah Yunus 10:60

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."- Surah Ibrahim 14:7

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunan ku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur."- Surah Ibrahim 14:37

"Dan kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, agar mereka dapat makan dari buahnya dan dari hasil usaha tangan mereka. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?"- Surah Yasin 36:34-35

"...Allah menghendaki kemudahan bagi mu dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada mu agar kamu bersyukur."- Surah Al-Baqarah 2:185

"...Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagi mu agar kamu bersyukur."- Surah Al-Maidah 5:6

"Jika kamu kafir (ketahuilah), maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan mu dan Dia tidak meredai kekafiran hamba-hambaNya. Jika kamu bersyukur, Dia meredai kesyukuran mu itu..."- Surah Az-Zumar 39:7

"...Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepada mu; maka mintalah rezeki dari Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nya kamu akan dikembalikan."- Surah Al-Ankabut 29:17

"Sungguh, bagi kaum Saba ada tanda (kebesaran Tuhan di tempat kediaman mereka), iaitu dua buah kebun disebelah kanan dan disebelah kiri (kepada mereka dikatakan), 'Makanlah oleh mu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhan mu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negeri mu) adalah negeri yang baik (nyaman) sedang (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun."- Surah Saba 34:15

Prinsip bersyukur akan menjadi "magnet" minda dan hati kita kepada lebih banyak rahmat Allah swt. Fokus kepada kebaikan dan pada masa yang sama, kita juga disuruh sentiasa memperbaiki diri kita.

Jika tidak ada masalah, manusia mungkin leka dan lalai. Kita mungkin menjadi bongkak dan sombong. Kita mungkin akan terus kufur di dalam melihat betapa banyaknya nikmatNya dan DIA beri sedikit ujian sebagai ingatan kepada kita yang selalunya berpunca dari kealpaan diri kita sendiri.

Segala yang dikongsikan ini tidak lain untuk mengingatkan diri saya untuk terus bersyukur di sertai dengan amalan yang menzahirkan bukti kesyukuran kita.

Semoga ia juga menjadi ingatan kepada mereka yang memerlukannya. #DrAzizanOsman

P/S Kita adalah "magnet" kepada apa yang kita fokuskan atau fikirkan. Dapatkan buku terbaru saya secara percuma "Magnet Kekayaan & Kejayaan" bila anda hadir secara percuma (Bila daftar 3 nama peserta) ke Mini Seminar "Magnet Kekayaan & Kejayaan" di lokasi terpilih seperti KL (26/10), Tawau (2/11), Melaka (3/11), Shah Alam (5/11) dan lain-lain. Daftar dan lihat jadual di Magnet2013.com atau hubungi 03-55191260 (Waktu Pejabat)

Credit to: Nuruhanan.blogspot.com yang telah menghimpunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran tentang bersyukur ini

Tuesday, October 22, 2013

MEMPUNYAI MATLAMAT YANG JELAS.

1. MEMPUNYAI MATLAMAT YANG JELAS.
Terutama kepada mereka yang baru/ingin/sedang menjalankan perniagaan, matlamat yang jelas adalah amat perlu. Ramai juga yang menceburi perniagaan kerana pengaruh orang lain semata-mata. Mereka sendiri tidak jelas mengapa, apa, dan bagaimana menjalankan perniagaan. Untuk matlamat yang jelas pastikan:
a) Matlamat anda spesifik contoh “Ingin menjana pendapatan sampingan sebanyak RM 300 setiap bulan dalam masa 1 tahun.” Spesifik bukan?
b) Matlamat anda boleh diukur seperti contoh kenyataan di atas…RM 300, tiap bulan, satu tahun, dan sebagainya.
c) Matlamat anda memang munasabah bukan mimpi…RM 300 tiap bulan…MUNASABAH!
d) Matlamat anda dikawal oleh diri anda sendiri bukan dikawal atau ditentukan pihak lain contohnya kawan-kawan, rakan niaga, isteri, mak saudara…tapi untuk mencapai matlamat berganda(dalam kumpulan) perlu ada matlamat yg satu.
e) Matlamat anda mempunyai faktor masa dan bukan sesuatu yang ingin anda capai ‘DI SUATU HARI NANTI'…


Sunday, October 20, 2013

Minda Positif Minda Negatif

Perhatikan berapa banyak sebutan tentang masalah, problem, tekanan, kutukan yang di sebut oleh seseorang dari bangun tidur sampai tidur semula atau sampai tidur selama-lamanya; dibandingkan dengan berapa banyak pula sebutan kesyukuran, penghargaan dan terima kasih yang di sebut dibibir? Apa yang kita sebut menunjukkan tahap kehidupan, kebahagiaan seseorang. Bersyukur akan membuatkan kita bahagia, berterima kasih juga akan membuatkan kita rasa gembira. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak kebahagiaan akan hadir dalam hidup kita. ‪#‎DrAzizanOsman‬


Wednesday, October 16, 2013

Doa Pagi Rabu Yang Ceria

Dr. Wan Shah Razali ~
Ya Allah ,perbaikilah agama kami yang menjadi perkara paling penting dalam hidup kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi kehidupan kami. Perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kami kembali kepada Mu. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami. Jadikanlah kematian kami itu sebagai istirihat kami daripada segala kejahatan
Ya Allah Ya Tuhan kami bukakanlah pintu rezeki buat kami semua. Jika rezeki kami masih di langit turunkanlah, dan jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Kerana Engkaulah maha pemberi rezeki Ya Allah


Tuesday, October 15, 2013

[Lebih baik tinggalkan waris keluarga dalam keadaan kaya-raya]

[Lebih baik tinggalkan waris keluarga dalam keadaan kaya-raya]
Abu Ishak (Nama sebenarnya Saad bin Abu Waqas melaporkan : "Pada tahun haji perpisahan, Nabi Muhammad saw datang menziarahi saya sebab saya sakit waktu itu. Saya berkata kepada Nabi Muhammad saw, "Wahai Utusan Allah, tuan lihatlah sendiri penyakit saya ini sudah sampai begini. Saya mempunyai harta, dan saya hanya mempunyai seorang anak perempuan sebagai waris saya. Adakah saya dibenarkan bersedekah sebanyak 2/3 harta saya itu kepada orang lain?' Nabi Muhammad saw menjawab, 'Tidak dibenarkan.'
Saya bertanya lagi, 'Sekiranya separuh harta saya?' Nabi Muhammad saw menjawab, 'Tidak dibenarkan juga.'
Saya bertanya lagi, 'Sekiranya sepertiga, bagaimana? Lalu dijawab oleh Nabi Muhammad saw, 'Ya. Sepertiga, boleh. Sepertiga itu pun sudah banyak. Percayalah, apabila saudara meninggalkan waris saudara dalam keadaan kaya raya, itu lebih baik daripada saudara meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minga bantuan orang lain. Percayalah, bagi setiap nafkah yang saudara niatkan kerana Allah, saudara diberi pahala, termasuklah makanan yang saudara berikan kepada isteri saudara.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Amacam? ‪#‎DrAzizanOsman


Sunday, October 13, 2013

Good Money Running After Bad Money

Ainon Mohd.
Dari ABS
Salah satu tingkah laku yang kerap dapat dikatakan sering berlaku adalah di mana seseorang itu menggunakan 'duit baik' bagi menyelamatkan 'duit buruk'.
Dalam pepatah orang putihnya, disebut 'good money running after bad mmoney'.
.
Ia berlaku begini, sebagai contoh:
Kita mengambil pinjaman bank RM40k bagi memulakan bisnes direct-selling ala MLM kita sendiri.
Bagi tujuan itu, kita mengeluarkan sendiri produk supplement magik yang kita katakan dapat menyembuhkan kanser tahap 4.
Produk itu kita jual pada harga RM250 sekotak.
Kemudian bisnes kita sangkut. Supplement magik tidak berapa laku. Banyak stok tidak bergerak. Agent-agent komplen produk kita itu sukar dijual.
Akibatnya, ansuran hutang bank bulanan tersangkut. Bunga hutang bank semakin banyak.
Ada kawan menasihati kita supaya kita muncul di TV3 dan kita perlu membayar slot iklan. Kita pun ikut nasihatnya.
Tetapi duit modal RM40k itu sudah lama habis. Di mana hendak dicari duit bagi membayar slot iklan TV3?
Kawan kita memberi idea supaya kita gunakan kad kredit. Kita pun ikut nasihatnya.
Keluar lagi duit. Hutang kad kredit sudah maksimum. Namun jualan tidak juga naik.
Kemudian, ada pula kawan lain yang menasihati kita supaya kita beli ruang iklan dalam surat khabar Harian Metro.
Duit tidak ada. Kawan itu menasihati supaya kita apply kad kredit baru. Kita pun ikut nasihatnya. Kita aplly kad kredit lain, dan kita gunakan kad itu bagi membayar iklan dalam Harian Metro.
Jualan tidak juga naik.
Hutang semakin banyak. Bunga hutang pun semakin naik.
Kemudian, ada kawan lain menasihati supaya beli iklan berbayar dalam internet. Kita tidak pandai membuat website. Duit pun sudah tidak ada.
Kawan itu menasihati supaya kita pinjam kad kredit isteri. Kita pun pinjam kad kredit isteri.
Kita pun keluarkan duit lagi, kali ini bagi membayar web-developer.
Jualan tidak juga naik. Hutang dan bunga hutang semakin naik.
.
Modal RM40k itu pada mulanya adalah 'good money', kemudian ia menjadi 'bad money'.
Bad-money adalah duit yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Kita menggunakan lebih banyak good-money yang kita pinjam dari kad-kad kredit sebab kita hendak menyelamatkan bisnes supplement magik yang sememangnya bad-product!
.
Tingkah-laku di mana kita membelanjakan good-money sebab hendak mendapatkan semula bad-money adalah didorong oleh:
1. Kita berpegang kepada harapan palsu.
2. Kita tidak dapat menerima realiti bahawa kita telah melakukan perkara tidak bijak dalam bisnes.
.
Duit-buruk adalah 'bad investment'.
Kita tidak patut mencurahkan lebih banyak duit-baik ke dalam lubang duit-buruk kerana didorong oleh harapan palsu kononnya kita boleh mendapatkan semula duit buruk itu.
Apabila kita mengeluarkan duit-baik atas harapan palsu, itu sudah bukan urusan bisnes lagi. Ia sudah menjadi perjudian!
.
Banyak produk keluaran peniaga Melayu adalah 'bad-product'. Bad-product adalah produk yang pasaran tidak perlukan.
Buat BMC sebelum mencurahkan duit-baik kita ke dalam mana-mana lubang.
Dengan membuat BMC, awal-awal lagi kita sudah boleh nampak sama ada produk yang kita hendak buat itu good-product ataupun bad-product.
.
Seandainya dalam tempoh 3 bulan selepas sesuatu produk itu diperkenalkan ke dalam pasaran, tetapi produk itu tidak laku, ertinya produk itu adalah bad-product.
Tempoh 3 bulan itu berdasarkan tempoh kredit yang lazimnya diberikan kepada agen dan kedai.
Kalau laku, agen dan kedai akan order dan order lagi. Agen dan kedai akan memulangkan stok tidak laku selepas 90 hari.
Apabila tiba ke titik itu, jangan kita membelanjakan lebih banyak duit dengan harapan produk yang tidak laku itu akan laku jua akhirnya.






Saturday, October 12, 2013

Positive Mental Attitude (PMA) atau Destructive Negative Attitude (DNA)

Hidup ini semua orang ada pilihan untuk menilai sesuatu dari Positive Mental Attitude (PMA) atau Destructive Negative Attitude (DNA). Most people yang saya kenal samada mereka kaya harta atau tidak tapi mereka sentiada tersenyum bahagia, senyuman sentiasa penuh diwajah mereka, mereka ini bahagia di jiwa atau KAYA JIWA. Mereka berfikiran bersih dan sentiasa melihat sesuatu dengan sangkaan yang bersih. Ramai juga yang saya kenal, mereka sebenarnya bukan sahaja hidup bahagia, tenang tetapi kaya harta dan tidak kurang derma serta sedekah mereka. Hidup ini penuh dengan pilihan, semua orang boleh pilih apa
pilihan mereka. ‪#‎DrAzizanOsman‬

Friday, October 11, 2013

Kenapa tidak berjaya lagi dari segi kewangan? - Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan 2013

Untuk sebaran bagi semua. Semoga seminar ini bermanfaat untuk anda. Jom Daftar!! 

Image




Soalan : Kenapa saya tidak berjaya lagi dari segi kewangan?

Jawapan:

1- Sebab anda tidak cukup bersyukur. Orang berjaya tidak fokus kepada apa yang TIDAK BERJAYA dilakukan tetapi fokus kepada apa tindakan yang mereka berjaya lakukan dan bersyukur

2- Anda pernah duduk dan perhatikan adakah anda berada di situasi kewangan sebagai pekerja, berniaga dan/atau melabur? Jika anda bekerja, kenaikan gaji dan pendapatan anda adalah terhad, tetapi jika berniaga atau melabur, anda mempunyai lebih pilihan dan kuasa untuk meningkatkan pendapatan anda.

3- Kuasa merubah kewangan kita di dalam perniagaan bergantung kepada kuasa Doa & tawakal, kuasa Ilmu, kuasa strategi, kuasa tindakan luar biasa, kuasa fokus, kuasa menyumbang/memberi, kuasa istiqomah, kuasa ikhlas, kuasa syukur, sabar, redha dan kuasa minda postifi. Jangan lupa juga lihat bagaimana kita menarik keberkatan ke dalam hidup kita dengan check solat kita 5 waktu, solat sunat dhuha dan tahajud, sedekah, hubungan kita dengan ibu bapa kita dan suami/isteri/anak-anak samada kita cukup gembirakan mereka atau tidak dan tidak lupa juga adakah kita bersangka baik dengan Tuhan.

Orang yang banyak merungut kepada Allah swt akan hidup penuh rungutan.

Rezeki adalah banyak di sekeliling kita tetapi adakah minda kita dan ilmu kita tahu bagaimana mencapainya?


#DrAzizanOsman

**********************************************

P/S Saya sedang berikan ilmu secara percuma iaitu buku terbaru "Magnet Kekayaan & Kejayaan" apabila anda daftar & hadir ke Mini Seminar "Magnet Kekayaan & Kejayaan" yang dibuka pendaftaran sekarang. Daftar 100% Percuma (Bila daftar 3 org) di MAGNET2013.com
Image

Its a Chicken-out's World!

Dalam interview di MHI pagi ini, saya bersama Dato Roslan dan pesan Dato Roslan Ab Hamid, kalau hendak terbang tinggi ke angkasa berkawanlah dengan helang jangan membuang masa bersembang dengan ayam!! #DrAzizanOsman
P/S You talk to chicken, you ask chicken's opinion, you read chicken's FB, you learn from chicken, you will end up think, feel, walk, talk &
act like chicken. :)p.... Its a chicken-out's world! Kejayaan bukan milik mereka yang kechut bertindak!