Friday, May 18, 2018

Cleaning services Kuala Lumpur/Selangor

Alamak nak raya ni.. Susah hati rumah bersepah??? @rfaintcleaningservices kan ada.. 😊😊😊 hubungi kami 0166520769 atau click di siniπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Selamat Berpuasa. Adakah anda bersedia untuk menyambut Hari Raya?  Jangan risau kami akan menyediakan servis pencucian yang terbaik untuk anda

*PENCUCIAN RUMAH(BOLEH JUGA MEMBANTU MEMBUKA DAN MEMASANG LANGSIR BARU 😊)
*PENCUCIAN PEJABAT DAN KILANG
*PENCUCIAN RUMAH UNTUK PINDAH MASUK/KELUAR
*PENCUCIAN SELEPAS UBAHSUAI RUMAH
*PENCUCIAN SELEPAS KENDURI ATAU MEMBANTU KENDURI (RUMAH TERBUKA) /PARTI.
Selamat Berpuasa. Get ready for Hari Raya cleaning? Don't worry we will serve you a good service * HOUSEHOLD CLEANING SERVICES
*COMMERCIAL CLEANING FOR OFFICE AND FACTORY
*MOVE HOUSE IN/OUT CLEANING
*AFTER RENOVATION CLEANING SERVICES
*AFTER PARTY (BIRTHDAY/OPEN HOUSE & ETC)  CLEANING
@muzri_rfa
@saidatul_ct2
@rfaintaircondservices
@rfaintcleaningservices
#cucicarpet
#cucikarpet
#cucikarpetmurah
#cucicarpetkl
#cucicarpetselangor
#cleaningservice
#cleaningservice #cleaningservicekualalumpur #cleaningserviceselangor
#serviceaircond #serviceaircondkualalumpur #serviceaircondselangor #0166520769
#waterproofing #movingoutcleaning #housecleaning #houseservice #homecleaning #cucirumah #kemasrumah#waterproofing #officecleaning #commercialcleaning #officecleaningkl #officecleaningselangor #serviceaircondkl

Wednesday, April 25, 2018

KHAS UNTUK YANG SUKA DUDUK DIAM, MESIN CETAK DUIT DI RUMAH TANPA BERKERJA..
.
Sekarang ramai orang berpusu-pusu untuk memiliki Bitcoin sebanyak yang mungkin dan hanya terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan…

Tetapi Pilihan TERBAIK adalah yang paling menguntungkan… Melombong Bitcoin!

BitClub Network telah menetapkan satu platform yang strategik yang membolehkan anda menggunakan Bitcoin yang anda ada dan membeli perkakasan perlombongan yang digunakan untuk melombong Bitcoin. Apabila anda membeli saham dalam kolam perlombongan kami, anda akan menerima Bitcoin selama 600 hari dan pada masa yang sama membeli lebih banyak perkakasan secara berterusan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih besar daripada operasi perlombongan global.

Tujuannya adalah untuk menggandakan Bitcoin anda supaya pada hari yang ke-1000 anda akan mempunyai lebih banyak Bitcoin daripada hari permulaan.

Ini adalah sama seperti minyak… Adakah anda mahu membeli satu tong minyak atau satu saham di lombong yang menghasilkan minyak?
.
Ia adalah satu keputusan yang sangat mudah dan inilah sebabnya kenapa ramai orang menyertai kolam perlombongan kami dari seluruh dunia pada masa ini.
Dan yang bahagian yang terbaik… Apabila kami semakin pantas dan membesar, lombong kami juga akan menjadi semakin besar dan lebih banyak Bitcoin boleh dilombong.

Jadi teruskanlah hidup anda dengan menjana Bitcoin!
Jika berminat

TAIP " PM " di ruangan di comment di bawah
TAIP " PM " di ruangan di comment di bawah

KHAS UNTUK YANG SUKA DUDUK DIAM, MESIN CETAK DUIT DI RUMAH TANPA BERKERJA..
.
Sekarang ramai orang berpusu-pusu untuk memiliki Bitcoin sebanyak yang mungkin dan hanya terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan…

Tetapi Pilihan TERBAIK adalah yang paling menguntungkan… Melombong Bitcoin!

BitClub Network telah menetapkan satu platform yang strategik yang membolehkan anda menggunakan Bitcoin yang anda ada dan membeli perkakasan perlombongan yang digunakan untuk melombong Bitcoin. Apabila anda membeli saham dalam kolam perlombongan kami, anda akan menerima Bitcoin selama 600 hari dan pada masa yang sama membeli lebih banyak perkakasan secara berterusan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih besar daripada operasi perlombongan global.

Tujuannya adalah untuk menggandakan Bitcoin anda supaya pada hari yang ke-1000 anda akan mempunyai lebih banyak Bitcoin daripada hari permulaan.

Ini adalah sama seperti minyak… Adakah anda mahu membeli satu tong minyak atau satu saham di lombong yang menghasilkan minyak?
.
Ia adalah satu keputusan yang sangat mudah dan inilah sebabnya kenapa ramai orang menyertai kolam perlombongan kami dari seluruh dunia pada masa ini.
Dan yang bahagian yang terbaik… Apabila kami semakin pantas dan membesar, lombong kami juga akan menjadi semakin besar dan lebih banyak Bitcoin boleh dilombong.

Jadi teruskanlah hidup anda dengan menjana Bitcoin!
Jika berminat

TAIP " PM " di ruangan di comment di bawah
TAIP " PM " di ruangan di comment di bawah

HENTIKAN HIRUP UDARA JIJIK & BERLENDIR

HENTIKAN HIRUP UDARA JIJIK & BERLENDIR
***************************************
Anda Gembira , Ceria Bila Berada Di RUMAH Anda Rasa Selesa, Rasa Sejuk Bila Berada Di RUMAH TETAPI ANDA LUPA!

BERAPA KALI ANDA SERVICE AIRCOND RUMAH ANDA?



SAYANGILAH ORANG TERSAYANG!

Anda Bayangkan Udara yang Anda hirup dan sedut itu
mempunyai
•Kuman
•Hama
•Kulat
•Habuk BERTINDAK

Service Mengikut Jadual bagi Menyelamatkan
Kesihatan Kita dan Keluarga Tersayang!

Aircond adalah KEWAJIPAN ada di SETIAP RUMAH pada Hari ini!

Hubungi Kami
Segera di 016-6520769 sekarang!!

http://www.wasap.my/60166520769/sayanakserviceaircond

http://www.wasap.my/60166520769/sayanakserviceaircond

PASTIKAN RUMAH KITA MENJADI TEMPAT PALING
SELAMAT UNTUK KESIHATAN KITA DAN KELUARGA

Aircond and Electrical Service Murah KL Selangor

HENTIKAN HIRUP UDARA JIJIK & BERLENDIR
***************************************
Anda Gembira , Ceria Bila Berada Di RUMAH Anda Rasa Selesa, Rasa Sejuk Bila Berada Di RUMAH TETAPI ANDA LUPA!

BERAPA KALI ANDA SERVICE AIRCOND RUMAH ANDA?



SAYANGILAH ORANG TERSAYANG!

Anda Bayangkan Udara yang Anda hirup dan sedut itu
mempunyai
•Kuman
•Hama
•Kulat
•Habuk BERTINDAK

Service Mengikut Jadual bagi Menyelamatkan
Kesihatan Kita dan Keluarga Tersayang!

Aircond adalah KEWAJIPAN ada di SETIAP RUMAH pada Hari ini!

Hubungi Kami
Segera di 016-6520769 sekarang!!

http://www.wasap.my/60166520769/sayanakserviceaircond

http://www.wasap.my/60166520769/sayanakserviceaircond

PASTIKAN RUMAH KITA MENJADI TEMPAT PALING
SELAMAT UNTUK KESIHATAN KITA DAN KELUARGA

Thursday, July 14, 2016

Jangan buang masa, Cari saja duit lain

Jangan buang masa, Cari saja duit lain

Apa tanda-tanda awal seseorang potential-client itu bukan client yang menguntungkan? Oleh itu batalkan niat mahu ambil dia sebagai client, dan cari client lain?

Ini tanda-tandanya:

+  Belum apa-apa dia sudah banyak tanya itu ini. Yang dia tanya pula adalah urusan orang-orang lain.

+  Belum apa-apa dia sudah memikirkan perkara-perkara buruk sahaja.

+  Perkara-perkara yang disebutnya datang dari andaian-andaian dan prasangka buruknya terhadap pihak kita.

Dia mahu berniaga dengan kita, tetapi dia tidak percaya kita peniaga yang baik. Jangan ambil duit orang macam ini. Cari duit lain!

.~ABS

Sunday, October 18, 2015

6 perkara yang perlu di ambil kira sebelum mengambil pinjaman perumahan

Dengan berbagai jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan institusi kewangan, memilih yang mana satukah sesuai dengan kehendak kita adalah sesukar memilih rumah mana yang ingin dibeli. Buat yang masih berkira-kira dan membuat survey pinjaman perumahan, berikut adalah 6 perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan pinjaman perumahan.

1) Jenis Pinjaman Perumahan

Pertama dan paling utama, pertimbangkan jenis yang terbaik untuk anda; tradisional term loan atau flexi loan. Tradisional term loan adalah pinjaman yang dibayar dengan jumlah tetap setiap bulan untuk keseluruhan tempoh pinjaman (sebagai contoh 30 tahun) manakala Flexi Loan pula memberi pilihan untuk mengurangkan kadar faedah pada bila-bila masa (sebagi contohnya menyimpan lebihan wang ke dalam akaun semasa yang berhubung dengan pinjaman perumahan. Lebih banyak yang disimpan didalamnya, lebih kurang kadar faedah yang dibayar).

Jika aliran wang tunai setiap bulan adalah ketat dan sudah diketahui pattern keluar masuk, tradisional term loan mungkin adalah terbaik. Tetapi jika anda mengutamakan fleksibiliti dalam pembayaran pinjaman, flexi loan adalah disarankan.


2) Kadar faedah

Sudah tentu memilih bank yang mampu memberi kadar faedah terendah menjadi pilihan semua orang. Sebagai contoh, pinjaman perumahan sebanyak RM 500,000 untuk tempoh 30 tahun, perbezaan kadar faedah 4.2% dan 4.15%, walaupun bezanya hanya 0.05%, tetapi nilainya adalah melebihi RM5,000. Oleh itu, rajin-rajin lah membuat survey.


3) Margin pembiayaan

Margin pembiayaan antara bank adalah berbeza, ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti nilai rumah dan juga hubungan kita bersama bank tersebut seperti mempunyai pinjaman lain. Adalah sangat penting margin pembiayaan terutama untuk nilai yang tidak termasuk dalam pembiayaan yang memerlukan kita mengeluarkan wang saku sendiri.

Sebagai contoh: Untuk rumah berharga RM 500,000, kita perlu membayar sebanyak RM100,000 wang saku sendiri jika margin pembiayaan adalah 80 %, tetapi kita perlu membayar hanya RM 50,000 wang saku jika margin pembiayaan adalah 90 %.


4) Lock-in Period

Lock-in Period bermaksud penalti (denda) yang kebiasaannya antara 2-3 % dari nilai prinsipal pinjaman jika anda memilih untuk membayar sepenuhnya pinjaman perumahan sebelum tempoh Lock-in Period tamat. Sebagai contoh, jika Lock-in Period pinjaman perumahan yang diambil adalah 3 tahun, dan jika anda memilih untuk menjual rumah tersebut sebelum tempoh 3 tahun, bank akan mengenakan denda kepada anda.

Sebaiknya, pilih pinjaman yang berikan Lock-in Period sependek waktu yang mungkin. Terdapat juga sesetengah bank yang tidak mengenakan Lock-in Period.


5) Yuran dan Caj

Permohonan pinjaman perumahan melibatkan yuran serta caj professional dan proses yang telah ditetapkan kerajaan seperti proses penyediaan pinjaman dan pembayaran, yuran duti setem, yuran guaman, yuran prosessan oleh pihak bank serta lain-lain lagi jika ada.

Semua yuran dan caj untuk proses ini selalunya ditanggung pembeli. Dalam pakej pinjaman, pihak bank menanggung sebahagian atau sepenuhnya yuran ini. Sebaiknya, duduk berbincang dengan pegawai bahagian pinjaman mortgage bank dan minta mereka senaraikan semua yuran dan caj yang terlibat. Walaupun ia mengambil sedikit masa anda, adalah berbaloi untuk kita.


6) Bank

Akhir sekali, kita perlu mengetahui bahawa kita akan berhubung dengan bank secara lebih kerap sepanjang tempoh pinjaman perumahan yang diambil (mungkin selama 20 ke 30 tahun). Oleh itu, pilih bank yang kita selesa. Berikut beberapa perkara yang boleh diambil kira:

- Adakah kita sudah mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa dengan bank tersebut (untuk kesenangan membuat pembayaran terus ke akaun pinjaman)?
- Adakah kita berpuas hati dengan perkhidmatan mereka?
- Adakah cawangan terdekat dengan rumah atau pejabat kita untuk memudahkan sebarang urusan?
- Adakah kita percaya akan kredibiliti bank tersebut?
- Adakah mereka mempunyai sistem pembayaran melalui perbankan online untuk memudahkan proses bayaran?
- Adakah pegawai pinjaman mortgage bank tersebut mudah untuk dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan?


Semua 6 faktor di atas penting bagi memastikan kelancaran dan kebaikan kepada kita semua.

Tuesday, September 15, 2015

Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

by MOHD ZULKIFLI SHAFIE on NOVEMBER 4, 2014

Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji. Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerjaiaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account tu alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.

Saya baru tersedar kesilapan tu lepas sebulan berhenti kerja. Masa tu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya. Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tu.

Cara Urus Current Account

Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan. Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank. Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.

Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:

Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes.Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes.Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes.Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal.Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.

Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.

Dokumen Meyakinkan Bank

Selain Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan! Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran ialah setiap 30 Jun.

Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:

Current Account (at least 6 bulan)Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)Resit Zakat PendapatanSurat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat)Penyata Komisyen Ejen (12 bulan)Rental Agreement (kalau ada rumah sewa)Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb)Borang Daftar Perniagaan SSMPenyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)

Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.

Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.

Profil Kewangan Peribadi Berkesan

Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank. Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separatorlagi.

Fail yang saya bawa jumpa banker

Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan. Syukur alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan tu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 November 2014
8 Muharram 1436

CATATAN : Dua faktor penting yang mempengaruhi keputusan bank untuk luluskan pinjaman ialah (1) kemampuan kita membayar hutang, selalunya akan dikira bersasarkan kedudukan Debt Service Ratio semasa kita (iaitu hadnya40% bagi berpendapatan RM3,500 ke bawah dan 70% bagi berpendapatanRM3,500 ke atas), dan (2) rekod pembayaran hutang semasa yang baik, selalunya bank akan rujuk rekod CCRISkita.