Monday, May 13, 2013

Tips: Buat Pelanggan Lebih Sayangkan Bisnes

Berniaga biar sampai jadi jutawan.

Berniaga biar sampai jadi dermawan.

Satu daripada strategi berkesan untuk 
mengekalkan kekayaan bisnes dari sudut
dunia dan akhirat adalah...

Mengasingkan keuntungan untuk dinikmati
oleh orang-orang yang memerlukan.

Ia dipanggil sebagai tanggungjawab sosial
atau social responsibility.

===
Rancang Aktiviti Sosial
===

Aktiviti sosial adalah aktiviti yang bagus
bagi menjenamakan bisnes.

Lagi banyak aktiviti sosial, lagi besar ruang
jenama kita diketahui umum.

Secara tidak langsung, menyebabkan
pelanggan percaya dan yakin untuk
berurusan dengan bisnes.

Langkah pertama adalah merancang aktiviti
sosial.

===
3 Contoh Aktiviti Sosial
===

Aktiviti 1 - Makan bersama anak-anak yatim.

Aktiviti 2 - Berbakti bersama masyarakat
menerusi program-program tertentu, yang
ditaja oleh bisnes kita.

Aktiviti 3 - Derma wang untuk pembangunan
ummah seperti majlis ilmu, masjid dan
pelbagai lagi.

... Aktiviti sosial bukan aktiviti yang buang
masa.

Ia mensucikan lagi duit bisnes dan memperoleh
keuntungan hakiki, iaitu keuntungan dunia
dan akhirat

-DAO-

Gambar aktiviti→ Student-student makin ramai yang sudah terbukak minda dengan melakukan SIMPANAN EMAS di peringkat awal. Salah seorang dealer P4U seorang student bersama GOLD SAVER yang  juga seorang student@

Sunday, May 12, 2013

Tips: Bayar Hutang Tidak Penting! Selagi...


Jangan bayar hutang terlebih dahulu.

Sebaliknya, kenal pasti dua jenis hutang ini:

1) Hutang positif.

2) Hutang negatif.

===
1 - Hutang Positif
===

Hutang positif ini adalah hutang yang membolehkan
kita untuk menambahbaik prestasi kehidupan,
dari sudut duit poket, ilmu dan sebagainya.

Contoh, kita berhutang untuk membeli rumah
pelaburan.

Ia dianggap sebagai hutang positif.

Hutang positif berbaloi dilangsaikan dengan segera.

Ia dapat tingkatkan prestasi duit besar masuk
ke dalam poket kita.

===
2 - Hutang Negatif
===

Berbeza dengan hutang positif.

Hutang negatif adalah hutang yang tidak memberikan
manfaat pada masa akan datang.

Secara rasminya, ia bukan aset. Hutang negatif
adalah liabiliti.

Sebagai contoh, kita berhutang untuk membeli
gajet atau telefon pintar.

Jika habis bayar, nilainya tetap jatuh dan terus
menurun.

Dalam masa sama, bayar hutang negatif ini
dengan kadar yang konsisten.

Apa yang penting di sini adalah merancang 
pembayaran hutang.

Ada hutang yang berbaloi diselesaikan.

Ada hutang yang tidak berbaloi

-DAO-

Gambar aktiviti→ Sharing tentang konsep bisnes emas oleh Jedi Rizz. Wann, Pegawai di UPNM tidak ragu-ragu untuk bersama team Hunters Legacy kerana leader-leader sedia untuk MEMBIMBING untuk capai TARGET  sales EMAS bersama P4U!!

Friday, May 10, 2013

Doa Kami Panjatkan Pada Mu!!

Dr. Wan Shah Razali
Today at 6:35am · 

Ya Allah, Engkau adalah Pemilik Kekuatan,
Pemberi Makanan,
Berilah kami kekuatan supaya kami mampu menjalani hidup ini,
Berilah makanan bagi jiwaku berbentuk cinta dan iman,
Sehingga kami mampu merasai kehadiran Mu,
Merasakan kekuatan Mu,
Supaya kami dapat berkongsi dengan seluruh makhluk Mu,
Sehingga tidak ada lagi yang lapar dan susah

Gambar aktivity→ Gold Explosion dengan hasil jualan emasnya. Tahniah&Syabas!!

Tips: Fikir-fikir Positif

Tips: Doa Hari Jumaat