Showing posts with label Penting. Show all posts
Showing posts with label Penting. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Tips : 2 Ciri Penting Seorang Penjual Dari Kaca Mata Pelanggan

Shared from Shahabudeen

Dua perkara penting yang perlu ada pada seseorang usahawan untuk membuat jualan ialah…

a. Anda disukai pelanggan
b. Anda dihormati pelanggan

Satu atau kedua-dua ciri di atas mesti ada pada diri anda.

Untuk membuatkan diri anda disukai, anda seharuskan membiasakan diri dengan senyuman, beradap sopan di hadapan pelanggan dan mempunyai sedikit kemahiran untuk membuat lawak.

Untuk membuatkan diri anda dihormati pula, anda perlu mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang yang anda ceburi.

Dengan ilmu mendalam dan sedikit sikap bertanggungjawab, pelanggan akan mula meletakkan diri mereka di bawah anda dalam bidang ini.

Di saat ini, mereka menghormati anda dan segala kata-kata anda kini berharga bagi mereka.

Sebagai pelanggan, jika seseorang penjual itu hebat bagaimana sekalipun, jika penjual itu tidak disukai dan dihormati, pelanggan tidak akan membeli.

Pelanggan dalam banyak keadaan membeli dengan emosi dan bukanlah dengan akal rasional.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Sunday, May 12, 2013

Tips: Bayar Hutang Tidak Penting! Selagi...


Jangan bayar hutang terlebih dahulu.

Sebaliknya, kenal pasti dua jenis hutang ini:

1) Hutang positif.

2) Hutang negatif.

===
1 - Hutang Positif
===

Hutang positif ini adalah hutang yang membolehkan
kita untuk menambahbaik prestasi kehidupan,
dari sudut duit poket, ilmu dan sebagainya.

Contoh, kita berhutang untuk membeli rumah
pelaburan.

Ia dianggap sebagai hutang positif.

Hutang positif berbaloi dilangsaikan dengan segera.

Ia dapat tingkatkan prestasi duit besar masuk
ke dalam poket kita.

===
2 - Hutang Negatif
===

Berbeza dengan hutang positif.

Hutang negatif adalah hutang yang tidak memberikan
manfaat pada masa akan datang.

Secara rasminya, ia bukan aset. Hutang negatif
adalah liabiliti.

Sebagai contoh, kita berhutang untuk membeli
gajet atau telefon pintar.

Jika habis bayar, nilainya tetap jatuh dan terus
menurun.

Dalam masa sama, bayar hutang negatif ini
dengan kadar yang konsisten.

Apa yang penting di sini adalah merancang 
pembayaran hutang.

Ada hutang yang berbaloi diselesaikan.

Ada hutang yang tidak berbaloi

-DAO-

Gambar aktiviti→ Sharing tentang konsep bisnes emas oleh Jedi Rizz. Wann, Pegawai di UPNM tidak ragu-ragu untuk bersama team Hunters Legacy kerana leader-leader sedia untuk MEMBIMBING untuk capai TARGET  sales EMAS bersama P4U!!