Friday, March 21, 2014

[PENJENAYAH DIKEHENDAKI SEGERA]

[PENJENAYAH DIKEHEDAKI SEGERA]


NAMA: PEDRIC BRAGANZA  a.k.a DANIEL
IC: 890106-12-5619
ALAMAT TERAKHIR: PV 10, TINGKAT 15, BLOK A, DANAU KOTA, SETAPAK. K.L 


KESALAHAN :
1)   MELARIKAN KERETA PROTON PREVE PLATE NO WXY5917
2)   MENYAMAR SEBAGAI INSPEKTOR POLIS DARI BUKIT AMAN
3)   KES DADAH
4)   MEMPERDAYAKAN BEBERAPA ORANG AWAM UNTUK MENDAPATKAN WANG & LAIN-LAIN

JIKA TERNAMPAK KELIBAT DIA ATAU KERETA PROTON PREVE PLATE NO WXY5917

SILA TAHAN DAN HUBUNGI SEGERA NO. DI BAWAH:
•   INSPEKTOR KHAIRI : 0198696725
•   MUZRI : 0126656874
•   SAID : 0123242463
•   MAN: 0133922363

TOLONG SEBARKAN! TQ

Sabar dan Jenis-jenisnya !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI (Jumaat 19 Jdl. Awal 1435H)
Sabar dan Jenis-jenisnya !
Fasobrun jamil "فصبر جميل”, inilah lafaz yang termaktub di dalam Al-quran, malah di sana terdapat lebih daripada 90 ayat-ayat yang menyuruh manusia supaya bersabar dan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar.
Allah telah berfirman dalam Al-Quranul Karim :
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (QS: Al-Baqarah, 45)
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran sabar itu bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya. Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah kerana Allah tidak pernah mungkir janji.
PENCERAHAN :
Bahagian-bahagian sabar yang harus kita ketahui menurut Sheikh Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah:
A. Sabar Yang Wajib (ini yang biasa kita tahu...)
1) Sabar dalam ketaatan dan dalam menunaikan kewajipan (melakukan segala suruhan Allah)
2) Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kemaksiatan dan segala yang dilarang oleh Allah.
3)Sabar terhadap semua bala bencana dan musibah yang ditakdirkan. Pray And Sabar (PAS) for MH370 !
B. Sabar Yang Sunat. 
1) Sabar dalam menahan diri dalam menghadapi perlakuan buruk dengan ingin membalas keburukan juga.
2) Sabar dalam hal-hal yang disunatkan seperti nak melakukan solat sunat rawatib atau nawafil.
3) Sabar dalam menahan diri daripada perkara-perkara yang makruh.
C. Sabar Yang Mubah (Harus)
Sabar yang mubah adalah menahan diri daripada semua perbuatan yang dibolehkan. Sama ada untuk melakukan atau meninggalkannya, kerana sabar itu berkaitan dengan nafsu yang selalu berkeinginan dan menyukai agar keinginan-keinginannya selalu dituruti dan dipenuhi.
D. Sabar Yang Makruh.
1) Menahan diri daripada mengekang nafsu makan dan minum sehingga hal itu membahayakan kesihatan badannya (diet berlebihan)
2) Menahan diri daripada menggauli isteri ketika isterinya memerlukannya sedangkan tidak ada keuzuran bagi si suami. Suami buat selamba je...
3) Tidak menegur apabila melihat seseorang yang melakukan perkara-perkara yang makruh terutamanya makruh dalam solat.
4) Menahan diri daripada perbuatan yang disunatkan seperti kebiasaan memberi sedekah tiba-tiba ia menghentikan hal itu.
E. Sabar Yang Haram. 
1) Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kewajiban. Contoh, menangguh-nangguhkan pergi haji.
2) Sabar menerima perlakuan yang dilarang atau maksiat depan mata. Contoh, sabar dengan konsert FMFA !
KESIMPULAN :
Jadikanlah sabar seperti sabarnya ulat yang menanti menjadi kepompong dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu-kupu yang Indah... Jadikanlah sabar seperti sabarnya pokok kaktus yang bertahan di padang pasir yang panas untuk menanti mekarnya bunga. Jadilah sabar seperti sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya...
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah dan sabar Ust Kay
#copy & paste

Thursday, March 13, 2014

[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
4 hours ago
[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]

Amende ni? Mesti ada yang tanya kan? Dia tanya?

Satu masa dahulu saya tidak faham tentang Momentum. Momentum adalah satu situasi di mana bahasa mudahnya bila kita mahu memulakan sesuatu itu kadang-kadang ianya amat payah, tetapi the moment kita dah mulakan, pergerakan dan perjalanannya lebih mudah kerana ada tenaga atau pergerakan berlarutan.

Contoh, bila nak kayuh basikal, masa nak tekan pedal basikal tu mula-mula yang susah atau berat tetapi bila dah gerak, lebih mudah kita nak kayuh, in fact, ada masa kita tak perlu kayuh dan basikal masih bergerak....

Sama juga dengan konsep "Snow Ball Effect". Amende tu? "Snow ball" atau "Bola salji" yang berguling dari atas bukit atau gunung di kawasan bersalji. Asalnya Snow Ball atau Bola salji hanyalah bermula dari sebiji batu kecil tetapi bila ia berguling ke bawah bukit, ia mengumpul salji di sekelilingnya dan semakin lama semakin membesar. Momentum mula-mula susah ataupun perlahan tetapi bila ia telah mula bergolek, semakin lama semakin laju dan membesar.

Faham?

Begitu juga dengan kita manusia. Ramai daripada kita susah atau agak payah nak dapat momentum dan paling payah bukan nak dapatkan momentum tetapi nak mulakan sesuatu, bila dah mula ianya perlu berterusan sehingga kita mendapat momentumnya dan ia mungkin payah atau berat pada awalnya tetapi bila keep on pushing, Insha Allah ianya lebih mudsh.

Kepada semua, fahami ini, ada beberapa kategori manusia di luar sana, tetapi mereka yang akan berjaya atau telah berjaya adalah mereka yang mampu keep UP, stay focus dengan tenaga yanh stay tinggi dan konsisten pada tempoh yang lama di dalam melakukan sesuatu dan antara cara nak stay konsisten adalah dengan di kelilingi oleh ramai yang bertenaga tinggi dan konsisten. Insha Allah ianya ramai begitu di "kursus" IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) yang bermula 13 Mac 2014 hingga 16 Mac 2014 bersama saya di MINES Convention. Rama yang pernah hadir sesi saya akan hadir semuka untuk "Reload Energy" dan "Reload Momentum". Ada yang hadir sebagai peserta dan ada yang hadir dengan berkhidmat menjadi Volunteer Crew (Petugas Sukarelawan). Ramai juga yang pertama kali hadir ke "kursus" 4-hari bersama saya. Ada yang datang solo dan ada yang datang bersuami atau isteri. Ada yang datang hadir bersama keluarga dan rakan.

Tahniah dari saya kerana anda akan tahu yang anda berada ditempat yang betul dan pada waktu yang betul Insha Allah sebelum anda tamat sesi bersama pada hari ahad petang nanti.

Segalanya bermula dari NIAT dan seterusnya adalah KOMITMEN. Saya selalu berkongsi ciri-ciri mereka yang berjaya dan salah satunya adalah "Orang berjaya, mereka mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga HABIS!", berbeza dengan orang yang gagal atau loser, mereka selalu mulakan sesuatu tetapi sentiasa separuh jalan. Tak habis.

IMKK adalah program transformasi bagaimana seseorang itu berfikir, emosi mereka, perbuatan mereka dan fokus matlamat mereka akan sangat jelas Insha Allah selepas sesi 4-hari ini. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai untuk menjadi lebih bahagia, sihat, kewangan yang lebih bagus, kaya, berjaya dan diberkati Insha Allah.

Selamat datang buat anda yang hadir bermula hari ini dan banyakkan berdoa kerana orang yang bermusafir kerana ilmu dan orang yang hadir majlis ilmu doa mereka Insha Allah makbul. Saya doakan anda lebih kaya berjaya dan diberkatiNya dengan ilmu yang bakal diterima serta membantu perubahan hidup dsn kewangan anda sekeluarga Insha Allah. ‪#‎DrAzizanOsman‬

Tuesday, March 11, 2014

TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA

imkk-mac2014(2).jpg
TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA
Copy & Paste

Hidup luar biasa bermakna hidup lebih dari kebiasaan atau boleh dikatakan hidup ekstreme. Orang yang memiliki hidup luar biasa akan menampilkan kesungguhan, kekuatan dan keceriaan mereka berlipat kali ganda dari orang yang hidup biasa-biasa apabila melakukan sesuatu perkara.

Bagi memudahkan anda memahami konsep hidup luar biasa ini, saya pecahkan hidup luar biasa kepada tiga bahagian utama kehidupan manusia iaitu minda, emosi dan tindakan.

Minda orang luar biasa amatlah berlainan dari orang biasa-biasa. Contoh, minda mereka telah dilatih untuk berfikir secara pro-aktif apabila berhadapan dengan cabaran hidup. Minda mereka tidak mengenal erti putus asa malah mereka akan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan cabaran tersebut secara bijak dan aggresif. Berlainan pula dengan minda orang biasa yang hanya bergantung kepada kehidupan rutin harian, jika terdapat masalah hidup, golongan biasa ini akan cepat menyerah kalah atau lari dari tempuh masalah tersebut. Secara ringkas, golongan minda luar biasa sentiasa berfikir berkali ganda cergas dan aktif dari minda orang biasa-biasa.

Emosi merupakan kunci kepada perwatakan diri manusia. Jika emosi berada dalam keadaan tidak stabil, seseorang itu akan mudah menjadi pemarah, pembenci, perosak dan berbagai lagi perwatakan negatif yang boleh timbul. Emosi harus dijaga dengan baik setiap masa. Bagi golongan orang luar biasa, emosi mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik atau kata lain sentiasa positif. Tidak kira apa musibah yang menimpa, emosi golongan ini akan sentiasa bersyukur dan menganggapnya sebagai pengajaran hidup. Dengan mempunyai tanggapan ini, emosi mereka akan sentiasa berada dalam suasana tenang dan positif.

Akhir sekali ialah tindakan. Segala tindakan orang luar biasa akan berlipat kali ganda dari biasa. Jika diberi tugasan, mereka akan pastikan seluruh daya tumpuan dan tenaga akan diletakkan pada tugasan itu dan laksanakannya dengan berkali ganda lebih baik lagi dari kebiasaan. Akibat dari tindakan luar biasa ini, keputusan atau kejayaan akan dicapai dengan pantas malah keuntungan yang dimiliki akan berkali-kali ganda dari biasa.

Terlalu banyak kelebihan bakal dimiliki bagi orang yang memilih untuk menjadi hidup luar biasa. Abd Basit Abdur Rahim merupakan salah seorang bekas peserta program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang telah transformasikan hidup beliau dari hidup biasa-biasa ke hidup luar biasa. Baca dan pelajari perkongsian beliau ini.

ABD BASIT ABDUR RAHIM - CEO KP CREATIVE SDN BHD
Abd Basit.jpg
Sebelum menghadiri program, saya merupakan pelajar yang baru menamatkan pengajian dan masih tercari cari apa yang akan saya lakukan. Menaiki motosikal adalah kenderaan rasmi bagi seorang pelajar, di mana sebelum ini,sebagai seorang pelajar, jualan puluhan ringgit pun merupakan angka yang sukar untuk kita capai.
 
Sebelum ini, saya berpendapat bahawa seminar adalah sesuatu yang biasa-biasa sahaja dan saya berpendapat ia hanya sekadar menjual air liur. Saya tidak tahu bahawa dengan seminar, ia telah membawa titik permulaan kepada perubahan dalam diri saya sendiri. Ia telah mempengaruhi cara saya berfikir, cara saya bertindak dan cara untuk saya memandang sesuatu perkara.
 
Setelah menghadiri program, apa yang saya pelajari, bagaimana cara untuk menjadi jutawan dalam industri yang kita ceburi, kurang dari 3 tahun dan Alhamdulillah kita telah pun mencapai jualan sebanyak satu juta ringgit dalam tempoh 9 bulan. Kini kita telah mempunyai 3 buah anak syarikat, kita akan membuka tiga kedai, kita telah mempunyai 2 kenderaan syarikat dan apa yang paling membanggakan saya setakat ini adalah mempunyai pasukan yang cukup kuat untuk membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Jujur saya katakan, apa yang saya pelajari di peringkat ijazah 80% daripadanya adalah tidak praktikal berbanding dengan ilmu yang Dr Azizan ajarkan. Dr Azizan sendiri menekankan aspek dalaman, penekanan bahawa perniagaan adalah bukan hanya sekadar menjual semata – mata, sebaliknya perniagaan adalah salah satu cara untuk berkongsi tentang apa yang kita tahu dalam pasaran. Baru saya tahu tanpa menjual, dengan hanya berkongsi, rupa rupanya jualan itulah yang datang secara besar besaran dan perkara inilah yang mengembangkan perniagaan sedia ada.
 
Saranan daripada saya, jika anda tidak mempunyai sebab yang cukup kuat untuk berjaya, anda tidak perlu menghadiri kelas ini kerana jika anda sebagai seorang murid tidak bersedia, jangan inginkan guru untuk datang kepada anda dan ajar anda macam mana nak Berjaya dalam hidup.

Transformasikan hidup anda melalui program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan 2014 yang akan membantu anda bangkitkan potensi diri, kewangan dan kejayaan luar biasa dengan formula yang terbukti berkesan.

Daftar segera di www.richworks.com.my/imkk2014 atau hubungi kami di 019-2442244 / 013-2442244 / 019-2442400 untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.


Saturday, February 22, 2014

5 Pesanan D. Azizan Osman


5 perkara nak pesan petang ni:-

1- Orang Melayu nak bisnes berjaya kena ada ILMU BISNES dan belajarlah dari mereka yang telah berjaya dalam bisnes.

2- Orang Melayu kena belajar Joint Venture atau Usahasama dengan orang lain especially orang lain yang lebih berjaya

3- Orang Melayu kena melabur dalam hartanah dan pelaburan saham (Bursa Malaysia), of coz perlu ada ilmu tetapi jangan sibuk habiskan duit atau buang masa muda tanpa melabur dalam 2 perkara ni.

4- Orang Melayu perlu kurangkan penyakit hati seperti hasad dengki khianat iri hati tamak dan sangkaan buruk especially sesama kita.

5- Orang Melayu perlu tingkatkan ilmu agama Tauhid. Feqah Asas, Tasawuf, Al-Quran & Hadis agar hidup kita beramal dengan ilmu insha Allah.

Ingatan ini untuk saya dan anak murid saya yang suka diingatkan. ‪#‎DAO‬



IKLAN TAJAAN !
Penulenan air #1 daripada coway. Memudahkan kerja harian anda, 6 penapis berkualiti tinggi dan 3 mood panas, sejuk, suam. 
*ANDA AKAN MENIKMATI PERCUMA:-
√Hantar dan pasang,
√Penggunaan bulan pertama,
√Penukaran penapis berkala,
√Penukaran alat ganti,
√Servis setiap 2 bulan dirumah anda,
√Pindah lokasi dan bulanan serendah dari RM90 sahaja!!!
Call, sms, what's up FREE COWAY TO 012-9212335 (NIZAM) 







Tuesday, February 18, 2014

[Anda nak rasa bahagia hari ini?]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
Yesterday at 7:16am

[Anda nak rasa bahagia hari ini?]

Ada 5 perkara anda boleh lakukan hari ini untuk rasa lebih bahagia:-
1- Senyum. Senyum selebarnya kepada sesiapa sahaja dengan niat bersedekah.. Senyuman itu kan satu sedekah, nak sedekah banyak, senyum banyak. Senyum seperti anda baru dapat hadiah kereta Lambhorgini Aventador yang terbaru.
2- Salam, cium, peluk orang yang tersayang dan ucapakan "Saya sayang mak/ ayah/ suami/ isteri atau anak-anak sebelum masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
3- Ucapan salam terlebih dahulu kepada sesiapa yang anda jumpa hari ini.
4- Sedekah duit atau beri sesuatu kepada seseorang pagi ini atau hari ini. Contoh, nampak makcik yang sapu sampah, beri dia RM5 buat sarapan.
5- Solat- Solat dhuha dan solat zohor/ asar dan lain-lain pada waktunya dan selepasnya ambil masa seketika untuk beristighfar, selawat, bersyukur dan berdoa.
Insha Allah sedikit sedikit kita buat dan mohon Allah swt beri kita kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dan kasih sayangNya serta jadikan kita di kalangan orang yang istiqomah.
Salam sayang buat semua. ‪#‎DrAzizanOsman‬Sebarkan untuk manfaat semua

Gambar hiasan ~ bisnes isteri iaitu dropship barang baby & mama..my daughter sebagai model untuk riben ni.. :)

Sila lawati