Showing posts with label Berniaga. Show all posts
Showing posts with label Berniaga. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Tips Untuk berjaya dalam perniagaan,

Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlu...
1. Tetapkan matlamat yang spesifik. Seeloknya sentiasa gambarkan dalam video minda kita. Main dan terus mainkan dalam kepala kita.
2. Cuba selesaikan masalah yang ada pada produk kita. Tingkatkan kualiti dan juga nilai.
3. Mulakan dengan modal seminima boleh. Sabar dan belajarlah dari situ. Lalui dan nikmatinya. Kembangkan perniagaan kita secara perlahan-lahan. Lebih baik laburkan didalam masa berbanding melabur pada modal yang banyak. Seeloknya jangan ambil pinjaman.
4. Lakukan ujian produk dan ujian pertambahan nilai perniagaan kita terhadap pasaran. Setiap langkah perlu dilakukan secara berhati-hati. Ambil satu langkah dalam satu-satu masa.
5. Kembangkan perniagaan kita menggunakan duit keuntungan perniagaan kita bukan dari duit pinjaman.
6. Hati-hati memilih orang yang akan membantu kita untuk mengembangkan perniagaan kita. Kadang-kadang staff kita akan membantu kita menjadi lebih berjaya dan adakalanya juga mereka akan menjatuhkan kita.
7. Gunakan financial leverage jika sangat-sangat memerlukan. Biasanya didalam perniagaan kita akan mengunakan overdraft sebagai cashflow perniagaan. Boleh gunakan ia asalkan menggunakan prinsip "asset to money" dan bukannya "money to money". Gunakanlah asalkan ia tidak membebankan kita sebaliknya boleh mengembangkan lagi perniagaan kita
#DSR
-------------------------------------------------------------------------
Renovation House Kitchen Cabinet & Wardrobe

"KEPAKARAN kami adalah dalam  
MEMBANTU anda menjadikan  kediaman&premis anda nampak  CANTIK MENARIK dengan  KUALITI yang BAGUS dan harga yang BERPATUTAN"

PROMOSI menjelang Hari Raya  2014!!
Hubungi segera 》0126656874 
Jadi follower page kami dengan "Like" page kami klik 》www.facebook.com/smbersatu

Friday, August 23, 2013

Tips4Berniaga: [Nak berniaga? Cuba check anda ada tidak ciri-ciri utama usahawan yang berjaya?]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman :
Tips4Berniaga: [Nak berniaga? Cuba check anda ada tidak ciri-ciri utama usahawan yang berjaya?]
15 Ciri-ciri Usahawan (Muslim) Yang Berjaya atau Berpotensi Berjaya:-
1- Sikap yang bagus (GREAT ATTITUDE)
2- Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif (POSITIVE MENTAL ATTITUDE)
3- Sentiasa yakin & passionate(ghairah) dengan kekuatan produk atau perkhidmatan mereka (High confidence)
4- Berjiwa & berfikiran besar tetapi tebal muka
5- Berkeyakinan tinggi walaupun sebenarnya tidak berapa yakin
6- Sentiasa belajar dan membina khazanah ilmu dari yang terbaik atau pengalaman jatuh bangun orang lain
7- Sentiasa cari peluang untuk membina perhubungan dengan orang lain yang lebih berjaya
8- Bagus dalam pengurusan masa
9-Berdisiplin tinggi
10-Never give up (Tidak ada perkataan putus asa di dalam kamus hidup mereka)
11- Suka bersedekah
12- Menjaga komitmen berzakat
13- Menjaga ibu bapa lebih dari diri sendiri
14- Menjaga urusan Allah swt lebih dari diri sendiri
15- Mencintai Rasulullah saw dan memperbaiki diri mengikut sunnahnya
P/S Suka tips ni dan nak tahu tips mulakan bisnes selanjutnya? Komen "Saya follow!"
Jika anda ke page Alumni ini dan ke bahagian setting on untuk sentiasa follow update di page ini, anda akan sentiasa nampak tips baru dari kami bila ianya di post setiap hari.
******************************************
Jika anda ingin belajar lebih banyak ilmu membina perniagaan yang terbukti berkesan dan berjaya, anda boleh komited hadir ke Klinik Usahawan & Pelaburan- Seminar Jutawan Industri 2013 pada bulan September ini bersama Dr Azizan Osman, Pengerusi Eksekutif, Richworks Group of Companies.
Daftar 100% Tanpa Yuran atau sebarang bayaran bila mendaftar 3 orang satu grup di www.JutawanIndustri.com

Wednesday, June 19, 2013

Tips dan Pengalaman Berniaga di Bulan Ramadhan!!

Sifu FB Ads wrote: 

"JUAL APA RAMADHAN NI? SESAJE TANYE!

"Apa produk anda ingin fokus jual di bulan Ramadhan ini? Adakah anda sudah ada idea tentangnya?"

"Adakah anda dah letak sasaran berapa RM salesnya?"

"Dan berapa target untung bersih Ramadhan ini?"

"Apa pelan pemasaran yang ingin digunakan?

"Adakan persiapan untuk pemasaran ramadhan ini sudah dimulakan?"

Banyak betul soalan kan?

Memang banyak soalan, tapi semuanya PENTING dalam membantu anda ketika berbisnes di di bulan RAMADHAN nanti.

Sedikit tips dari saya, yang ada sedikit pengalaman berniaga online di bulan Ramadhan sejak 5 tahun lalu.

1) KENALPASTI APA PRODUK YANG INGIN DIJUAL. Fokus! Pastikan margin untungnya juga berbaloi-baloi.

2) KAJI PERMINTAAN! Adakah produk anda memiliki permintaan? Especially di bulan Ramadhan. CUba lihat rekod yang lalu, atau cuba masuk google trends, lihat rekod keyword bagi 2012.

3) LETAKKAN MATLAMAT! Berapa target sales anda sepanjang ramadhan? Dan berapa pula profitnya! Ada matlamat yang jelas, ianya mampu memotivasikan anda untuk berusaha mencapainya .

4) BUAT PERANCANGAN PEMASARAN! Ya, buat, jangan tak buat! Teknik apa nak guna, ayat bagaimana, timing nya bagaimana, strategi bagaimana, bajet bagaimana...

4) BERTINDAK! Ada idea saja tarak guna! Ada perancangan saja tarak guna! Anda ada idea, ada perancangan, ada matlamat--->BERTINDAK! Bertindak sekarang! Ya, bertindak sekarang dengan mula melaksanakan 3 tips yang telah dikongsikan di atas!

Semoga Ramadhan ini membawa 1001 rezeki yang BERKAT dari ALLAH untuk anda semua.

PS - Jangan income je lebat RAMADAHAN nanti, ibadah yang paling utama :-)