Showing posts with label Usahawan. Show all posts
Showing posts with label Usahawan. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Tips4Berniaga: [Nak berniaga? Cuba check anda ada tidak ciri-ciri utama usahawan yang berjaya?]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman :
Tips4Berniaga: [Nak berniaga? Cuba check anda ada tidak ciri-ciri utama usahawan yang berjaya?]
15 Ciri-ciri Usahawan (Muslim) Yang Berjaya atau Berpotensi Berjaya:-
1- Sikap yang bagus (GREAT ATTITUDE)
2- Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif (POSITIVE MENTAL ATTITUDE)
3- Sentiasa yakin & passionate(ghairah) dengan kekuatan produk atau perkhidmatan mereka (High confidence)
4- Berjiwa & berfikiran besar tetapi tebal muka
5- Berkeyakinan tinggi walaupun sebenarnya tidak berapa yakin
6- Sentiasa belajar dan membina khazanah ilmu dari yang terbaik atau pengalaman jatuh bangun orang lain
7- Sentiasa cari peluang untuk membina perhubungan dengan orang lain yang lebih berjaya
8- Bagus dalam pengurusan masa
9-Berdisiplin tinggi
10-Never give up (Tidak ada perkataan putus asa di dalam kamus hidup mereka)
11- Suka bersedekah
12- Menjaga komitmen berzakat
13- Menjaga ibu bapa lebih dari diri sendiri
14- Menjaga urusan Allah swt lebih dari diri sendiri
15- Mencintai Rasulullah saw dan memperbaiki diri mengikut sunnahnya
P/S Suka tips ni dan nak tahu tips mulakan bisnes selanjutnya? Komen "Saya follow!"
Jika anda ke page Alumni ini dan ke bahagian setting on untuk sentiasa follow update di page ini, anda akan sentiasa nampak tips baru dari kami bila ianya di post setiap hari.
******************************************
Jika anda ingin belajar lebih banyak ilmu membina perniagaan yang terbukti berkesan dan berjaya, anda boleh komited hadir ke Klinik Usahawan & Pelaburan- Seminar Jutawan Industri 2013 pada bulan September ini bersama Dr Azizan Osman, Pengerusi Eksekutif, Richworks Group of Companies.
Daftar 100% Tanpa Yuran atau sebarang bayaran bila mendaftar 3 orang satu grup di www.JutawanIndustri.com

Tuesday, March 12, 2013

Motivasi: NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

#www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,EMAS dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam

Thursday, December 27, 2012

Utusan Malaysia – MYNIC Lahirkan 10,000 Usahawan Siswazah



MYNIC lahirkan 10,000 usahawan siswazah

KUALA LUMPUR 24 Dis. – MYNIC Berhad sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk melahirkan 10,000 usahawan dalam kalangan siswazah yang berniaga secara dalam talian melalui program baru syarikat itu, Ebiz1Malaysia.
Ebiz1Malaysia akan menyediakan platform percuma bagi peniaga untuk memasarkan produk jualan mereka di sebuah portal yang disediakan khas.
Ketua Pegawai Operasi Ebiz1Malaysia, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman berkata, “Inisiatif ini sebenarnya terbuka kepada semua golongan masyarakat untuk berniaga secara online. Namun, kami memberi penekanan khusus kepada golongan siswazah bagi melahirkan lebih ramai usahawan di masa depan.”
Bagi merealisasikan impian itu, Mynic dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dijangka akan mengadakan siri jelajah bagi melantik dan melatih 2,000 siswazah yang akan dilantik sebagai Duta Ebiz1Malaysia.
Duta yang dilatih itu akan mendidik pula rakan-rakan mereka mengenai kelebihan menggunakan portal itu untuk menjana pendapatan secara sampingan.
“10,000 usahawan siswazah online ini juga akan dibekalkan ‘kit usahawan’ berupa modul pembelajaran, DVD teknik membuka kedai online serta t-shirt ebiz1Malaysia untuk mempromosikan portal ini,” kata Shahabudeen Jalil lagi.
Program ini dijangka akan dilancarkan pada Januari ini dan akan bergerak sepenuhnya pada Mac tahun depan.
Katanya, modul perniagaan seperti ini telah menempa kejayaan di negara-negara lain seperti di Eropah dan di China.
“Di negara kita, peratusan jual-beli dalam Internet masih lagi rendah walaupun kadar penembusan internet agak tinggi berbanding negara lain di dunia,” katanya.
Melalui program ini Mynic mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia di kalangan peniaga kecil, suri rumah dan siswazah yang akan menceburkan diri dalam perniagaan penjualan barangan melalui Internet.
Selain itu, program Ebiz1Malaysia juga menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah serta mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia.
Sumber : http://www.shahabudeenjalil.com

Tun Mahathir : Usahawan Melayu Dapat Pinjaman, Beli Kereta Mewah


PUTRAJAYA 28 Nov. – Kelemahan dalam pengurusan tunai merupakan penghalang kepada usahawan bumiputera mencapai kejayaan lebih besar dalam bidang perniagaan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, usahawan bumiputera harus lebih mahir dalam pengurusan kewangan termasuk menggunakan sumber yang ada secara bijak untuk memajukan perniagaan masing-masing.
”Jika usahawan bumiputera mendapat pinjaman RM1 juta untuk tujuan perniagaan, mereka akan belanja separuh daripadanya untuk membeli kereta mewah atau barangan lain.
”Pinjaman tersebut bukan sahaja tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam perniagaan tetapi mereka juga perlu membayar faedah atas dana yang diperoleh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bicara tengah hari sempena Perhimpunan Usahawan Bumiputera Industri Perkayuan di Pusat Maritim Putrajaya di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala Abd. Rahim.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, usahawan bumiputera juga didapati gagal menguasai beberapa perniagaan francais di negara ini kerana tidak menguruskan aliran tunai dengan berkesan.
”Peniaga Melayu berkenaan gagal kerana selepas mereka mendapat keuntungan, hasil itu tidak dilabur untuk beli stok atau memajukan perniagaan tetapi digunakan untuk tujuan lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggalakkan usahawan bumiputera melakukan usahasama dengan syarikat lain bagi menimba pengalaman dan ilmu yang diperlukan untuk memajukan diri.
”Selain perlu bekerja dengan rajin, usahawan bumiputera juga harus bekerja secara bijak dan untuk tujuan itu, kita perlu menimba ilmu melalui pelbagai kaedah termasuk membaca buku.
”Seterusnya kita mesti mengenal pasti apa yang kita mahu. Kita boleh mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan selepas itu baru fikirkan cara untuk memajukannya,” katanya.
Dr. Mahathir turut menggesa usahawan bumiputera supaya meneroka peluang dalam bidang yang berlainan bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan.
”Jangan nampak orang lain berjaya dengan jual nasi lemak, semua orang pun pergi jual makanan yang sama dan akhirnya gagal,” katanya.