Showing posts with label tip. Show all posts
Showing posts with label tip. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Tips: Perniagaan Orang Lain Yang Menguntungkan

Kita kurang memberikan perhatian dengan pelaburan didalam perniagaan. Bukan perniagaan sendiri tetapi perniagaan orang lain yang kita lihat berpotensi. Ia juga merupakan salah satu konsep pelaburan yang menguntungkan. Cuba bayangkan kalau syarikat ini memberikan kita pulangan 15% pa ia sudah cukup bagus. -DSR-

#shared by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Saturday, December 8, 2012

5 TIP CEGAH MUFLIS


Masalah kewangan bukanlah isu terasing dalam sesebuah perniagaan. Semua syarikat pernah mengalaminya. Cuma yang membezakan mungkin pada nilai keperluan wang dan tahap keseriusan masalah itu. 
Kadang-kala, masalah yang timbul berlaku kerana hal luar jangka seperti masalah pembayaran dari pelanggan. Pelanggan menjanjikan bayaran daalam tempoh tiga bulan selepas projek siap tetapi bayaran yang diperolehi hanya selepas enam bulan (malah ada yang sehingga setahun menunggu bayaran). 

Walaupun, perkara-perkara ini diluar jangka, namun ada beberapa perkara yang masih di dalam kawalan usahawan dalam mencegah isu muflis:

Pastikan Ada Dana Kecemasan
Dana kecemasan penting bagi setiap syarikat. Sebaik-baiknya dana itu boleh menampung sekurang-kurangnya aliran perbelanjaan syarikat untuk tiga bulan. Amalkan menyimpan amaun yang konsisten setiap bulan di dalam Fixed Deposit (FD) atau Sijil Amanah bagi tujuan dana ini. Jika syarikat hanya mampu simpan RM500 setiap bulan, itu sudah bagus untuk permulaan. Paling penting ialah konsisten. 

Pastikan 'Kesihatan Kewangan' Pemilik Baik
Menjadi pemilik syarikat, anda perlu lihat kesihatan kewangan anda. Kadang-kala usahawan terlepas pandang tunggakan bayaran peribadi misalnya untuk kad kredit, ansuran kereta, pinjaman rumah dan lain-lain. Jika anda pemilik syarikat tunggal, masalah kewangan peribadi akan menjejaskan perniagaan anda. Anda boleh ke Blok C, Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan status kesihatan kewangan anda. 

Pelbagaikan Portfolio 
Selain projek besar, syarikat perlu mempunyai projek-projek kecil yang boleh meringgankan aliran perbelanjaan syarikat setiap bulan. Bergantung pada hanya satu projek besar bakal membawa risiko kewangan yang besar kelak. 

Jika Terima Surat Peguam, Berbincanglah
Pernahkah anda menerima surat peguam berkaitan pinjaman atau pembekal anda mengemukakan saman? Ramai usahawan mengambil lewa isu surat peguam ini. Berbincanglah dengan peguam tersebut. Selalunya jika anda menerima surat peguam yang bertindak mewakili pembekal, anda masih berpeluang berbincang dengan pembekal anda itu. 

Pembekal anda juga seorang peniaga. Berbincanglah untuk bayaran ansuran. Beritahu kepada mereka situasi perniagaan anda dan beri satu komitmen ansuran pembayaran. Ketelusan anda untuk membuat bayaran secaran ansuran disebalik kekangan kewangan akan meningkatkan kepercayaan pembekal kepada anda. 

Sediakan Senarai Hutang
Apabila kekangan wang berlaku, senaraikan hutang dan perbelanjaan bulanan anda. Kemudian letak keutamaan pada hutang yang anda fikirkan bakal menyebabkan anda terjerumus dalam isu muflis. Misalnya, tunggakan bil, tunggakan pinjaman dengan bank dan bayaran kepada pembekal mempunyai keutamaan berlainan jika anda hanya mempunyai wang terhad di tangan. Buatlah keutamaan secara bijak.