Monday, February 25, 2013

Tips: Catat Bila Dapat Idea-idea Bernas

Idea yang datang secara tiba-tiba perlu
"ditangkap" di atas kertas/ nota notepad@phone kerana ia mungkin membawa 1001 nilai kepada diri kita dan ramai orang lain! Sebab tu jika anda interview mereka yang berjaya, mereka akan ada salah satu persamaan menulis atau merekodkan idea di mana-mana seperti buku nota, saya catatkan di notes iphone saya. - AzizanOsman-

#brought to you by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Sunday, February 24, 2013

Gold&Investment: Simpanan Emas Fizikal vs Akaun Simpanan Emas

Simpanan Emas Fizikal vs Akaun Simpanan Emas
#brought to you by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Ramai yang suka membandingkan emas fizikal dengan akaun simpanan emas tanpa mengetahui fakta yang sebenar.

Bagaimana jika anda pergi ke sebuah restoran,tempah nasi ayam,apa yang anda dapat ialah kertas bertulis “nasi ayam” ? Best ke.

Kalau macam tu,mesti ramai yang dah kaya sebab jual kertas sahaja,dan boleh jual nasi ayam walaupun dengan harga RM1,bukan perlu wujud pun nasi ayam tersebut.

Apa kaitan cerita nasi ayam dengan emas ?Baca lebih lanjut penerangan di bawah

Soalan :

Saya nak minta pendapat,yang mana lebih baik,buat simpanan emas melalui akaun simpanan emas di bank atau emas fizikal?

Jawapan :

- Kalau nak harga murah lebih baik beli akaun simpanan emas sebab bank tak keluar kos untuk beli emas.

- Bank sediakan buku sahaja

- Bank jual murah-murah sahaja sebab emasnya tidak wujud.

Fakta tentang akaun simpanan emas :

1) Harga buku emasnya lebih murah dari harga emas sebenar kerana ia hanya ditulis di atas kertas berbanding emas sebenar yang boleh dipegang,dijual –beli,dipakai dan dipajak bila perlu.

2) Buku emas kalau hilang boleh ganti dengan buku baru.

3) Duit kita bank yang jaga dan gunakan sebagai modal bank berniaga.

4) Jika buku hilang boleh ganti dengan buku baru tapi jika duit dalam buku itu hilang bank tak ganti kerana tidak dilindungi PIDM.

5) Akaun simpanan emas (gold saving acc) Maybank/Public Bank/CIMB bank di bawah konvensional banking kerana tidak memenuhi syarat panel penasihat syariah bank.

6) Syarat untuk patuh syariah, beli emas mesti dapat emas, bukan beli emas dapat buku bank. Konvensional banking ini sebenarnya khas untuk menarik pengguna bukan islam yang takut dengan produk patuh syariah untuk beli buku emas ni. walaubagaimanapun bank tidak melarang orang Islam untuk beli produk yang tak patuh syariah ini.

ps: Sebagai umat Islam sejati,anda dinasihatkan peka dengan halal haram serta menjauhi perkara yang shubhah dan gharar.

Jika nak jaga rezeki kita dari sumber yang halal dan patuh syariah, beli emas yang boleh dapat emas fizikalnya.

Fakta simpanan emas fizikal :

1) Kita beli emas dan dapat emas di tangan.Emas itu adalah emas fizikal yang bernilai tinggi.

2) Emas itu boleh menjadi penyelamat sewaktu sesak nak pakai duit. Gadaikan emas itu di arrahnu dan kita dapat duit segera. Bila ada duit nanti kita tebus balik.

3) Jika kita perlukan duit untuk berniaga, kita boleh gadaikan juga emas itu di arrahnu untuk dapatkan tunai segera buat bisnes. Hasil untung bisnes itu buat tebus emas itu di arrahnu. Bisnes dapat, emas pun dapat balik + untung pun dapat.

4) Anda boleh simpan sendiri emas tersebut, dan jual bila bila masa jika perlu, berbanding dengan akaun simpanan emas,urusan hanya boleh dilakukan hari dan waktu bekerja sahaja.
Bagaimana jika anda tiba-tiba memerlukan tunai?

5) Dengan emas fizikal,anda mempunyai banyak pilihan tempat untuk menjual iaitu end user,pengedar,syarikat emas mahupun kedai emas. Namun akaun simpanan emas,anda tiada pilihan lain melainkan jual pada pihak bank sahaja dengan susut nilai.

6) Bagi mereka yang menyimpan sambil meniaga,mereka boleh meniaga dengan ulang proses jual-beli-restock dan mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa had.

Kesimpulannya ialah apa sahaja pilihan anda,buatlah pilihan yang terbaik dan boleh menenangkan jiwa anda. Umat Islam akan merasa tenang apabila beroleh hasil dari sumber yang halal dan berkat.

: www.jutawangold.com

Tip&Motivasi: Jangan Hidup Seperti Pokok Dedalu

Petang ni mak berkongsi tentang "Jangan hidup seperti pokok dedalu".... Saya tanya "Kenapa mak?".... Mak saya kata, pokok dedalu ni suka menumpang ke atas pokok lain dan "tak sedar diri" membunuh pokok yang ditumpangnya. Dia kata, jadi seperti pokok Sakat/ Langsuir tu takpe, sebab dia menumpang pokok lain tapi buat pokok lain nampak cantik..... :)p.... Mendalam falsafah mak kita kan? - AzizanOsman -

#Brought to you by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Saturday, February 23, 2013

Motivasi: Learn If Don't Know!


Most people don’t even begin if they don’t know how. Its because you don’t know that should make you want to start. Trust me; you’ll learn.- Robert Kiyosaki

#shared by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Tip: Buntu untuk Buat Keputusan??


Jika nak buat sesuatu keputusan yang besar especially, biasakan "rujuk"'kepadaNya melalui beristikharah, banyakkan Istighfar dan
selawat. Buat beberapa malam dalam
keadaan relaks minda.-DAO

#shared by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Thursday, February 21, 2013

Tips: Tak Yakin Diri??

Bila orang cakap dengan kita "Tidak boleh!' atau "Susah!" atau "Payah!" atau "imposibble" untuk kita capai impian atau matlamat kita, itu bermaksud mereka yang tidak yakin dengan diri dia, dia yang mungkin tidak ada mentor, ilmu, strategi, tindakan yang berani luar biasa dan impian yang cukup besar....So, biarlah dia.... Kita fokus jalan terus beb! - AzizanOsman -

#shared by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Tips: Money is Motivation!!

Duit memainkan peranan besar didalam hidup kita. Lebih-lebih lagi sebagai motivasi terbaik dalam mengejar kejayaan. Apabila saya
bertanyakan kepada ramai salesperson yang berjaya mengenai apa yang memotivasikan mereka. Jawapan mereka sama - they are money oriented. -DSR-

#shared by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Tips: Perniagaan Orang Lain Yang Menguntungkan

Kita kurang memberikan perhatian dengan pelaburan didalam perniagaan. Bukan perniagaan sendiri tetapi perniagaan orang lain yang kita lihat berpotensi. Ia juga merupakan salah satu konsep pelaburan yang menguntungkan. Cuba bayangkan kalau syarikat ini memberikan kita pulangan 15% pa ia sudah cukup bagus. -DSR-

#shared by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Wednesday, February 20, 2013

Tips: Saving Without Sacrifice

Saya bersyukur dengan apa yang dinikmati hari ini. Bukan duit yang menjadikan kita kaya. Tetapi ilmu duit yang menjadikan kita kaya. Harus diingat bahawa rezeki itu hak Allah dan Allah jua yang mahukan kita menuntut ilmu. -DSR-

#shared by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Monday, February 18, 2013

Tips:KAYA&BERJAYA Demi Mencari RedhaNya

Jika anda ingin kaya & berjaya, jangan bermatlamat untuk kaya & berjaya kerana mahu "buktikan" kepada orang lain atau kerana mahu
"berlawan" tunjuk siapa lebih kaya atau berjaya dari orang lain, itu semua hanya kekayaan & kejayaan material yang tidak kekal dan akan "melukakan" jiwa.

Binalah kekayaan & kejayaan dengan matlamat untuk berzakat, bersedekah, berkongsi atau menyelesaikan masalah ramai orang atau menambah nilai ramai orang.

Dan bina kekayaan untuk mencari redhaNya dunia dan akhirat melalui kekayaan tersebut sehingga bila kita mati, kita tahu kita tidak bawa harta dan wang ringgit itu tetapi ianya boleh terus memberi manfaat kepada ramai orang lain yang masih hidup serta amalan berpanjangan. - azizanosman

~MM~
Business Owner,Investor&Internet Marketer
www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini