Sunday, May 19, 2013

Tips: Strategi Pencen Masyuk


Strategi Pencen Masyuk
Walau sebesar mana perniagaan atau pekerjaan
kita, lambat laun hidup ini akan dimamah usia.

Jadi, penting untuk kita merancang jalan keluar.

Supaya dapat mencapai tahap,

"Pencen Kaya. Pencen Bergaya."

Cara paling mudah adalah membabitkan diri
dalam dunia pelaburan, untuk menjana
pendapatan pasif.

Apakah maksud pendapatan pasif?

Secara mudahnya, "Kerjanya sekali. Duit masuk
berkali-kali."

===
Kajian Kes: RM10,000 Goyang Kaki
===

Contohnya, kita mempunyai 10 rumah sewa.

1 rumah sewa memberikan pulangan sebanyak
RM1,000 untung bersih setiap bulan.

Maka pendapatan goyang kaki kita adalah
seperti berikut:

[+] 1 rumah sewa = RM1,000 sebulan.

[+] 10 rumah sewa = RM10,000 sebulan.

(10 rumah x RM1,000).

Angka di atas sebagai contoh sahaja.

===
Tidak Mudah, Namun Tidak Mustahil
===

Membina pendapatan pasif yang besar
dan lumayan bukan satu tugas yang
mudah.

Ada risiko untuk rugi juga.

Namun semua itu tidak penting, selagi mana
kita belum mempunyai:

1) Ilmu.

2) Guru.

Ada dua elemen di atas, maka mudah untuk
kita cipta saluran duit goyang kaki.

... Hanya satu soalan ini sahaja yang boleh
membuatkan kita sedar diri.

"Sampai bila kita mahu bekerja kuat dan cari 
duit?"

===
Lain Manusia, Lain Selera Pelaburannya
===

Pendapatan pasif boleh dibentuk dari pelbagai
cara.

Ikut kesesuaian diri.

Satu daripadanya adalah pelaburan hartanah.

Mahu tahu lebih banyak strategi wujudkan
pendapatan pasif, maka belajar daripada
pakar!

-DAO-

Gambar aktiviti~ Sharing tentang konsep bisnes EMAS P4U dimana-mana. Jom sertai kami!
Khas Untuk Gomen Staff!!.
Loan 10,000 dapat EMAS 20 GRAM FREE!!
Dalam 6 bulan LOAN SETEL..
Dapat lak cash 100K kat tgn !!
Sape mau pm..tak mau korang rugi...
Bisnes terbaekkk sepanjang zaman !!

Thursday, May 16, 2013

Gold&Investment: TIPS KETIKA HARGA RUNTUH.5 KESILAPAN YANG PATUT ANDA ELAKAN!!

TIPS KETIKA HARGA RUNTUH...

5 KESILAPAN YANG PATUT ANDA ELAKAN!!

1. Membeli emas di kedai Emas
✔ Membeli emas pelaburan di kedai emas merupakan kesilapan yang mesti anda elakan, ini kerana..spread yang dikenakan oleh kedai emas adalah sangat tinggi..gold investment law " lagi tinggi spread yang dikenakan, lagi lambat anda mendapat untung"

2. Membeli barang kemas sebagai pelaburan.
✔ Barang kemas mempunyai upah pembuatan, upah pembuatan itu merupakan extra cost yang anda perlu tanggung, selain dari itu anda juga akan dikenakan spread yg tinggi apabila anda jual semula nanti.

3. Meminta nasihat dari peniaga emas dan bukan pelabur emas
✔ Minta nasihat dari pelabur emas, kerana pelabur emas mempunyai strategi , bukan sekadar membeli.

4. Membeli emas yang mempunyai spread tinggi
✔ Pastikan spread emas yang anda beli itu rendah, spread terbaik ialah 6% ke bawah

5. Tidak menjual emas walaupun telah untung
✔ jangan jatuh cinta dengan pelaburan anda, jual apabila telah mendapat keuntungan,anda pasti dapat membelinya kembali selepas itu..

"Ingin menjadi penyimpan aset dalam bentuk EMAS yang bijak?

Senarai Terhormat – 10 CEO Terkaya Di Dunia 2013

Senarai Terhormat – 10 CEO Terkaya Di Dunia 2013

May 10, 2013 — Penulis: Tim Majalah Niaga

“Kepimpinan merupakan satu kapasiti untuk menukarkan visi kepada satu realiti..” - Warren G. Bennis

Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO, merupakan satu jawatan yang sangat dimahukan oleh semua orang khususnya yang terlibat dalam dunia korporat. Ini kerana selain menjadi orang penting, anda juga akan dikenali ramai serta berpotensi untuk dibayar dengan gaji yang tinggi.

Namun begitu disebalik kemegahan jawatan CEO ini, tergalas sebuah tanggungjawab yang besar kerana CEO merupakan tunjang kepada sesebuah syarikat. Ini bermakna CEO mampu menjadi penyumbang kepada kejayaan ataupun menjadi penyebab kepada kegagalan sesebuah perniagaan.

CEO yang berjaya merupakan individu yang mempunyai kepimpinan dan visi yang cemerlang. Berikut merupakan antara 10 CEO disegani terkaya di dunia pada tahun 2013 ini.

#10. Leonid Mikhelson

Berumur 57 tahun dari Rusia.
Merupakan CEO dan pemegang saham terbesar syarikat gas & minyak, Novatek.
Berada pada kedudukan ke-47 terkaya di dunia.
Jumlah Kekayaan: $15.4 Billion

#9. Aliko Dangote

Berumur 55 tahun dari Nigeria.
Merupakan CEO dan Pengerusi Dangote Group.
Berada pada kedudukan ke-43 terkaya di dunia.
Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion

#8. Lakshmi Mittal

Berumur 62 tahun dari India.
Merupakan Pengerusi dan CEO ArcelorMittal
Berada pada kedudukan ke-41 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion

#7. Mukesh Ambani

Berumur 55 tahun dari India.
Merupakan Pengerusi dan Managing Director (CEO) Reliance Industries.
Berada pada kedudukan ke-22 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $21.5 Billion

#6. Lawrence “Larry” Page

Berumur 39 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan CEO Google Inc.
Berada pada kedudukan ke-20 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $23 Billion

#5. Jeff Bezos

Berumur 49 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Amazon.com
Berada pada kedudukan ke-19 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $25.2 Billion

#4. Sheldon Adelson

Berumur 79 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Las Vegas Sands
Berada pada kedudukan ke-15 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $26.5 Billion

#3. Bernard Arnault

Berumur 63 tahun dari Perancis.
Merupakan Pengerusi dan CEO Louis Vuitton Moet Hennessy (LMVH)
Berada pada kedudukan ke-10 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $29 Billion

#2. Larry Ellison

Berumur 68 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengasas Bersama dan CEO Oracle.
Berada pada kedudukan ke-5 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $43 Billion

#1. Warren Buffet

Berumur 82 tahun dari Amerika Syarikat.
Merupakan Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway.
Berada pada kedudukan ke-4 terkaya di dunia
Jumlah Kekayaan: $53.5 Billion

(Sumber gambar : Business Insider & Forbes)

Monday, May 13, 2013

Tips: Buat Pelanggan Lebih Sayangkan Bisnes

Berniaga biar sampai jadi jutawan.

Berniaga biar sampai jadi dermawan.

Satu daripada strategi berkesan untuk 
mengekalkan kekayaan bisnes dari sudut
dunia dan akhirat adalah...

Mengasingkan keuntungan untuk dinikmati
oleh orang-orang yang memerlukan.

Ia dipanggil sebagai tanggungjawab sosial
atau social responsibility.

===
Rancang Aktiviti Sosial
===

Aktiviti sosial adalah aktiviti yang bagus
bagi menjenamakan bisnes.

Lagi banyak aktiviti sosial, lagi besar ruang
jenama kita diketahui umum.

Secara tidak langsung, menyebabkan
pelanggan percaya dan yakin untuk
berurusan dengan bisnes.

Langkah pertama adalah merancang aktiviti
sosial.

===
3 Contoh Aktiviti Sosial
===

Aktiviti 1 - Makan bersama anak-anak yatim.

Aktiviti 2 - Berbakti bersama masyarakat
menerusi program-program tertentu, yang
ditaja oleh bisnes kita.

Aktiviti 3 - Derma wang untuk pembangunan
ummah seperti majlis ilmu, masjid dan
pelbagai lagi.

... Aktiviti sosial bukan aktiviti yang buang
masa.

Ia mensucikan lagi duit bisnes dan memperoleh
keuntungan hakiki, iaitu keuntungan dunia
dan akhirat

-DAO-

Gambar aktiviti→ Student-student makin ramai yang sudah terbukak minda dengan melakukan SIMPANAN EMAS di peringkat awal. Salah seorang dealer P4U seorang student bersama GOLD SAVER yang  juga seorang student@

Sunday, May 12, 2013

Tips: Bayar Hutang Tidak Penting! Selagi...


Jangan bayar hutang terlebih dahulu.

Sebaliknya, kenal pasti dua jenis hutang ini:

1) Hutang positif.

2) Hutang negatif.

===
1 - Hutang Positif
===

Hutang positif ini adalah hutang yang membolehkan
kita untuk menambahbaik prestasi kehidupan,
dari sudut duit poket, ilmu dan sebagainya.

Contoh, kita berhutang untuk membeli rumah
pelaburan.

Ia dianggap sebagai hutang positif.

Hutang positif berbaloi dilangsaikan dengan segera.

Ia dapat tingkatkan prestasi duit besar masuk
ke dalam poket kita.

===
2 - Hutang Negatif
===

Berbeza dengan hutang positif.

Hutang negatif adalah hutang yang tidak memberikan
manfaat pada masa akan datang.

Secara rasminya, ia bukan aset. Hutang negatif
adalah liabiliti.

Sebagai contoh, kita berhutang untuk membeli
gajet atau telefon pintar.

Jika habis bayar, nilainya tetap jatuh dan terus
menurun.

Dalam masa sama, bayar hutang negatif ini
dengan kadar yang konsisten.

Apa yang penting di sini adalah merancang 
pembayaran hutang.

Ada hutang yang berbaloi diselesaikan.

Ada hutang yang tidak berbaloi

-DAO-

Gambar aktiviti→ Sharing tentang konsep bisnes emas oleh Jedi Rizz. Wann, Pegawai di UPNM tidak ragu-ragu untuk bersama team Hunters Legacy kerana leader-leader sedia untuk MEMBIMBING untuk capai TARGET  sales EMAS bersama P4U!!

Friday, May 10, 2013

Doa Kami Panjatkan Pada Mu!!

Dr. Wan Shah Razali
Today at 6:35am · 

Ya Allah, Engkau adalah Pemilik Kekuatan,
Pemberi Makanan,
Berilah kami kekuatan supaya kami mampu menjalani hidup ini,
Berilah makanan bagi jiwaku berbentuk cinta dan iman,
Sehingga kami mampu merasai kehadiran Mu,
Merasakan kekuatan Mu,
Supaya kami dapat berkongsi dengan seluruh makhluk Mu,
Sehingga tidak ada lagi yang lapar dan susah

Gambar aktivity→ Gold Explosion dengan hasil jualan emasnya. Tahniah&Syabas!!

Tips: Fikir-fikir Positif

Tips: Doa Hari Jumaat