Thursday, March 13, 2014

[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
4 hours ago
[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]

Amende ni? Mesti ada yang tanya kan? Dia tanya?

Satu masa dahulu saya tidak faham tentang Momentum. Momentum adalah satu situasi di mana bahasa mudahnya bila kita mahu memulakan sesuatu itu kadang-kadang ianya amat payah, tetapi the moment kita dah mulakan, pergerakan dan perjalanannya lebih mudah kerana ada tenaga atau pergerakan berlarutan.

Contoh, bila nak kayuh basikal, masa nak tekan pedal basikal tu mula-mula yang susah atau berat tetapi bila dah gerak, lebih mudah kita nak kayuh, in fact, ada masa kita tak perlu kayuh dan basikal masih bergerak....

Sama juga dengan konsep "Snow Ball Effect". Amende tu? "Snow ball" atau "Bola salji" yang berguling dari atas bukit atau gunung di kawasan bersalji. Asalnya Snow Ball atau Bola salji hanyalah bermula dari sebiji batu kecil tetapi bila ia berguling ke bawah bukit, ia mengumpul salji di sekelilingnya dan semakin lama semakin membesar. Momentum mula-mula susah ataupun perlahan tetapi bila ia telah mula bergolek, semakin lama semakin laju dan membesar.

Faham?

Begitu juga dengan kita manusia. Ramai daripada kita susah atau agak payah nak dapat momentum dan paling payah bukan nak dapatkan momentum tetapi nak mulakan sesuatu, bila dah mula ianya perlu berterusan sehingga kita mendapat momentumnya dan ia mungkin payah atau berat pada awalnya tetapi bila keep on pushing, Insha Allah ianya lebih mudsh.

Kepada semua, fahami ini, ada beberapa kategori manusia di luar sana, tetapi mereka yang akan berjaya atau telah berjaya adalah mereka yang mampu keep UP, stay focus dengan tenaga yanh stay tinggi dan konsisten pada tempoh yang lama di dalam melakukan sesuatu dan antara cara nak stay konsisten adalah dengan di kelilingi oleh ramai yang bertenaga tinggi dan konsisten. Insha Allah ianya ramai begitu di "kursus" IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) yang bermula 13 Mac 2014 hingga 16 Mac 2014 bersama saya di MINES Convention. Rama yang pernah hadir sesi saya akan hadir semuka untuk "Reload Energy" dan "Reload Momentum". Ada yang hadir sebagai peserta dan ada yang hadir dengan berkhidmat menjadi Volunteer Crew (Petugas Sukarelawan). Ramai juga yang pertama kali hadir ke "kursus" 4-hari bersama saya. Ada yang datang solo dan ada yang datang bersuami atau isteri. Ada yang datang hadir bersama keluarga dan rakan.

Tahniah dari saya kerana anda akan tahu yang anda berada ditempat yang betul dan pada waktu yang betul Insha Allah sebelum anda tamat sesi bersama pada hari ahad petang nanti.

Segalanya bermula dari NIAT dan seterusnya adalah KOMITMEN. Saya selalu berkongsi ciri-ciri mereka yang berjaya dan salah satunya adalah "Orang berjaya, mereka mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga HABIS!", berbeza dengan orang yang gagal atau loser, mereka selalu mulakan sesuatu tetapi sentiasa separuh jalan. Tak habis.

IMKK adalah program transformasi bagaimana seseorang itu berfikir, emosi mereka, perbuatan mereka dan fokus matlamat mereka akan sangat jelas Insha Allah selepas sesi 4-hari ini. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai untuk menjadi lebih bahagia, sihat, kewangan yang lebih bagus, kaya, berjaya dan diberkati Insha Allah.

Selamat datang buat anda yang hadir bermula hari ini dan banyakkan berdoa kerana orang yang bermusafir kerana ilmu dan orang yang hadir majlis ilmu doa mereka Insha Allah makbul. Saya doakan anda lebih kaya berjaya dan diberkatiNya dengan ilmu yang bakal diterima serta membantu perubahan hidup dsn kewangan anda sekeluarga Insha Allah. ‪#‎DrAzizanOsman‬

Tuesday, March 11, 2014

TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA

imkk-mac2014(2).jpg
TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA
Copy & Paste

Hidup luar biasa bermakna hidup lebih dari kebiasaan atau boleh dikatakan hidup ekstreme. Orang yang memiliki hidup luar biasa akan menampilkan kesungguhan, kekuatan dan keceriaan mereka berlipat kali ganda dari orang yang hidup biasa-biasa apabila melakukan sesuatu perkara.

Bagi memudahkan anda memahami konsep hidup luar biasa ini, saya pecahkan hidup luar biasa kepada tiga bahagian utama kehidupan manusia iaitu minda, emosi dan tindakan.

Minda orang luar biasa amatlah berlainan dari orang biasa-biasa. Contoh, minda mereka telah dilatih untuk berfikir secara pro-aktif apabila berhadapan dengan cabaran hidup. Minda mereka tidak mengenal erti putus asa malah mereka akan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan cabaran tersebut secara bijak dan aggresif. Berlainan pula dengan minda orang biasa yang hanya bergantung kepada kehidupan rutin harian, jika terdapat masalah hidup, golongan biasa ini akan cepat menyerah kalah atau lari dari tempuh masalah tersebut. Secara ringkas, golongan minda luar biasa sentiasa berfikir berkali ganda cergas dan aktif dari minda orang biasa-biasa.

Emosi merupakan kunci kepada perwatakan diri manusia. Jika emosi berada dalam keadaan tidak stabil, seseorang itu akan mudah menjadi pemarah, pembenci, perosak dan berbagai lagi perwatakan negatif yang boleh timbul. Emosi harus dijaga dengan baik setiap masa. Bagi golongan orang luar biasa, emosi mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik atau kata lain sentiasa positif. Tidak kira apa musibah yang menimpa, emosi golongan ini akan sentiasa bersyukur dan menganggapnya sebagai pengajaran hidup. Dengan mempunyai tanggapan ini, emosi mereka akan sentiasa berada dalam suasana tenang dan positif.

Akhir sekali ialah tindakan. Segala tindakan orang luar biasa akan berlipat kali ganda dari biasa. Jika diberi tugasan, mereka akan pastikan seluruh daya tumpuan dan tenaga akan diletakkan pada tugasan itu dan laksanakannya dengan berkali ganda lebih baik lagi dari kebiasaan. Akibat dari tindakan luar biasa ini, keputusan atau kejayaan akan dicapai dengan pantas malah keuntungan yang dimiliki akan berkali-kali ganda dari biasa.

Terlalu banyak kelebihan bakal dimiliki bagi orang yang memilih untuk menjadi hidup luar biasa. Abd Basit Abdur Rahim merupakan salah seorang bekas peserta program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang telah transformasikan hidup beliau dari hidup biasa-biasa ke hidup luar biasa. Baca dan pelajari perkongsian beliau ini.

ABD BASIT ABDUR RAHIM - CEO KP CREATIVE SDN BHD
Abd Basit.jpg
Sebelum menghadiri program, saya merupakan pelajar yang baru menamatkan pengajian dan masih tercari cari apa yang akan saya lakukan. Menaiki motosikal adalah kenderaan rasmi bagi seorang pelajar, di mana sebelum ini,sebagai seorang pelajar, jualan puluhan ringgit pun merupakan angka yang sukar untuk kita capai.
 
Sebelum ini, saya berpendapat bahawa seminar adalah sesuatu yang biasa-biasa sahaja dan saya berpendapat ia hanya sekadar menjual air liur. Saya tidak tahu bahawa dengan seminar, ia telah membawa titik permulaan kepada perubahan dalam diri saya sendiri. Ia telah mempengaruhi cara saya berfikir, cara saya bertindak dan cara untuk saya memandang sesuatu perkara.
 
Setelah menghadiri program, apa yang saya pelajari, bagaimana cara untuk menjadi jutawan dalam industri yang kita ceburi, kurang dari 3 tahun dan Alhamdulillah kita telah pun mencapai jualan sebanyak satu juta ringgit dalam tempoh 9 bulan. Kini kita telah mempunyai 3 buah anak syarikat, kita akan membuka tiga kedai, kita telah mempunyai 2 kenderaan syarikat dan apa yang paling membanggakan saya setakat ini adalah mempunyai pasukan yang cukup kuat untuk membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Jujur saya katakan, apa yang saya pelajari di peringkat ijazah 80% daripadanya adalah tidak praktikal berbanding dengan ilmu yang Dr Azizan ajarkan. Dr Azizan sendiri menekankan aspek dalaman, penekanan bahawa perniagaan adalah bukan hanya sekadar menjual semata – mata, sebaliknya perniagaan adalah salah satu cara untuk berkongsi tentang apa yang kita tahu dalam pasaran. Baru saya tahu tanpa menjual, dengan hanya berkongsi, rupa rupanya jualan itulah yang datang secara besar besaran dan perkara inilah yang mengembangkan perniagaan sedia ada.
 
Saranan daripada saya, jika anda tidak mempunyai sebab yang cukup kuat untuk berjaya, anda tidak perlu menghadiri kelas ini kerana jika anda sebagai seorang murid tidak bersedia, jangan inginkan guru untuk datang kepada anda dan ajar anda macam mana nak Berjaya dalam hidup.

Transformasikan hidup anda melalui program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan 2014 yang akan membantu anda bangkitkan potensi diri, kewangan dan kejayaan luar biasa dengan formula yang terbukti berkesan.

Daftar segera di www.richworks.com.my/imkk2014 atau hubungi kami di 019-2442244 / 013-2442244 / 019-2442400 untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.


Saturday, February 22, 2014

5 Pesanan D. Azizan Osman


5 perkara nak pesan petang ni:-

1- Orang Melayu nak bisnes berjaya kena ada ILMU BISNES dan belajarlah dari mereka yang telah berjaya dalam bisnes.

2- Orang Melayu kena belajar Joint Venture atau Usahasama dengan orang lain especially orang lain yang lebih berjaya

3- Orang Melayu kena melabur dalam hartanah dan pelaburan saham (Bursa Malaysia), of coz perlu ada ilmu tetapi jangan sibuk habiskan duit atau buang masa muda tanpa melabur dalam 2 perkara ni.

4- Orang Melayu perlu kurangkan penyakit hati seperti hasad dengki khianat iri hati tamak dan sangkaan buruk especially sesama kita.

5- Orang Melayu perlu tingkatkan ilmu agama Tauhid. Feqah Asas, Tasawuf, Al-Quran & Hadis agar hidup kita beramal dengan ilmu insha Allah.

Ingatan ini untuk saya dan anak murid saya yang suka diingatkan. ‪#‎DAO‬



IKLAN TAJAAN !
Penulenan air #1 daripada coway. Memudahkan kerja harian anda, 6 penapis berkualiti tinggi dan 3 mood panas, sejuk, suam. 
*ANDA AKAN MENIKMATI PERCUMA:-
√Hantar dan pasang,
√Penggunaan bulan pertama,
√Penukaran penapis berkala,
√Penukaran alat ganti,
√Servis setiap 2 bulan dirumah anda,
√Pindah lokasi dan bulanan serendah dari RM90 sahaja!!!
Call, sms, what's up FREE COWAY TO 012-9212335 (NIZAM) 







Tuesday, February 18, 2014

[Anda nak rasa bahagia hari ini?]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
Yesterday at 7:16am

[Anda nak rasa bahagia hari ini?]

Ada 5 perkara anda boleh lakukan hari ini untuk rasa lebih bahagia:-
1- Senyum. Senyum selebarnya kepada sesiapa sahaja dengan niat bersedekah.. Senyuman itu kan satu sedekah, nak sedekah banyak, senyum banyak. Senyum seperti anda baru dapat hadiah kereta Lambhorgini Aventador yang terbaru.
2- Salam, cium, peluk orang yang tersayang dan ucapakan "Saya sayang mak/ ayah/ suami/ isteri atau anak-anak sebelum masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
3- Ucapan salam terlebih dahulu kepada sesiapa yang anda jumpa hari ini.
4- Sedekah duit atau beri sesuatu kepada seseorang pagi ini atau hari ini. Contoh, nampak makcik yang sapu sampah, beri dia RM5 buat sarapan.
5- Solat- Solat dhuha dan solat zohor/ asar dan lain-lain pada waktunya dan selepasnya ambil masa seketika untuk beristighfar, selawat, bersyukur dan berdoa.
Insha Allah sedikit sedikit kita buat dan mohon Allah swt beri kita kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dan kasih sayangNya serta jadikan kita di kalangan orang yang istiqomah.
Salam sayang buat semua. ‪#‎DrAzizanOsman‬Sebarkan untuk manfaat semua

Gambar hiasan ~ bisnes isteri iaitu dropship barang baby & mama..my daughter sebagai model untuk riben ni.. :)

Sila lawati






Monday, February 17, 2014

Kisah Doa Termakbul

Kisah Doa Termakbul
~ www.tinyurl.com/keretasewa-murah4u  
Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua  ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada agar dirinya kaya raya hidup mewah.
Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangvnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.
Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa. 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan risak: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. 
Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH… Kebesara Illahi.
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha dengan kita. Aamiin.
Kongsi ilmu 

Wednesday, February 12, 2014

KEGAGALAN ADALAH KEJAYAAN [BANGKIT 2014]

Image
KEGAGALAN ADALAH KEJAYAAN

Jangan takut kepada KEGAGALAN!
BANGKIT! BANGKIT! BANGKIT!
Jika ditanya kepada saya maksud 'GAGAL' di dalam aspek perniagaan, jawapan sebenar saya adalah perkataan gagal tidak pernah wujud di dalam kamus perniagaan. Ia hanyalah satu PROSES KEJAYAAN yang perlu dilalui sebelum mencapai kejayaan.
Jangka masa proses kejayaan ini bergantung kepada POTENSI DIRI dan ilmu yang dimiliki oleh seseorang usahawan itu. Jika kekurangan ilmu di dada, maka ia akan memakan masa di dalam mencapai proses kejayaan. Tetapi bagi individu yang mempunyai ilmu ditambah pula dengan bimbingan Mentor yang terbukti berjaya, insya-Allah kejayaan yang ingin dikecapi akan lebih singkat dan mudah.
Seminar BANGKIT 2014 akan membantu anda merungkai cara-cara atasi kegagalan diri. Ini kerana kebanyakkan kegagalan bukan berpunca dari persekitaran luaran tetapi ia datang dari kegagalan dalaman individu itu sendiri. Mereka tidak kenal siapa diri mereka yang sebenar, apa kemampuan serta kemahiran yang dimiliki dan bagaimana hendak menggunakan kesemua yang ada di dalam diri untuk membantu menambah kehidupan orang lain kepada yang lebih baik lagi.
Jangan biarkan kegagalan menghantui diri anda selamanya!
"BANGKIT! Kenali diri, memperkasakan Potensi Diri dan gunakannya untuk menambah nilai diri dan orang lain."
Kalau anda ingin belajar, belajar dari mereka yang telah BANGKIT dan BERJAYA seperti Pn Hajjah Rusnah Haji Kairan, Pengurus Nahwant Enterprise.
Syarikatnya bermula dengan perniagaan memproses makanan sejuk beku pada tahun 1995 dan kemudian bertukar kepada pemprosesan biskut raya. Tetapi dalam masa kurang dua tahun, syarikat mula mengalami kegagalan berikutan kegawatan ekonomi dan ketiadaan ilmu.
Pada masa yang sama, Pn Rusnah mengalami banyak 'Tsunami' hidup. Dia pernah ditipu dan diheret ke balai polis, arwah ibunya diserang strok, adik beradik tidak sefahaman, rumah tangganya kucar kacir disamping anak-anak yang masih kecil ketika itu. Semua ini merupakan dugaan Allah dalam membina perniagaan Pn Rusnah.
Pada Januari 2009, dia mendapat panggilan daripada Allah S.W.T untuk menunaikan umrah. Pada ketika itu, dia memohon kepada Allah supaya dipertemukan dengan seorang yang boleh membimbing dan memberi ilmu perniagaan kepadanya.
Keinginan dirinya yang tinggi yang mahu bangkit dan berjaya dalam hidup dan perniagaan, beliau telah ditemukan dengan program Dr Azizan Osman. Berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Azizan, beliau mula berani mengorak langkah untuk menambah nilai hidupnya dan juga hidup orang lain.
Bermula dari detik itu, perniagaan Pn Rusnah berubah 200%. Jika dahulu, hasil jualan lebih kurang RM30, 000 sebulan, kini jualan boleh mencecah sehingga RM300, 000 sebulan.
Kini Pn Rusnah sangat gembira dengan kehidupannya dan mampu untuk memberi pada yang lebih memerlukan. Rezeki yang diperoleh dikongsi dengan keluarga dan orang disekeliling.
Ikuti wawancara temubual rancangan Nasi Lemak Kopi TV9, bersama Hajjah Rusnah Haji Kairan di sini --> http://azizanosman.com/blog/temubual-nlko-bangkit-2014-9-feb-2014
Pengajaran penting dari kisah hidup Pn Rusnah yang kita boleh praktikkan dalam hidup kita adalah untuk bangkit setiap kali kita jatuh. Jatuh bangun dalam perniagaan dan kehidupan merupakan perkara biasa. Namun sampai bila kita mahu jatuh dan lihat orang lain berjaya?
Bangkitlah dan kuatkan semangat anda untuk berjaya. Untuk ketahui lebih lanjut, beri peluang kepada diri anda untuk menerokai kuasa potensi diri yang terpendam lama. Gunakan peluang ini untuk mengubah seluruh kehidupan anda agar menjadi lebih bermakna dan berjaya.
BANGKIT dan kuasai potensi diri anda. Daftar segera di http://www.bangkit2014.com untuk lokasi pertama kami di Johor Bahru, Berjaya Waterfront Hotel (The Zone) pada hari Sabtu 15 Februari 2014 jam 8 pagi.
Lokasi kedua bertempat di Kuala Lumpur, Hotel Berjaya Times Square pada hari Ahad 16 Februari 2014 pada jam 8 pagi.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 019 / 013 - 244 2244019 244 2400atau 03 - 5519 1260.

Salam Kejayaan dari saya,
Dr Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Mentor Pemasaran #1 Asia

Saturday, February 8, 2014

Jatuh vs Bangkit

[Jatuh vs Bangkit]

Jatuh? Bangkit semula! Jatuh lagi? Bangkit lagi! Itulah proses belajar di dalam kehidupan! Jika dari kecil kita ini adalah "set-set" jenis berputus asa, tidak boleh kita berjalan hari ini bila dah besor! Yalah, masa kecil ketika nak belajar berjalan, berapa banyak kali kita jatuh, tapi kita tak kira pun (Mengira pun tak pandai masa tu!), tapi Alhamdulillah berkat kita fokus nak berjalan, jatuh berapa kali entah tetapi kita bangkit lagi dan lagi sehingga kita boleh berjalan, berlari, memanjat semua...... Kenapa hari ini kita perlu kira berapa kali kita gagal atau jatuh? Orang tidak ingat kita masa kita jatuh, mereka pasti ingat bila kita bangkit secara luar biasa! ‪#‎DAO‬P/S Bangkitkan potensi sebenar diri anda di Seminar Bangkit2014.com. Daftar 3 orang 100% Yuran Percuma. Layari www.Bangkit2014.com

Iklan~

Kereta BMW z4 sedia untuk disewa!
Direct call/sms/whastapp 0126656874 untuk info lanjut!

Wednesday, January 8, 2014

Orang GAGAL & Orang BERJAYA

Orang GAGAL selalu berkata
:: SAYA TIDAK MAMPUMELAKUKANNYA ::
Orang BERJAYA selalu berkata
:: BAGAIMANA AGARSAYA MAMPU MELAKUKANNYA ::
Orang GAGAL akan selalu gunakan AKAL merekauntuk mencipta pelbagai ALASAN
Orang BERJAYA akan selalu gunakan AKAL merekauntuk mencari pelbagai JALAN
:: tengok cermin,tanya kepada diri kita sendiri,kitani seorang yang ???? ::
:: tepuk dada tanya iman,akal,hati,diri sendiri ::
:: jawapan ada pada diri kita sendiri ::
:: orang lain boleh,kenapa kita tidak ::

# Renovation&build New House and Kitchen Cabinet&Wardrobe

Thursday, January 2, 2014

Renovation & Build New House, Kitchen Cabinet & Wardrobe 2014

Assalamualaikum!! 

Salam tahun baru 2014! Doa dan harapan  tahun in adalah tahun yang lebih gemilang bagi kita semua!! 


Jadikan tahun 2014 adalah tahun kita! Buktikan bahawa 2014 adalah tahun kita mencipta SEJARAH. Sejarah kejayaan Diri Sendiri, sejarah peribadi & keluarga! Buktikan! 
Hari ini  ramai yang berpura-pura kononnya ingin melihat anda berjaya tetapi hakikatnya 
mereka  takut sekiranya anda buktikan. Ingat! Selagi anda masih ada ibubapa, tunjukkan pada  mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan merupakan seorang yang HEBAT! 
WE ARE THE CHAMPION!


Bersempena dengan tahun baru 2014 ini saya dan team saya dengan rasminya melancarkan projek terbaru kami iaitu projek dalam bidang ENGINEERING & CONSTRUCTION! 

Di bawah antara services yang kami jalankan dan antara projek yang telah kami buat secara "BAWAH TANAH" sebelum ini... hihihi..

"KEPAKARAN kami adalah dalam  
MEMBANTU anda menjadikan  kediaman&premis anda nampak  CANTIK MENARIK dengan  KUALITI yang BAGUS dan harga yang BERPATUTAN"

1) Pemasangan Kitchen Cabinet, Wardrobe dan lain lain






Kami menawarkan perkhidmatan Kabinet Tempah Siap untuk;

1.Kitchen Cabinet :ACRYLIC/ GLASS/3G/SOLID WOOD/4G
2.Wardrobe
3.Tv Cabinet
4.Divider /Partition
5.Dan lain-lain (berkenaan dengan kerja kayu kabinet)

KENAPA ANDA MESTI MEMILIH KAMI?

1)Harga yang berpatutan / rendah
***Terus dari Kilang

2)Kualiti Terjamin
***Mesin dan tenaga kerja berpengalaman

3)Tiada Penipuan
***Tiada caj2 tersembunyi

4)Servis Cepat&Mudah
***Servis dari rumah ke rumah.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN?

1) Sila hantar sms/whatsapp YES CABINET ke 0126656874/0162392041
atau ke 
Email : sm.bersatu.gmail.com

2) Kami yang akan menghubungi semula anda, mudah dan jimat.

3) Perkhidmatan melawat tapak/site visit secara percuma

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi SEKARANG!

2) Bina Rumah Baru dan Renovation Rumah dan Pejabat





KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BINA/UBAH SUAI RUMAH, PEJABAT DAN
SEKOLAH DENGAN HARGA YANG AMAT BERPATUTAN, MURAH DAN KERJA YANG BERKUALITI

Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah:-

1)Ubah suai tambah dapur,bilik air,tempat letak
Extend Awning
kereta & lain-lain lagi.
2)Kerja-kerja Tiles,Mozek, Jubin dan batu stone.
3)Kerja mengecat.
4)Pecah Batu.
5)Naik Tembok.
6)Plaster Ceiling.
7)Wiring Elektrical.
8)Plumbing.
9)Menanam rumput & Landskap.
10)Juga membuat sebuah rumah baru & Banglo
baru.
11) Plastic Wood Timber Floor
12) Interior Design Professional
13) Pasang Grill
14) Pasang Window Tinted
15) Partition
16) Kitchen Cabinet
17) Main gate dan auto gate
18) dan lain2 pengubahsuaian

-Pekerja yang berpegalaman.
-Jaminan kerja yang dijalankan mengikut kehendak
Tuan Rumah.

BAGAIMANA CARA MENGHUBUNGI KAMI?

1) Sila hantar sms/whatsapp YES RENOVATION ke 0126656874/0162392041
atau ke Email : sm.bersatu.gmail.com

2) Kami yang akan menghubungi semula anda, mudah dan jimat.

3) Perkhidmatan melawat tapak/site visit secara percuma

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi SEKARANG!

2014 - Jadikan ia Tahun yang GEMILANG!



Image
2014 - Jadikan ia Tahun yang GEMILANG!

Hari ini, adalah hari pertama dalam tahun 2014. Ini merupakan peluang yang terbaik bagi diri kita untuk merangka pelan kehidupan yang baru di mana pelan ini mempunyai harapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan dan kekayaan hidup di dunia dan akhirat. Hanya orang yang berani sahaja akan merangka pelan ini untuk memajukan diri terus kehadapan.

Mari bermula dengan membuat senarai semak (checklist) resolusi bagi tahun 2013. Kenal pasti perkara yang tidak dapat ditunaikan dan mencari punca kenapa ia tidak dapat diselesaikan. Kemudian, baru kita membuat senarai semak yang baru bagi tahun 2014. Tuliskan seberapa banyak yang kita inginkan serta pelan tindakan yang terperinci bagi mencapainya. Disiplin dan fokus merupakan asas yang diperlukan bagi merangka resolusi tahun 2014 ini.
   
Saya telah merangka pelan resolusi saya dalam bentuk jurnal. Setiap pagi selesai solat, saya akan mengeluarkan jurnal Big Dreams saya dan menulis sepuluh jenis idea yang mempunyai potensi besar dalam membantu meningkatkan perniagaan, kesihatan, keberkatan, kesyukuran, kekayaan dan kejayaan di dalam hidup saya.

Di sini saya ingin berkongsi tujuh persoalan penting yang kita semua perlu mengambil masa daripada jadual sibuk kita untuk dijawab. Kajian akhir tahun berkaitan kehidupan anda sepanjang tahun adalah iringan yang sempurna untuk penetapan matlamat dan rancangan tahun 2014. Tuangkan secawan minuman kegemaran anda, duduk di kerusi kegemaran anda, dan tulis jawapan anda kepada soalan yang berikut:

1) Apa yang telah berubah sepanjang tahun 2013?
2) Apakah perkara-perkara yang luar biasa dalam hidup anda tahun ini?
3) Di manakah kekurangan anda?
4) Apa yang anda belajar mengenai diri anda atau orang di sekeliling anda yang anda tidak tahu sebelum ini?
5) Apakah aspek dalam hidup anda yang memerlukan transformasi?
6) Adakah anda akan terus memberi tumpuan kepada sesuatu yang anda mulakan di sini?
7) Bolehkah anda menjaga disiplin diri dalam aspek lain, seperti perkahwinan, bersenam, kerjaya, kehidupan sosial anda, kerohanian dan sebagainya?

Habiskan masa berfikir tentang diri anda dan soalan-soalan ini. Ia akan membantu anda mengenal pasti kesilapan masa lalu dan bagaimana anda boleh bertukar ke 2014, tahun di mana anda mungkin menjadi jutawan, bertambah sihat, menyalakan semula hubungan peribadi yang penting, atau menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Ini adalah perkara yang jutawan lakukan.

Ia mungkin tidak selesa.

Tetapi setiap minit itu akan menambah nilai kehidupan anda.

Jangan menyesal dan merungut kesilapan lalu kerana ia tidak akan membawa anda ke mana-mana. Sebaliknya, fokus pada apa yang anda boleh dan akan lakukan hari ini, esok, dan seluruh hidup anda, dan semua perkara-perkara besar yang akan berlaku kerana tindakan anda.

Jangan tunggu untuk 'masa yang betul' atau sehingga ia terlalu lewat untuk mengambil tindakan ke atas matlamat anda. Jika ada sesuatu yang anda benar-benar mahu lakukan, jika ada impian yang anda ingin capai atau merubah dalam kehidupan, cari jalan untuk melakukannya sekarang.
Bukannya menunggu, terus mulakan.

Beri tumpuan untuk menggantikan tabiat buruk dan corak pemikiran yang negatif, satu demi satu, dari masa ke masa dengan tabiat yang baik dan positif. Setiap langkah itu akan membawa kepada perubahan yang kuat dalam hidup anda.

Semua yang anda lakukan akan mendekatkan atau menjauhkan anda daripada matlamat anda.

Jadi apakah tindakan anda hari ini?

Untuk merubah kehidupan anda, jangan lepaskan peluang terakhir untuk mendaftarkan diri di Seminar Dunia Usahawan 2014.

Hanya tinggal 2 lokasi sahaja SDU akan dianjurkan:

(Sabtu) 4 Januari 2014, 8 pagi - Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
(Ahad) 5 Januari 2014, 8 pagi - Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang

Daftar Sekarang di www.duniausahawan.com atau hubungi 019/013-244 2244/019-244 2400 untuk sebarang pertanyaan. 100% percuma sekiranya daftar 3 orang.

Mereka yang ingin menguasai Hentakan Pemasaran, Rahsia Membina Perniagaan pada tahun 2014, layari richworks.com.my dan Daftar Segera untukAdvanced Marketing Power pada 17-19 Januari 2014 di MIECC (Malaysia International Exhibition and Convention Centre), Kuala Lumpur.

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua Alumni dan bakal Alumni program Dr Azizan Osman.

Saya sentiasa doakan anda mendapat kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan dari Allah swt..

Dr. Azizan Osman.
Pengasas Kumpulan Richworks.
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran #1 Asia.
www.azizanosman.com