Friday, March 28, 2014

7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya

Ingatan untuk diri sendiri&anda semua yang sentiasa sibuk... :)

7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatehah utk kedua ibubapa kita, moga Allah merahmati mereka.

Sharing is caring.... Sebarkan ilmu bermanfaat ini...

Friday, March 21, 2014

[PENJENAYAH DIKEHENDAKI SEGERA]

[PENJENAYAH DIKEHEDAKI SEGERA]


NAMA: PEDRIC BRAGANZA  a.k.a DANIEL
IC: 890106-12-5619
ALAMAT TERAKHIR: PV 10, TINGKAT 15, BLOK A, DANAU KOTA, SETAPAK. K.L 


KESALAHAN :
1)   MELARIKAN KERETA PROTON PREVE PLATE NO WXY5917
2)   MENYAMAR SEBAGAI INSPEKTOR POLIS DARI BUKIT AMAN
3)   KES DADAH
4)   MEMPERDAYAKAN BEBERAPA ORANG AWAM UNTUK MENDAPATKAN WANG & LAIN-LAIN

JIKA TERNAMPAK KELIBAT DIA ATAU KERETA PROTON PREVE PLATE NO WXY5917

SILA TAHAN DAN HUBUNGI SEGERA NO. DI BAWAH:
•   INSPEKTOR KHAIRI : 0198696725
•   MUZRI : 0126656874
•   SAID : 0123242463
•   MAN: 0133922363

TOLONG SEBARKAN! TQ

Sabar dan Jenis-jenisnya !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
TAZKIRAH HARI INI (Jumaat 19 Jdl. Awal 1435H)
Sabar dan Jenis-jenisnya !
Fasobrun jamil "فصبر جميل”, inilah lafaz yang termaktub di dalam Al-quran, malah di sana terdapat lebih daripada 90 ayat-ayat yang menyuruh manusia supaya bersabar dan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar.
Allah telah berfirman dalam Al-Quranul Karim :
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (QS: Al-Baqarah, 45)
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran sabar itu bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya. Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah kerana Allah tidak pernah mungkir janji.
PENCERAHAN :
Bahagian-bahagian sabar yang harus kita ketahui menurut Sheikh Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah:
A. Sabar Yang Wajib (ini yang biasa kita tahu...)
1) Sabar dalam ketaatan dan dalam menunaikan kewajipan (melakukan segala suruhan Allah)
2) Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kemaksiatan dan segala yang dilarang oleh Allah.
3)Sabar terhadap semua bala bencana dan musibah yang ditakdirkan. Pray And Sabar (PAS) for MH370 !
B. Sabar Yang Sunat. 
1) Sabar dalam menahan diri dalam menghadapi perlakuan buruk dengan ingin membalas keburukan juga.
2) Sabar dalam hal-hal yang disunatkan seperti nak melakukan solat sunat rawatib atau nawafil.
3) Sabar dalam menahan diri daripada perkara-perkara yang makruh.
C. Sabar Yang Mubah (Harus)
Sabar yang mubah adalah menahan diri daripada semua perbuatan yang dibolehkan. Sama ada untuk melakukan atau meninggalkannya, kerana sabar itu berkaitan dengan nafsu yang selalu berkeinginan dan menyukai agar keinginan-keinginannya selalu dituruti dan dipenuhi.
D. Sabar Yang Makruh.
1) Menahan diri daripada mengekang nafsu makan dan minum sehingga hal itu membahayakan kesihatan badannya (diet berlebihan)
2) Menahan diri daripada menggauli isteri ketika isterinya memerlukannya sedangkan tidak ada keuzuran bagi si suami. Suami buat selamba je...
3) Tidak menegur apabila melihat seseorang yang melakukan perkara-perkara yang makruh terutamanya makruh dalam solat.
4) Menahan diri daripada perbuatan yang disunatkan seperti kebiasaan memberi sedekah tiba-tiba ia menghentikan hal itu.
E. Sabar Yang Haram. 
1) Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kewajiban. Contoh, menangguh-nangguhkan pergi haji.
2) Sabar menerima perlakuan yang dilarang atau maksiat depan mata. Contoh, sabar dengan konsert FMFA !
KESIMPULAN :
Jadikanlah sabar seperti sabarnya ulat yang menanti menjadi kepompong dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu-kupu yang Indah... Jadikanlah sabar seperti sabarnya pokok kaktus yang bertahan di padang pasir yang panas untuk menanti mekarnya bunga. Jadilah sabar seperti sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya...
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah dan sabar Ust Kay
#copy & paste

Thursday, March 13, 2014

[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
4 hours ago
[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]

Amende ni? Mesti ada yang tanya kan? Dia tanya?

Satu masa dahulu saya tidak faham tentang Momentum. Momentum adalah satu situasi di mana bahasa mudahnya bila kita mahu memulakan sesuatu itu kadang-kadang ianya amat payah, tetapi the moment kita dah mulakan, pergerakan dan perjalanannya lebih mudah kerana ada tenaga atau pergerakan berlarutan.

Contoh, bila nak kayuh basikal, masa nak tekan pedal basikal tu mula-mula yang susah atau berat tetapi bila dah gerak, lebih mudah kita nak kayuh, in fact, ada masa kita tak perlu kayuh dan basikal masih bergerak....

Sama juga dengan konsep "Snow Ball Effect". Amende tu? "Snow ball" atau "Bola salji" yang berguling dari atas bukit atau gunung di kawasan bersalji. Asalnya Snow Ball atau Bola salji hanyalah bermula dari sebiji batu kecil tetapi bila ia berguling ke bawah bukit, ia mengumpul salji di sekelilingnya dan semakin lama semakin membesar. Momentum mula-mula susah ataupun perlahan tetapi bila ia telah mula bergolek, semakin lama semakin laju dan membesar.

Faham?

Begitu juga dengan kita manusia. Ramai daripada kita susah atau agak payah nak dapat momentum dan paling payah bukan nak dapatkan momentum tetapi nak mulakan sesuatu, bila dah mula ianya perlu berterusan sehingga kita mendapat momentumnya dan ia mungkin payah atau berat pada awalnya tetapi bila keep on pushing, Insha Allah ianya lebih mudsh.

Kepada semua, fahami ini, ada beberapa kategori manusia di luar sana, tetapi mereka yang akan berjaya atau telah berjaya adalah mereka yang mampu keep UP, stay focus dengan tenaga yanh stay tinggi dan konsisten pada tempoh yang lama di dalam melakukan sesuatu dan antara cara nak stay konsisten adalah dengan di kelilingi oleh ramai yang bertenaga tinggi dan konsisten. Insha Allah ianya ramai begitu di "kursus" IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) yang bermula 13 Mac 2014 hingga 16 Mac 2014 bersama saya di MINES Convention. Rama yang pernah hadir sesi saya akan hadir semuka untuk "Reload Energy" dan "Reload Momentum". Ada yang hadir sebagai peserta dan ada yang hadir dengan berkhidmat menjadi Volunteer Crew (Petugas Sukarelawan). Ramai juga yang pertama kali hadir ke "kursus" 4-hari bersama saya. Ada yang datang solo dan ada yang datang bersuami atau isteri. Ada yang datang hadir bersama keluarga dan rakan.

Tahniah dari saya kerana anda akan tahu yang anda berada ditempat yang betul dan pada waktu yang betul Insha Allah sebelum anda tamat sesi bersama pada hari ahad petang nanti.

Segalanya bermula dari NIAT dan seterusnya adalah KOMITMEN. Saya selalu berkongsi ciri-ciri mereka yang berjaya dan salah satunya adalah "Orang berjaya, mereka mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga HABIS!", berbeza dengan orang yang gagal atau loser, mereka selalu mulakan sesuatu tetapi sentiasa separuh jalan. Tak habis.

IMKK adalah program transformasi bagaimana seseorang itu berfikir, emosi mereka, perbuatan mereka dan fokus matlamat mereka akan sangat jelas Insha Allah selepas sesi 4-hari ini. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai untuk menjadi lebih bahagia, sihat, kewangan yang lebih bagus, kaya, berjaya dan diberkati Insha Allah.

Selamat datang buat anda yang hadir bermula hari ini dan banyakkan berdoa kerana orang yang bermusafir kerana ilmu dan orang yang hadir majlis ilmu doa mereka Insha Allah makbul. Saya doakan anda lebih kaya berjaya dan diberkatiNya dengan ilmu yang bakal diterima serta membantu perubahan hidup dsn kewangan anda sekeluarga Insha Allah. ‪#‎DrAzizanOsman‬

Tuesday, March 11, 2014

TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA

imkk-mac2014(2).jpg
TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA
Copy & Paste

Hidup luar biasa bermakna hidup lebih dari kebiasaan atau boleh dikatakan hidup ekstreme. Orang yang memiliki hidup luar biasa akan menampilkan kesungguhan, kekuatan dan keceriaan mereka berlipat kali ganda dari orang yang hidup biasa-biasa apabila melakukan sesuatu perkara.

Bagi memudahkan anda memahami konsep hidup luar biasa ini, saya pecahkan hidup luar biasa kepada tiga bahagian utama kehidupan manusia iaitu minda, emosi dan tindakan.

Minda orang luar biasa amatlah berlainan dari orang biasa-biasa. Contoh, minda mereka telah dilatih untuk berfikir secara pro-aktif apabila berhadapan dengan cabaran hidup. Minda mereka tidak mengenal erti putus asa malah mereka akan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan cabaran tersebut secara bijak dan aggresif. Berlainan pula dengan minda orang biasa yang hanya bergantung kepada kehidupan rutin harian, jika terdapat masalah hidup, golongan biasa ini akan cepat menyerah kalah atau lari dari tempuh masalah tersebut. Secara ringkas, golongan minda luar biasa sentiasa berfikir berkali ganda cergas dan aktif dari minda orang biasa-biasa.

Emosi merupakan kunci kepada perwatakan diri manusia. Jika emosi berada dalam keadaan tidak stabil, seseorang itu akan mudah menjadi pemarah, pembenci, perosak dan berbagai lagi perwatakan negatif yang boleh timbul. Emosi harus dijaga dengan baik setiap masa. Bagi golongan orang luar biasa, emosi mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik atau kata lain sentiasa positif. Tidak kira apa musibah yang menimpa, emosi golongan ini akan sentiasa bersyukur dan menganggapnya sebagai pengajaran hidup. Dengan mempunyai tanggapan ini, emosi mereka akan sentiasa berada dalam suasana tenang dan positif.

Akhir sekali ialah tindakan. Segala tindakan orang luar biasa akan berlipat kali ganda dari biasa. Jika diberi tugasan, mereka akan pastikan seluruh daya tumpuan dan tenaga akan diletakkan pada tugasan itu dan laksanakannya dengan berkali ganda lebih baik lagi dari kebiasaan. Akibat dari tindakan luar biasa ini, keputusan atau kejayaan akan dicapai dengan pantas malah keuntungan yang dimiliki akan berkali-kali ganda dari biasa.

Terlalu banyak kelebihan bakal dimiliki bagi orang yang memilih untuk menjadi hidup luar biasa. Abd Basit Abdur Rahim merupakan salah seorang bekas peserta program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang telah transformasikan hidup beliau dari hidup biasa-biasa ke hidup luar biasa. Baca dan pelajari perkongsian beliau ini.

ABD BASIT ABDUR RAHIM - CEO KP CREATIVE SDN BHD
Abd Basit.jpg
Sebelum menghadiri program, saya merupakan pelajar yang baru menamatkan pengajian dan masih tercari cari apa yang akan saya lakukan. Menaiki motosikal adalah kenderaan rasmi bagi seorang pelajar, di mana sebelum ini,sebagai seorang pelajar, jualan puluhan ringgit pun merupakan angka yang sukar untuk kita capai.
 
Sebelum ini, saya berpendapat bahawa seminar adalah sesuatu yang biasa-biasa sahaja dan saya berpendapat ia hanya sekadar menjual air liur. Saya tidak tahu bahawa dengan seminar, ia telah membawa titik permulaan kepada perubahan dalam diri saya sendiri. Ia telah mempengaruhi cara saya berfikir, cara saya bertindak dan cara untuk saya memandang sesuatu perkara.
 
Setelah menghadiri program, apa yang saya pelajari, bagaimana cara untuk menjadi jutawan dalam industri yang kita ceburi, kurang dari 3 tahun dan Alhamdulillah kita telah pun mencapai jualan sebanyak satu juta ringgit dalam tempoh 9 bulan. Kini kita telah mempunyai 3 buah anak syarikat, kita akan membuka tiga kedai, kita telah mempunyai 2 kenderaan syarikat dan apa yang paling membanggakan saya setakat ini adalah mempunyai pasukan yang cukup kuat untuk membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Jujur saya katakan, apa yang saya pelajari di peringkat ijazah 80% daripadanya adalah tidak praktikal berbanding dengan ilmu yang Dr Azizan ajarkan. Dr Azizan sendiri menekankan aspek dalaman, penekanan bahawa perniagaan adalah bukan hanya sekadar menjual semata – mata, sebaliknya perniagaan adalah salah satu cara untuk berkongsi tentang apa yang kita tahu dalam pasaran. Baru saya tahu tanpa menjual, dengan hanya berkongsi, rupa rupanya jualan itulah yang datang secara besar besaran dan perkara inilah yang mengembangkan perniagaan sedia ada.
 
Saranan daripada saya, jika anda tidak mempunyai sebab yang cukup kuat untuk berjaya, anda tidak perlu menghadiri kelas ini kerana jika anda sebagai seorang murid tidak bersedia, jangan inginkan guru untuk datang kepada anda dan ajar anda macam mana nak Berjaya dalam hidup.

Transformasikan hidup anda melalui program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan 2014 yang akan membantu anda bangkitkan potensi diri, kewangan dan kejayaan luar biasa dengan formula yang terbukti berkesan.

Daftar segera di www.richworks.com.my/imkk2014 atau hubungi kami di 019-2442244 / 013-2442244 / 019-2442400 untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.


Saturday, February 22, 2014

5 Pesanan D. Azizan Osman


5 perkara nak pesan petang ni:-

1- Orang Melayu nak bisnes berjaya kena ada ILMU BISNES dan belajarlah dari mereka yang telah berjaya dalam bisnes.

2- Orang Melayu kena belajar Joint Venture atau Usahasama dengan orang lain especially orang lain yang lebih berjaya

3- Orang Melayu kena melabur dalam hartanah dan pelaburan saham (Bursa Malaysia), of coz perlu ada ilmu tetapi jangan sibuk habiskan duit atau buang masa muda tanpa melabur dalam 2 perkara ni.

4- Orang Melayu perlu kurangkan penyakit hati seperti hasad dengki khianat iri hati tamak dan sangkaan buruk especially sesama kita.

5- Orang Melayu perlu tingkatkan ilmu agama Tauhid. Feqah Asas, Tasawuf, Al-Quran & Hadis agar hidup kita beramal dengan ilmu insha Allah.

Ingatan ini untuk saya dan anak murid saya yang suka diingatkan. ‪#‎DAO‬



IKLAN TAJAAN !
Penulenan air #1 daripada coway. Memudahkan kerja harian anda, 6 penapis berkualiti tinggi dan 3 mood panas, sejuk, suam. 
*ANDA AKAN MENIKMATI PERCUMA:-
√Hantar dan pasang,
√Penggunaan bulan pertama,
√Penukaran penapis berkala,
√Penukaran alat ganti,
√Servis setiap 2 bulan dirumah anda,
√Pindah lokasi dan bulanan serendah dari RM90 sahaja!!!
Call, sms, what's up FREE COWAY TO 012-9212335 (NIZAM) 







Tuesday, February 18, 2014

[Anda nak rasa bahagia hari ini?]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
Yesterday at 7:16am

[Anda nak rasa bahagia hari ini?]

Ada 5 perkara anda boleh lakukan hari ini untuk rasa lebih bahagia:-
1- Senyum. Senyum selebarnya kepada sesiapa sahaja dengan niat bersedekah.. Senyuman itu kan satu sedekah, nak sedekah banyak, senyum banyak. Senyum seperti anda baru dapat hadiah kereta Lambhorgini Aventador yang terbaru.
2- Salam, cium, peluk orang yang tersayang dan ucapakan "Saya sayang mak/ ayah/ suami/ isteri atau anak-anak sebelum masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
3- Ucapan salam terlebih dahulu kepada sesiapa yang anda jumpa hari ini.
4- Sedekah duit atau beri sesuatu kepada seseorang pagi ini atau hari ini. Contoh, nampak makcik yang sapu sampah, beri dia RM5 buat sarapan.
5- Solat- Solat dhuha dan solat zohor/ asar dan lain-lain pada waktunya dan selepasnya ambil masa seketika untuk beristighfar, selawat, bersyukur dan berdoa.
Insha Allah sedikit sedikit kita buat dan mohon Allah swt beri kita kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dan kasih sayangNya serta jadikan kita di kalangan orang yang istiqomah.
Salam sayang buat semua. ‪#‎DrAzizanOsman‬Sebarkan untuk manfaat semua

Gambar hiasan ~ bisnes isteri iaitu dropship barang baby & mama..my daughter sebagai model untuk riben ni.. :)

Sila lawati






Monday, February 17, 2014

Kisah Doa Termakbul

Kisah Doa Termakbul
~ www.tinyurl.com/keretasewa-murah4u  
Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua  ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada agar dirinya kaya raya hidup mewah.
Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangvnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.
Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa. 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan risak: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. 
Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH… Kebesara Illahi.
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha dengan kita. Aamiin.
Kongsi ilmu 

Wednesday, February 12, 2014

KEGAGALAN ADALAH KEJAYAAN [BANGKIT 2014]

Image
KEGAGALAN ADALAH KEJAYAAN

Jangan takut kepada KEGAGALAN!
BANGKIT! BANGKIT! BANGKIT!
Jika ditanya kepada saya maksud 'GAGAL' di dalam aspek perniagaan, jawapan sebenar saya adalah perkataan gagal tidak pernah wujud di dalam kamus perniagaan. Ia hanyalah satu PROSES KEJAYAAN yang perlu dilalui sebelum mencapai kejayaan.
Jangka masa proses kejayaan ini bergantung kepada POTENSI DIRI dan ilmu yang dimiliki oleh seseorang usahawan itu. Jika kekurangan ilmu di dada, maka ia akan memakan masa di dalam mencapai proses kejayaan. Tetapi bagi individu yang mempunyai ilmu ditambah pula dengan bimbingan Mentor yang terbukti berjaya, insya-Allah kejayaan yang ingin dikecapi akan lebih singkat dan mudah.
Seminar BANGKIT 2014 akan membantu anda merungkai cara-cara atasi kegagalan diri. Ini kerana kebanyakkan kegagalan bukan berpunca dari persekitaran luaran tetapi ia datang dari kegagalan dalaman individu itu sendiri. Mereka tidak kenal siapa diri mereka yang sebenar, apa kemampuan serta kemahiran yang dimiliki dan bagaimana hendak menggunakan kesemua yang ada di dalam diri untuk membantu menambah kehidupan orang lain kepada yang lebih baik lagi.
Jangan biarkan kegagalan menghantui diri anda selamanya!
"BANGKIT! Kenali diri, memperkasakan Potensi Diri dan gunakannya untuk menambah nilai diri dan orang lain."
Kalau anda ingin belajar, belajar dari mereka yang telah BANGKIT dan BERJAYA seperti Pn Hajjah Rusnah Haji Kairan, Pengurus Nahwant Enterprise.
Syarikatnya bermula dengan perniagaan memproses makanan sejuk beku pada tahun 1995 dan kemudian bertukar kepada pemprosesan biskut raya. Tetapi dalam masa kurang dua tahun, syarikat mula mengalami kegagalan berikutan kegawatan ekonomi dan ketiadaan ilmu.
Pada masa yang sama, Pn Rusnah mengalami banyak 'Tsunami' hidup. Dia pernah ditipu dan diheret ke balai polis, arwah ibunya diserang strok, adik beradik tidak sefahaman, rumah tangganya kucar kacir disamping anak-anak yang masih kecil ketika itu. Semua ini merupakan dugaan Allah dalam membina perniagaan Pn Rusnah.
Pada Januari 2009, dia mendapat panggilan daripada Allah S.W.T untuk menunaikan umrah. Pada ketika itu, dia memohon kepada Allah supaya dipertemukan dengan seorang yang boleh membimbing dan memberi ilmu perniagaan kepadanya.
Keinginan dirinya yang tinggi yang mahu bangkit dan berjaya dalam hidup dan perniagaan, beliau telah ditemukan dengan program Dr Azizan Osman. Berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Azizan, beliau mula berani mengorak langkah untuk menambah nilai hidupnya dan juga hidup orang lain.
Bermula dari detik itu, perniagaan Pn Rusnah berubah 200%. Jika dahulu, hasil jualan lebih kurang RM30, 000 sebulan, kini jualan boleh mencecah sehingga RM300, 000 sebulan.
Kini Pn Rusnah sangat gembira dengan kehidupannya dan mampu untuk memberi pada yang lebih memerlukan. Rezeki yang diperoleh dikongsi dengan keluarga dan orang disekeliling.
Ikuti wawancara temubual rancangan Nasi Lemak Kopi TV9, bersama Hajjah Rusnah Haji Kairan di sini --> http://azizanosman.com/blog/temubual-nlko-bangkit-2014-9-feb-2014
Pengajaran penting dari kisah hidup Pn Rusnah yang kita boleh praktikkan dalam hidup kita adalah untuk bangkit setiap kali kita jatuh. Jatuh bangun dalam perniagaan dan kehidupan merupakan perkara biasa. Namun sampai bila kita mahu jatuh dan lihat orang lain berjaya?
Bangkitlah dan kuatkan semangat anda untuk berjaya. Untuk ketahui lebih lanjut, beri peluang kepada diri anda untuk menerokai kuasa potensi diri yang terpendam lama. Gunakan peluang ini untuk mengubah seluruh kehidupan anda agar menjadi lebih bermakna dan berjaya.
BANGKIT dan kuasai potensi diri anda. Daftar segera di http://www.bangkit2014.com untuk lokasi pertama kami di Johor Bahru, Berjaya Waterfront Hotel (The Zone) pada hari Sabtu 15 Februari 2014 jam 8 pagi.
Lokasi kedua bertempat di Kuala Lumpur, Hotel Berjaya Times Square pada hari Ahad 16 Februari 2014 pada jam 8 pagi.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 019 / 013 - 244 2244019 244 2400atau 03 - 5519 1260.

Salam Kejayaan dari saya,
Dr Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Mentor Pemasaran #1 Asia