Saturday, April 26, 2014
Mahu anak menjadi jutawan sebelum usia 25 tahun, bagaimanakah caranya?
Friday, March 28, 2014
7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya
Ingatan untuk diri sendiri&anda semua yang sentiasa sibuk... :)
7 sebab kenapa kita perlu Berjaya dan Kaya
1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"
2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."
3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."
4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."
5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."
6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."
7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...
Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....
Al-Fatehah utk kedua ibubapa kita, moga Allah merahmati mereka.
Sharing is caring.... Sebarkan ilmu bermanfaat ini...
Tuesday, March 25, 2014
Friday, March 21, 2014
[PENJENAYAH DIKEHENDAKI SEGERA]
[PENJENAYAH DIKEHEDAKI SEGERA]
NAMA: PEDRIC BRAGANZA a.k.a DANIEL
IC: 890106-12-5619
ALAMAT TERAKHIR: PV 10, TINGKAT 15, BLOK A, DANAU KOTA, SETAPAK. K.L
KESALAHAN :
1) MELARIKAN KERETA PROTON PREVE PLATE NO WXY5917
2) MENYAMAR SEBAGAI INSPEKTOR POLIS DARI BUKIT AMAN
3) KES DADAH
4) MEMPERDAYAKAN BEBERAPA ORANG AWAM UNTUK MENDAPATKAN WANG & LAIN-LAIN
JIKA TERNAMPAK KELIBAT DIA ATAU KERETA PROTON PREVE PLATE NO WXY5917
SILA TAHAN DAN HUBUNGI SEGERA NO. DI BAWAH:
• INSPEKTOR KHAIRI : 0198696725
• MUZRI : 0126656874
• SAID : 0123242463
• MAN: 0133922363
TOLONG SEBARKAN! TQ
Sabar dan Jenis-jenisnya !
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Sabar dan Jenis-jenisnya !
Allah telah berfirman dalam Al-Quranul Karim :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (QS: Al-Baqarah, 45)
Bahagian-bahagian sabar yang harus kita ketahui menurut Sheikh Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah:
1) Sabar dalam ketaatan dan dalam menunaikan kewajipan (melakukan segala suruhan Allah)
2) Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kemaksiatan dan segala yang dilarang oleh Allah.
3)Sabar terhadap semua bala bencana dan musibah yang ditakdirkan. Pray And Sabar (PAS) for MH370 !
1) Sabar dalam menahan diri dalam menghadapi perlakuan buruk dengan ingin membalas keburukan juga.
2) Sabar dalam hal-hal yang disunatkan seperti nak melakukan solat sunat rawatib atau nawafil.
3) Sabar dalam menahan diri daripada perkara-perkara yang makruh.
Sabar yang mubah adalah menahan diri daripada semua perbuatan yang dibolehkan. Sama ada untuk melakukan atau meninggalkannya, kerana sabar itu berkaitan dengan nafsu yang selalu berkeinginan dan menyukai agar keinginan-keinginannya selalu dituruti dan dipenuhi.
1) Menahan diri daripada mengekang nafsu makan dan minum sehingga hal itu membahayakan kesihatan badannya (diet berlebihan)
2) Menahan diri daripada menggauli isteri ketika isterinya memerlukannya sedangkan tidak ada keuzuran bagi si suami. Suami buat selamba je...
3) Tidak menegur apabila melihat seseorang yang melakukan perkara-perkara yang makruh terutamanya makruh dalam solat.
4) Menahan diri daripada perbuatan yang disunatkan seperti kebiasaan memberi sedekah tiba-tiba ia menghentikan hal itu.
1) Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kewajiban. Contoh, menangguh-nangguhkan pergi haji.
2) Sabar menerima perlakuan yang dilarang atau maksiat depan mata. Contoh, sabar dengan konsert FMFA !
Jadikanlah sabar seperti sabarnya ulat yang menanti menjadi kepompong dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu-kupu yang Indah... Jadikanlah sabar seperti sabarnya pokok kaktus yang bertahan di padang pasir yang panas untuk menanti mekarnya bunga. Jadilah sabar seperti sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya...
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah dan sabar Ust Kay
Thursday, March 13, 2014
[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]
Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
4 hours ago
[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]
Amende ni? Mesti ada yang tanya kan? Dia tanya?
Satu masa dahulu saya tidak faham tentang Momentum. Momentum adalah satu situasi di mana bahasa mudahnya bila kita mahu memulakan sesuatu itu kadang-kadang ianya amat payah, tetapi the moment kita dah mulakan, pergerakan dan perjalanannya lebih mudah kerana ada tenaga atau pergerakan berlarutan.
Contoh, bila nak kayuh basikal, masa nak tekan pedal basikal tu mula-mula yang susah atau berat tetapi bila dah gerak, lebih mudah kita nak kayuh, in fact, ada masa kita tak perlu kayuh dan basikal masih bergerak....
Sama juga dengan konsep "Snow Ball Effect". Amende tu? "Snow ball" atau "Bola salji" yang berguling dari atas bukit atau gunung di kawasan bersalji. Asalnya Snow Ball atau Bola salji hanyalah bermula dari sebiji batu kecil tetapi bila ia berguling ke bawah bukit, ia mengumpul salji di sekelilingnya dan semakin lama semakin membesar. Momentum mula-mula susah ataupun perlahan tetapi bila ia telah mula bergolek, semakin lama semakin laju dan membesar.
Faham?
Begitu juga dengan kita manusia. Ramai daripada kita susah atau agak payah nak dapat momentum dan paling payah bukan nak dapatkan momentum tetapi nak mulakan sesuatu, bila dah mula ianya perlu berterusan sehingga kita mendapat momentumnya dan ia mungkin payah atau berat pada awalnya tetapi bila keep on pushing, Insha Allah ianya lebih mudsh.
Kepada semua, fahami ini, ada beberapa kategori manusia di luar sana, tetapi mereka yang akan berjaya atau telah berjaya adalah mereka yang mampu keep UP, stay focus dengan tenaga yanh stay tinggi dan konsisten pada tempoh yang lama di dalam melakukan sesuatu dan antara cara nak stay konsisten adalah dengan di kelilingi oleh ramai yang bertenaga tinggi dan konsisten. Insha Allah ianya ramai begitu di "kursus" IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) yang bermula 13 Mac 2014 hingga 16 Mac 2014 bersama saya di MINES Convention. Rama yang pernah hadir sesi saya akan hadir semuka untuk "Reload Energy" dan "Reload Momentum". Ada yang hadir sebagai peserta dan ada yang hadir dengan berkhidmat menjadi Volunteer Crew (Petugas Sukarelawan). Ramai juga yang pertama kali hadir ke "kursus" 4-hari bersama saya. Ada yang datang solo dan ada yang datang bersuami atau isteri. Ada yang datang hadir bersama keluarga dan rakan.
Tahniah dari saya kerana anda akan tahu yang anda berada ditempat yang betul dan pada waktu yang betul Insha Allah sebelum anda tamat sesi bersama pada hari ahad petang nanti.
Segalanya bermula dari NIAT dan seterusnya adalah KOMITMEN. Saya selalu berkongsi ciri-ciri mereka yang berjaya dan salah satunya adalah "Orang berjaya, mereka mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga HABIS!", berbeza dengan orang yang gagal atau loser, mereka selalu mulakan sesuatu tetapi sentiasa separuh jalan. Tak habis.
IMKK adalah program transformasi bagaimana seseorang itu berfikir, emosi mereka, perbuatan mereka dan fokus matlamat mereka akan sangat jelas Insha Allah selepas sesi 4-hari ini. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai untuk menjadi lebih bahagia, sihat, kewangan yang lebih bagus, kaya, berjaya dan diberkati Insha Allah.
Selamat datang buat anda yang hadir bermula hari ini dan banyakkan berdoa kerana orang yang bermusafir kerana ilmu dan orang yang hadir majlis ilmu doa mereka Insha Allah makbul. Saya doakan anda lebih kaya berjaya dan diberkatiNya dengan ilmu yang bakal diterima serta membantu perubahan hidup dsn kewangan anda sekeluarga Insha Allah. #DrAzizanOsman
Tuesday, March 11, 2014
TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA
|
Saturday, February 22, 2014
5 Pesanan D. Azizan Osman
1- Orang Melayu nak bisnes berjaya kena ada ILMU BISNES dan belajarlah dari mereka yang telah berjaya dalam bisnes.
2- Orang Melayu kena belajar Joint Venture atau Usahasama dengan orang lain especially orang lain yang lebih berjaya
3- Orang Melayu kena melabur dalam hartanah dan pelaburan saham (Bursa Malaysia), of coz perlu ada ilmu tetapi jangan sibuk habiskan duit atau buang masa muda tanpa melabur dalam 2 perkara ni.
4- Orang Melayu perlu kurangkan penyakit hati seperti hasad dengki khianat iri hati tamak dan sangkaan buruk especially sesama kita.
5- Orang Melayu perlu tingkatkan ilmu agama Tauhid. Feqah Asas, Tasawuf, Al-Quran & Hadis agar hidup kita beramal dengan ilmu insha Allah.
Ingatan ini untuk saya dan anak murid saya yang suka diingatkan. #DAO
IKLAN TAJAAN !
Tuesday, February 18, 2014
[Anda nak rasa bahagia hari ini?]
Sila lawati
Monday, February 17, 2014
Kisah Doa Termakbul
Kongsi ilmu