Monday, June 23, 2014

Belajar Kuasai "Biawak" Dalam Diri Yang Mudah Terpengaruh Dengan Perkara Negatif

Jika ada sesiapa yang merendahkan kita atau kutuk kita tidak tentu pasal, anda tidak semestinya response kepada mereka tetapi apa yang penting kita kena belajar "turn-around" "biawak" dalam diri kita sendiri.
contoh :
Dulu jika ada orang kutuk saya sebab mengadakan seminar dari yang percuma kepada yang berbayar, di dalam diri saya dulu mula-mula, sedih juga dan rasa emosi juga seperti macam nak main biola lemaunya, tetapi saya belajar cakap dalam diri saya, apalah kau nak sedih, diorang yang patut sedih. Kurang-kurang kau dah buat sesuatu untuk memandaikan anak bangsa kau untuk menguatkan diri mereka, kerjaya mereka, kewangan mereka atau bisnes mereka.... Tetapi orang yang kutuk-kutuk kau tu mungkin lebih suka bangsa dia terus bodoh.... sedihnya hidup mereka, bantu bangsa tak nak siap kutuk lagi.
Macam giitewww lah dulu. Kita sendiri kena belajar kuasai "biawak" dalam diri yang mudah terpengaruh dengan negatif. Amacam?
 ‪#‎DAO
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kitchen Cabinet, Wardrobe dan Renovation

Kami menawarkan perkhidmatan Kabinet Tempah Siap untuk;

1.Kitchen Cabinet :ACRYLIC/ GLASS/3G/SOLID WOOD/4G
2.Wardrobe
3.Tv Cabinet
4.Divider /Partition
5.Dan lain-lain (berkenaan dengan kerja kayu kabinet)

KENAPA ANDA MESTI MEMILIH KAMI?
1)Harga yang berpatutan / rendah
***Terus dari Kilang
2)Kualiti Terjamin
***Mesin dan tenaga kerja berpengalaman
3)Tiada Penipuan
***Tiada caj2 tersembunyi
4)Servis Cepat&Mudah
***Servis dari rumah ke rumah.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN?

1) Sila hantar sms/whatsapp YES CABINET ke 0126656874/0162392041
2) Kami yang akan menghubungi semula anda, mudah dan jimat.
3) Perkhidmatan melawat tapak/site visit secara percuma
Untuk keterangan lebih lanjut, hubungi
Email : sm.bersatu.gmail.com
Web : www.tiny.cc/reno-kitchen-cabinet
Fb page: www.facebook.com/smbersatu

SM BERSATU (002167181-M)
Under CIDB G1 Registration 

Thursday, June 19, 2014

Cinta adalah segala-galanya!

Cinta adalah segala-galanya!
Cuba fikirkan apa yang orang sanggup lakukan demi cinta dan tidak mahu lakukan bila tiada cinta.
Orang yang cinta BOLA
Akan sanggup bertahan tidak tidur atau bangkit dari tidur SEPERTIGA malam untuk menonton kecintaannya.
Orang yang cinta GOLF
Akan sanggup berpanas menebas rumput beberapa jam untuk bermain golf.
Orang yang cinta GAME
Akan sanggup menghabiskan masa berjam-jam atau berhari-hari main game sehingga tidak perasan suami atau isterinya hidup lagi ke tidak.
Orang yang cinta KERETA
Akan sanggup berhabis-habisan memasang "lipstick" kereta atau tukar sports-rim.
Orang yang cinta MAKAN
Akan sanggup pergi berapa ribu kilometer hanya untuk makan.
Bayangkan jika cinta yang sama boleh diberikan kepada:-
Allah swt
Rasulullah saw
Al-Quran
Sunnah
Alim Orang Soleh
Ibu bapa
suami atau isteri
Anak-anak
Adik beradik
Sanak Saudara
Saudara Islam
Solat
Ilmu
Zikir
Anak Yatim
Wallahu A'lam.
Cinta mampu merubah hidup seseorang.
Dan hidup ini adalah satu bukti cinta. Dari DIA kepada Rasulnya dan kepada kita umat Rasul saw.
‪#‎DrAzizanOsman‬
P/S Coretan ingatan buat diri sendiri dan mereka yang suka diingatkan bukan untuk mereka yang tidak cinta untuk diingatkan
----------------------------------------------------------------------


Perkhidmatan Sewa Kereta Murah Pandu Sendiri Kuala Lumpur!!


"KEPAKARAN kami di Kereta Sewa Murah Lembah Klang adalah menolong dan membantu orang yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa murah di area LEMBAH KLANG

Orang luar lembah klang yang ingin datang melawat@makan angin di area lembah juga menggunakan perkhidmatan kami jika mereka datang dengan menggunakan kapal terbang, bas or train.

 Kami juga TELAH MEMBANTU ramai customer dimana kereta mereka ROSAK @ BREAKDOWN dan perlukan kereta untuk bergerak samada ke tempat kerja atau balik kampung. 

Sememangnya kami adalah penyedia perkhidmatan sewa kereta yang HEBAT & DISEGANI oleh customer dan juga persaing di KL. Perkhidmatan yang kami tawarkan sememangnya terbukti antara yang TERBAIK dan TERMURAH!!

HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MENDAPATKAN HARGA SPECIAL!! 

Contact kami SEGERA ! call/sms/whasapp/wechat/kakaotalk to 0126656874

Wednesday, June 18, 2014

Dari ABS: Apabila Bisnes Melekat Pada Batang Tubuh Sendiri

Dari ABS: Apabila Bisnes Melekat Pada Batang Tubuh Sendiri

Berhati-hati dengan fenomena apabila diri kita adalah sinonimus dengan bisnes kita.

+ Ini berlaku kepada pengurusan gaya towkay. Apabila towkay tiada, bisnes terhenti.

+ Ini kerap berlaku apabila pakar bidang membuka bisnes. Sebagai contoh, apabila pakar gigi membuka klinik gigi.

+ Ini berlaku apabila seniman membuka bisnes. Sebagai contoh apabila pakar seni andaman membuka bisnes andaman, pakar urut spa membuka spa, ataupun pakar penghias kek membuka kedai kek.

Mula-mula membuka bisnes, memang kita berasa seronok, maklumlah pelanggan suka dengan hasil kerja kita. Itu adalah suatu pengiktarafan. Ego kita pun naik menggebu-gebu, maklumlah tidak ada orang lain yang dapat mengambil tempat kita! Kita tekan harga pun, pelanggan masih sanggup membayar. Malah ada pelanggan yang sanggup menghantar Mercedes dan drebarnya bagi mengambil kita dan menghantar kita pulang.

Namun, apabila batang tubuhkita menjadi sebahagian produk, jika tidak kena gayanya, kita akan bekerja sampai bongkok!

-------------------------------------------------------------------------------


Perkhidmatan Sewa Kereta Murah Pandu Sendiri Kuala Lumpur!!


"KEPAKARAN kami di Kereta Sewa Murah Lembah Klang adalah menolong dan membantu orang yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa murah di area LEMBAH KLANG

Orang luar lembah klang yang ingin datang melawat@makan angin di area lembah juga menggunakan perkhidmatan kami jika mereka datang dengan menggunakan kapal terbang, bas or train.

 Kami juga TELAH MEMBANTU ramai customer dimana kereta mereka ROSAK @ BREAKDOWN dan perlukan kereta untuk bergerak samada ke tempat kerja atau balik kampung. 

Sememangnya kami adalah penyedia perkhidmatan sewa kereta yang HEBAT & DISEGANI oleh customer dan juga persaing di KL. Perkhidmatan yang kami tawarkan sememangnya terbukti antara yang TERBAIK dan TERMURAH!!

HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MENDAPATKAN HARGA SPECIAL!! 

Contact kami SEGERA ! call/sms/whasapp/wechat/kakaotalk to 0126656874


Monday, June 16, 2014

Dari ABS: Membuat Kerja yang Betul


Dari ABS: Membuat Kerja yang Betul

Banyak peniaga Melayu terkial-kial hendak membesarkan bisnesnya. Mereka tekun bekerja. Mereka bekerja dengan jiwa dan raga. Namun bisnesnya tetap tidak berkembang setimpal dengan kuatnya dia bekerja.
Fenomena seperti ini berlaku dengan berleluasa dalam bisnes yang melibatkan kedai ataupun outlet.
Sebagai contoh, bertahun-tahun kedai spa dibuka, pemilik spa tiap-tiap hari bekerja di dalam spanya.
Pelanggannya semua puas hati dengan layanan dan servis yang diberikan. Mereka sangat suka dengan belaian dari jari jemari si pemilik spa. Mereka sangat setia kepada spanya. Tiap-tiap bulan mereka datang, sekurang-kurangnya sekali.
Tetapi tahun demi tahun pemilik spa masih duduk di dalam kedai spanya yang sama, melayan pelanggan yang sama.
.
Banyak pemilik spa terperangkap di dalam kedainya nan satu itu. Puncanya adalah.... Dia melakukan kerja-kerja yang salah! Dia menjalankan kerja-kerja yang bukan kerjanya.
Apabila seseorang itu membuka spa, dia sudah menjadi seorang entrepreneur. Dia bukan pekerja spa. Namun banyak pemilik spa menjalankan kerja-kerja yang selayaknya dijalankan oleh seorang pekerja spa.
Kerja seorang entrepreneur adalah membesarkan bisnesnya. Jari-jarinya adalah untuk menandatangani cek-cek, bukan untuk memicit bintik-bintik hitam di muka pelanggan.
.


-----------------------------------
Kitchen Cabinet, Wardrobe dan Renovation

Kami menawarkan perkhidmatan Kabinet Tempah Siap untuk;

1.Kitchen Cabinet :ACRYLIC/ GLASS/3G/SOLID WOOD/4G
2.Wardrobe
3.Tv Cabinet
4.Divider /Partition
5.Dan lain-lain (berkenaan dengan kerja kayu kabinet)

KENAPA ANDA MESTI MEMILIH KAMI?
1)Harga yang berpatutan / rendah
***Terus dari Kilang
2)Kualiti Terjamin
***Mesin dan tenaga kerja berpengalaman
3)Tiada Penipuan
***Tiada caj2 tersembunyi
4)Servis Cepat&Mudah
***Servis dari rumah ke rumah.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN?

1) Sila hantar sms/whatsapp YES CABINET ke 0126656874/0162392041
2) Kami yang akan menghubungi semula anda, mudah dan jimat.
3) Perkhidmatan melawat tapak/site visit secara percuma
Untuk keterangan lebih lanjut, hubungi
Email : sm.bersatu.gmail.com
Web : www.tiny.cc/reno-kitchen-cabinet
Fb page: www.facebook.com/smbersatu

SM BERSATU (   002167181-M)
Under CIDB G1 Registration 





Saturday, June 14, 2014

DOA PENDEK YANG MENDAPAT PUJIAN 70 RIBU MALAIKAT

DOA PENDEK YANG MENDAPAT PUJIAN 70 RIBU MALAIKAT

اَعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيْمِ
اَعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيْمِ
اَعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيْمِ

هُوَ اللهُ الَّذِى لَا اِلَهَ اِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَهْ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ
هُوَ اللهُ الَّذِى لا اله الا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوْسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيْزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِكُونْ
هُوَ اللهُ الْخَالِقُ الْبَارِىءُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْاَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَالْاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

من قالها يصلى عليه 70 الف ملك واذا مات وكان قد قرائها يصبح شهيد

Sesiapa membaca doa di atas satu kali pasti akan mendapat selawat daripada 70 ribu para Malaikat.

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

اللهم ارحم المؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الاحياء منهم والاموات

انشرها ولك اجرها في الاولى على عدد ما هو مذكور فيها

والثانيه على كل مسلم ومسلمه ومؤمن ومؤمنه لك اجر

لن تخسر شيئا

sama2 kita amalkan..jgn hanya copy n past

----'-------'---------------------------------------------------------------

BUAT DUIT RAYA TAHUN 2014 TANPA MODAL!!

Dalam usaha menambah NILAI dalam komuniti kami di SM Bersatu ingin membuka PELUANG untuk sesiapa berminat menjana PENDAPATAN bersama kami.

Kerjanya amat MUDAH hanya perlu rekemenkan kerja-kerja ubah suai rumah atau kabinet kepada saudara, kawan2 atau kenalan. Komisen @ profit sharing berdasarakan nilai kerja/ kontrak. MUDAH & TANPA KELUARKAN MODAL ...

Hubungi kami segera di 
012-6656874 / 016-2392041
 atau terus mesej di www.facebook.com/smbersatu

Thursday, June 12, 2014

BUAT DUIT RAYA TAHUN 2014 TANPA MODAL!!

Dalam usaha menambah NILAI dalam komuniti kami di SM Bersatu ingin membuka PELUANG untuk sesiapa berminat menjana PENDAPATAN bersama kami.

Kerjanya amat MUDAH hanya perlu rekemenkan kerja-kerja ubah suai rumah atau kabinet kepada saudara, kawan2 atau kenalan. Komisen @ profit sharing berdasarakan nilai kerja/ kontrak. MUDAH & TANPA KELUARKAN MODAL ...

Hubungi kami segera di 012-6656874 / 016-2392041  atau terus mesej di www.facebook.com/smbersatu






Wednesday, June 4, 2014

Dari ABS: Produk Sangat Seksi


Ainon Mohd wrote:-
Dari ABS: Produk Sangat Seksi
Idea mahu membuka bisnes dengan mempunyai produk sendiri adalah idea yang sangat seksi.
Meskipun seksi, idea itu adalah SALAH besar!
Mulakan berfikir dengan mengenalpasti duit siapa yang kita mahu ambil. Produk hanyalah alat yang kita gunakan bagi mengambil duit orang lain.
Selepas dikenalpasti duit siapa yang mahu diambil, fikirkan pula channel-channelnya. Kemudian baru difikirkan produk apa yang akan kita gunakan sebagai umpan bagi mengambil duit orang itu.
.
Apabila kita membuka bisnes yang mengeluarkan produk dahulu, ia betul-betul macam berkahwin dengan perempuan cantik, tetapi rupa-rupanya adalah hantu jerangkung yang tiap-tiap malam dia menghisap darah kita....
Contoh-contoh produk:
+ Kek coklat
+ Krim pelangsing
+ Ladang serai
+ Restoran francais
+ Kolam ikan keli
+ Rumah burung walit
Jangan buat produk kita sendiri. Ini silap besar! Banyak peniaga yang mengeluarkan produk sendiri akhirnya merana. Produk berlonggok di dalam setor, hutang bank tak mampu dibayar, surat peguam sudah sampai.
Mulakan bisnes dengan mengambil produk keluaran pihak lain. Pilih yang terbaik. Pilih produk yang terbukti laris.
Apabila bisnes sudah stabil, wang sudah banyak, barulah kita boleh berfikir mahu mengeluarkan produk kita sendiri.
-----------------------------------
Category: Services, For sale
Subject: Kitchen Cabinet, Wardrobe dan Renovation
Kami menawarkan perkhidmatan Kabinet Tempah Siap untuk;
1.Kitchen Cabinet :ACRYLIC/ GLASS/3G/SOLID WOOD/4G
2.Wardrobe
3.Tv Cabinet
4.Divider /Partition
5.Dan lain-lain (berkenaan dengan kerja kayu kabinet)
KENAPA ANDA MESTI MEMILIH KAMI?
1)Harga yang berpatutan / rendah
***Terus dari Kilang
2)Kualiti Terjamin
***Mesin dan tenaga kerja berpengalaman
3)Tiada Penipuan
***Tiada caj2 tersembunyi
4)Servis Cepat&Mudah
***Servis dari rumah ke rumah.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN?
1) Sila hantar sms/whatsapp YES CABINET ke 0126656874/0162392041
2) Kami yang akan menghubungi semula anda, mudah dan jimat.
3) Perkhidmatan melawat tapak/site visit secara percuma
Untuk keterangan lebih lanjut, hubungi
Email : sm.bersatu.gmail.com
Web : www.tiny.cc/reno-kitchen-cabinet
Fb page: www.facebook.com/smbersatu

Friday, May 30, 2014

[Prinsip 10S] Untuk Sentiasa Hidup Luar Biasa Dengan Rezeki & Kewangan Penuh Keberkatan

[Prinsip 10 "S"]
Untuk Sentiasa Hidup Luar Biasa Dengan Rezeki & Kewangan Penuh Keberkatan? 
by AZIZAN OSMAN

Berapa ramai daripada anda yang ingin membina kehidupan yang sentiasa luar biasa dn diberkati Tuhan? 

Dibawah ini saya kongsikan formula 10S yang anda boleh sentiasa gunakan di dalam membina kehidupan yang penuh keberkatan. Nikmat rezeki sebenarnya bukanlah hanya bergantung kepada banyak atau sedikit tahap kewangan kita tetapi ia juga perlu dicari keberkatan di dalamnya. Saya percaya rahsia keberkatan adalah terletak pada berapa banyak manfaat dapat diberikan kepada orang lain. 

Jika anda ingin melihat kehidupan anda, kerjaya anda, perniagaan anda mudah-mudahan penuh dengan keberkatan atau jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? 

Ada 10S yang anda boleh buat! :-

1- Syukur- 

Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Tuhan. Orang yang sentiasa bersyukur juga adalah orang yang kurang merungut dan orang yang banyak merungut adalah mereka yang mungkin kurang bersyukur. Orang yang setiap hari bersyukur, jiwa mereka akan lebih tenang dan bahagia. Selain daripada bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa, kita juga dapati bersyukur dengan berterima kasih kepada manusia lain yang membantu kita juga adalah salah satu perkara yang membawa kepada keberkatan dan kebahagiaan. 

2- Sedekah- 

Ya! Bersedekah! Sedekah adalah hikmah Tuhan untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Selama ini kita banyak menerima "sedekah" dari Tuhan dalam ertikata banyak nikmat yang tidak terhitung yang diberikan kepada kita, sebenarnya bukan setiap apa yang Tuhan berikan kepada kita itu adalah hak kita, sebahagian daripadanya adalah hak orang lain yang diberikan melalui kita. Contohnya seorang anak bekerja mendapat gaji, tetapi rezeki itu mungkin untuk di salurkan sedikit kepada ibu bapa kita yang telah tua. Sedekah sedikit atau banyak ikut apa yang kita rasa suka dan seikhkas hati kita. Jangan lupa juga untuk berdoa agar dengan keberkatan sedekah tersebut, maka Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, diri kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan dan memudahkan setiap urusan kita.

3- Salam atau Selamat - 

Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak atau mengucapkan selamat kepada orang lain yang bukan Islam. Ucapan salam atau selamat sebenarnya membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut mudah-mudahan berkali-ganda.

4- Senyum- 

Ya! Senyum adalah sedekah dan barangsiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Senyuman juga membuka peluang dan pintu rezeki. Selain daripada itu, senyuman membantu kita fokus melihat kepada perkara yang baik di sekeliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?

5- Sujud- 

Ya! Sekiranya kita mahukan keberkatan di dalam hidup kita, kita perlu banyak sujud kepadanya. Lebih banyak ujian yang hadir dan lebih banyak anda mahu capai tingkatan atau tahap seterusnya di dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. 

Untuk kaum muslimin, sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud akan membawa banyak keberkatan dalam hidup kita.

6- Selawat- 

Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!

7- Sumbang- 
Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakaran anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.

8- Serah- 
Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.

9- Silaturrahim-
Ya! Merapatkan silaturahim merupakan salah satu cara untuk mendapatkan lebih banyak kebahagiaan dan keberkatan di dalam hidup, Hari ini ada banyak cara atau teknologi yang kita boleh gunakan untuk merapatkan hubungan antara kita dan saudara mara kita. Besarnya kebaikan merapatkan silaturrahim hingga salah satu pintu syurga disediakan untuk dimasuki oleh mereka yang hidup mereka sentiasa merapatkan silaturrahim.

10- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!

Sebenarnya apa yang saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya ini bukan hanya sekadar untuk mendapatkan keberkatan di dalam hidup tetapi ia juga adalah formula penting di dalam membina kerjaya atau perniagaan yang berjaya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda. 

- AzizanOsman -

------------------------------------------------------------------------------------------

Perkhidmatan Sewa Kereta Murah Pandu Sendiri Kuala Lumpur!!


"KEPAKARAN kami di Kereta Sewa Murah Lembah Klang adalah menolong dan membantu orang yang memerlukan perkhidmatan murah di area LEMBAH KLANG. Orang luar lembah klang yang ingin datang melawat@makan angin di area lembah juga menggunakan perkhidmatan kami jika mereka datang dengan menggunakan kapal terbang, bas or train. Kami juga TELAH MEMBANTU ramai customer dimana kereta mereka ROSAK @ BREAKDOWN dan perlukan kereta untuk bergerak samada ke tempat kerja atau balik kampung. Sememangnya kami adalah penyedia perkhidmatan sewa kereta yang HEBAT & DISEGANI oleh customer dan juga persaing di KL. Perkhidmatan yang kami tawarkan sememangnya terbukti antara yang TERBAIK dan TERMURAH!!"
HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MENDAPATKAN HARGA SPECIAL!!

Tempahan online just Klik www.tinyurl.com/keretasewa-murah4u

@ direct sms/whatsapp/call》012-6656874

Monday, May 26, 2014

Renovation House Kitchen Cabinet & Wardrobe 2014

Renovation House Kitchen Cabinet & Wardrobe


"KEPAKARAN kami adalah dalam  
MEMBANTU anda menjadikan  kediaman&premis anda nampak  CANTIK MENARIK dengan  KUALITI yang BAGUS dan harga yang BERPATUTAN"

PROMOSI menjelang Hari Raya  2014!!
Hubungi segera 》0126656874 
Jadi follower page kami dengan "Like" page kami klik 》www.facebook.com/smbersatu



Tuesday, May 20, 2014

Tips Untuk berjaya dalam perniagaan,

Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlu...
1. Tetapkan matlamat yang spesifik. Seeloknya sentiasa gambarkan dalam video minda kita. Main dan terus mainkan dalam kepala kita.
2. Cuba selesaikan masalah yang ada pada produk kita. Tingkatkan kualiti dan juga nilai.
3. Mulakan dengan modal seminima boleh. Sabar dan belajarlah dari situ. Lalui dan nikmatinya. Kembangkan perniagaan kita secara perlahan-lahan. Lebih baik laburkan didalam masa berbanding melabur pada modal yang banyak. Seeloknya jangan ambil pinjaman.
4. Lakukan ujian produk dan ujian pertambahan nilai perniagaan kita terhadap pasaran. Setiap langkah perlu dilakukan secara berhati-hati. Ambil satu langkah dalam satu-satu masa.
5. Kembangkan perniagaan kita menggunakan duit keuntungan perniagaan kita bukan dari duit pinjaman.
6. Hati-hati memilih orang yang akan membantu kita untuk mengembangkan perniagaan kita. Kadang-kadang staff kita akan membantu kita menjadi lebih berjaya dan adakalanya juga mereka akan menjatuhkan kita.
7. Gunakan financial leverage jika sangat-sangat memerlukan. Biasanya didalam perniagaan kita akan mengunakan overdraft sebagai cashflow perniagaan. Boleh gunakan ia asalkan menggunakan prinsip "asset to money" dan bukannya "money to money". Gunakanlah asalkan ia tidak membebankan kita sebaliknya boleh mengembangkan lagi perniagaan kita
#DSR
-------------------------------------------------------------------------
Renovation House Kitchen Cabinet & Wardrobe

"KEPAKARAN kami adalah dalam  
MEMBANTU anda menjadikan  kediaman&premis anda nampak  CANTIK MENARIK dengan  KUALITI yang BAGUS dan harga yang BERPATUTAN"

PROMOSI menjelang Hari Raya  2014!!
Hubungi segera 》0126656874 
Jadi follower page kami dengan "Like" page kami klik 》www.facebook.com/smbersatu