Showing posts with label 2. Show all posts
Showing posts with label 2. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Tips : 2 Ciri Penting Seorang Penjual Dari Kaca Mata Pelanggan

Shared from Shahabudeen

Dua perkara penting yang perlu ada pada seseorang usahawan untuk membuat jualan ialah…

a. Anda disukai pelanggan
b. Anda dihormati pelanggan

Satu atau kedua-dua ciri di atas mesti ada pada diri anda.

Untuk membuatkan diri anda disukai, anda seharuskan membiasakan diri dengan senyuman, beradap sopan di hadapan pelanggan dan mempunyai sedikit kemahiran untuk membuat lawak.

Untuk membuatkan diri anda dihormati pula, anda perlu mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang yang anda ceburi.

Dengan ilmu mendalam dan sedikit sikap bertanggungjawab, pelanggan akan mula meletakkan diri mereka di bawah anda dalam bidang ini.

Di saat ini, mereka menghormati anda dan segala kata-kata anda kini berharga bagi mereka.

Sebagai pelanggan, jika seseorang penjual itu hebat bagaimana sekalipun, jika penjual itu tidak disukai dan dihormati, pelanggan tidak akan membeli.

Pelanggan dalam banyak keadaan membeli dengan emosi dan bukanlah dengan akal rasional.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Thursday, May 23, 2013

Tips: Mastermind "2 minda lebih baik daripada 1."


Mastermind
"2 minda lebih baik daripada 1."

Berjemaah lebih baik daripada bergerak
seorang diri.

Dalam bahasa bisnes, ia diberi nama
"Mastermind Group."

Di mana sejumlah kumpulan kecil
yang:

1) Berhimpun secara konsisten.

2) Berkongsi idea dan strategi.

3) Mengekalkan momentum kejayaan
bisnes.

Di Malaysia (Usahawan Melayu khususnya),
tidak ramai yang membangunkan grup
Mastermind ini.

... Bergerak seorang diri adalah aktiviti yang
berisiko.

Jika kita mahu membangunkan Mastermind
Group, berikut adalah langkah-langkahnya:

===
Langkah 1 - Jemaah Maksimum (4 Orang)
===

Jangan terlalu ramai. Dikhuatiri sesi mastermind
akan jadi mesyuarat tingkap yang tidak
bermanfaat.

Hadkan jumlah jemaah maksimum 4 orang sahaja.

===
Langkah 2 - The Right People
===

Pilih orang yang menepati ciri-ciri ini sahaja:

1) Positif.

2) Komited.

3) Sentiasa fokus untuk membantu satu sama lain.

4) Berdisiplin.

Jangan sewenang-wenangnya ambil individu untuk
masuk ke Mastermind Group muzri.

Silap pilih, buruk padahnya.

===
Langkah 3 - Masa dan Lokasi
===

Tetapkan jadual perjumpaan.

Penting untuk semua jemaah grup menepati 
jadual yang sudah dipersetujui.

Perjumpaan boleh dilakukan setiap minggu
atau bulan.

Untuk lebih gila, buat setiap hari.

Apa yang penting di sini adalah konsistensi.

===
Langkah 4 - Fokus Pada Agenda
===

Jangan bercakap mengenai topik politik, gosip
dan sebagainya.

Fokus pada topik-topik berikut:

1) Pembangunan bisnes.

2) Strategi pemasaran.

3) Bantuan promosi di antara satu sama lain.

Fokus pada topik yang dapat bawa untung
ke dalam bisnes sahaja.

Topik lain? Tidak penting. Ketepikan.

===
Langkah 5 - Bantu Membantu
===

Penting untuk semua ahli-ahli grup mempunyai
semangat untuk membantu di antara satu
sama lain.

Jangan pilih insan yang pentingkan diri.

Sentiasa ingat, kejayaan itu bermula apabila
kita sendiri mempunyai sifat ingin membantu
orang lain berjaya.

"The more you give, the more you get."

===
Langkah 6 - Berlumba Ke Arah Kejayaan
===

Selepas berdiskusi dalam sesi Mastermind
Group, langkah seterusnya adalah tindakan.

Berlumba-lumba dengan ahli grup yang lain.

Bersama-sama mengejar kejayaan dan
kekayaan dunia akhirat

-DAO-

Gambar aktiviti~ Faizal a.k.a Goldpot dengan hasil jualan EMAS nya hari ini. Nampaknya ramai yang telah mengambil peluang MEMBORONG EMAS ketika kejatuhan harga sekarang ini. Sesungguhnya amatlah beruntung orang-orang yang MENDENGAR!! :)