Saturday, July 20, 2013
Promosi Raye Promosi Hebat!!
Sunday, July 14, 2013
Main Meriam Batang Kelapa!!
Saturday, July 13, 2013
Strategi Perniagaan Kencang Gaya Abdul Rahman bin Auf
Assalamualaikum dan salam kejayaan buat para pembaca Majalah Niaga yang setia sekalian. Artikel kali ini membawakan perkongsian tentang strategi yang diamalkan oleh tokoh perniagaan Islam yang tidak asing lagi iaitu Abdul Rahman bin Auf r.a.
Abdul Rahman bin Auf - Strategi Perniagaan
Seperti yang pembaca sedia maklum, Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan harta
kekayaannya ke jalan agama.
Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang).
Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi.
Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?
Strategi #1 – Jual Unta Harga Kos
Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos. Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, bermakna beliau langsung tiada untung. Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf.
unta
Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.
Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.
Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.
Berbalik kepada kisah sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.
Selain strategi #1 di atas, Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Strategi #2 – Syukur Walau Untung Sedikit
“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.
Strategi #3 – Jangan Seksa Pelanggan
“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini.
Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”.
Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.
Strategi #4 – Sila Bayar Tunai
“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Bayar TunaiAbdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai.
Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.
Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.
Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.
Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja.
3 Strategi Berniaga Klasik Cara Sahabat Nabi
Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu dirham dalam satu hari. Beliau benar-benar melaksanakan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda:
“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.
Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.
Sekian dahulu artikel untuk kali ini. Moga bertemu lagi dalam artikel berikutnya. Salam kejayaan dari saya, Hasryn Hamka.
Penulis: Hasryn Hamka
Kredit: fondospantallaone, cecilimages, cashforsilverco
Jom jadi JV Partner dengan kami dalam PROGRAM USAHAWAN KERETA SEWA!! |
Thursday, July 11, 2013
Kisah Seorang Ahli Perniagaan Yang Berjaya
Pada suatu hari, ahli perniagaan ini telah ditemu ramah oleh seorang wartawan.
Wartawan : "Apakah sebenarnya rahsia kejayaan tuan?"
Ahli perniagaan: "Oh, itu senang sahaja. Hanya ada 3 perkataan untuk itu".
Wartawan : "Apakah 3 perkataan itu tuan?"
Ahli p
Kemudian, si wartawan pun bertanya, "Bagaimana untuk memperoleh keputusan yang tepat itu tuan?".
Ahli perniagaan itu pun menjawab, "Yang itu hanya ada 1 perkataan sahaja".
Si wartawan pun lantas bertanya, "Apakah 1 perkataan itu tuan?". Ahli perniagaan itu pun menjawab, "Pengalaman". Dengan perasaan yang masih kurang mengerti, si wartawan itu pun bertanya lagi, "Bagaimana untuk mendapatkan pengalaman itu tuan?".
Dengan riak wajah yang tenang, ahli perniagaan itu pun menjawab, "Keputusan yang salah".
Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita memerlukan pengalaman. Dan, untuk mendapatkan pengalaman itu sudah semestinya melalui kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan. Tanpa adanya pengalaman tidak mungkin kita dapat belajar banyak perkara dalam hidup. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup. Ianya tidak boleh dipelajari. Hanya boleh dirasai & dilalui. Jadikanlah kesalahan lalu sebagai pengalaman dalam hidup. Dan daripada pengalaman itulah kita belajar untuk mendewasakan diri, mematangkan fikiran & melakar sejarah kejayaan dalam hidup kita. :)
Wednesday, July 10, 2013
Salam Ramadhan Al mubarak
As salam dan salam ramadhan utk semua kawan2 muslim, selamat menyambut ramadhan almubarak, semoga Allah jadikn kita tergolong dlm orag2 yg bertakwa.
-MM-
Tuesday, July 9, 2013
Tips : 2 Ciri Penting Seorang Penjual Dari Kaca Mata Pelanggan
Shared from Shahabudeen
Dua perkara penting yang perlu ada pada seseorang usahawan untuk membuat jualan ialah…
a. Anda disukai pelanggan
b. Anda dihormati pelanggan
Satu atau kedua-dua ciri di atas mesti ada pada diri anda.
Untuk membuatkan diri anda disukai, anda seharuskan membiasakan diri dengan senyuman, beradap sopan di hadapan pelanggan dan mempunyai sedikit kemahiran untuk membuat lawak.
Untuk membuatkan diri anda dihormati pula, anda perlu mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang yang anda ceburi.
Dengan ilmu mendalam dan sedikit sikap bertanggungjawab, pelanggan akan mula meletakkan diri mereka di bawah anda dalam bidang ini.
Di saat ini, mereka menghormati anda dan segala kata-kata anda kini berharga bagi mereka.
Sebagai pelanggan, jika seseorang penjual itu hebat bagaimana sekalipun, jika penjual itu tidak disukai dan dihormati, pelanggan tidak akan membeli.
Pelanggan dalam banyak keadaan membeli dengan emosi dan bukanlah dengan akal rasional.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
Monday, July 8, 2013
Doa Menyambut Ramadhan Al-mubarak
Berdoalah pada hari ini....
Dengan lafaz بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
"Ya ALLAH...perkenankanlah kami untuk memuliakan bulan suci Ramadhan ini...Ya ALLAH berikanlah kekuatan untuk kami berpuasa dan melakukan pelbagai amalan mulia didalamnya...Ya ALLAH selamatkanlah kami dari segala macam sifat kemalasan dalam beribadat dalam menghalang dan jauhkan kami daripada memuliakan bulan suci Ramadhan...Ya ALLAH...Ya Rahman...Ya Rahim...Aamiin ya Rabbal'alamin.
Saturday, July 6, 2013
Gold&Investment : Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Ketulan Emas
Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas :
1) Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
2) Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
3) Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
4) Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
5) Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
6) Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)
Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.
Tuesday, July 2, 2013
Rahsia Bisnes Orang Cina
Macamna Tahap Kewangan Kita??
Kebanyakkan diantara kita akan mula mengambil kira secara serius mengenai kedudukan kewangan kita apabila berada didalam umur lingkungan 35-45 tahun.
Walaupun didalam umur sebegini, masih belum terlewat untuk memulakan sesuatu. Apa yang parah ialah jika sudah berumur 45-55, tetapi kedudukan kewangan kita masih sama ketika kita berumur 25-35 tahun. - DSR