Saturday, August 29, 2015

Penawar hati tidak tenang, gelisah, hidup huru hara, perhubungan suami isteri seperti hilang rasa kasih sayang


# IngatanBuatDiri

Selepas solat waktu. Ambil sedikit masa duduk berwirid sekejap: Baca Istighfar 10x -70x, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. 33x each dan Selawat 10x - 100x. Buat dengan tekun tanpa gangguan fokus. Buat dengan penuh khusyuk dan penghayatan apa yang dibaca. Insya Allah bila buat secara konsisten akan membantu membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepadaNya.
Ramai orang tanya saya dan beritahu hati tidak tenang, gelisah, hidup huru hara, perhubungan suami isteri seperti hilang rasa kasih sayang. Saya tidak ada jawapan kecuali ingatkan agar kita sama-sama connected dengan Allah swt dan berkasih sayang sesama kita.
Kita boleh khusyuk baca segala berita di media sosial begitu lama. Cuba berikan sedikit masa disiplin untuk solat, wirid dan baca Al-Quran walau satu muka surat selepas solat atau kurang-kurang setiap hari. Anda akan terperanjat hidup anda akan menjadi lebih tenang dan berkat Insya Allah. Ini pesanan arwah guru saya kepada saya satu masa dahulu di kala hidup saya adalah kucar kacir. Fokus perbaiki hati dan Insya Allah segala yang lain akan menjadi lebih baik.
Bila kita jauh dariNya, Dia akan "sergah" kita dengan pelbagai ujian, cabaran dan dugaan untuk ingatkan kita kembali mendekatiNya. Saya tidak sempurna dan banyak silap.
Demi Masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran. (Maksud dari Surah Al-Asr)

# KunciKataPentingAdalahKeberkatan
# SalamSubuh
#IngatanBuatDiri
# AzizanOsmam

Monday, August 24, 2015

WANG DALAM KWSP TAK CUKUP!

Jumlah wang yang kita perlukan untuk persaraan haruslah bertahan selama mana kita hidup. Ini bermakna wang tersebut mesti bertahan sekurang-kurangnya 30 tahun selepas persaraan (mengandaikan kita meninggal dunia pada umur 85 tahun). Masa yang agak panjang.

Cara untuk mempunyai wang yang cukup adalah dengan menyimpan dan melabur sebanyak mana wang yang boleh.
Sesetengah orang berkata, “Saya telah mempunyai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang itu akan meliputi semuanya”.

Ya, simpanan kita di dalam KWSP adalah bagus. Tetapi malangnya, wang itu tidak cukup. Hakikatnya, ia tidak dapat menampung walaupun separuh daripada kos sara hidup selepas bersara!

Seorang kawan saya hampir-hampir diserang sakit jantung apabila saya duduk bersama dia untuk mengira jumlah yang diperlukan untuk persaraannya. Cuma untuk menampung gaya hidupnya sekarang (tanpa menyentuh amaun prinsipal dan mengambil kira faktor inflasi), dia memerlukan RM6 juta apabila dia mencecah umur 55 tahun. Itu cuma untuk menampung gaya hidupnya sahaja dan belum mengambil kira kebebasan hidup yang diimpikan.

Sesetengah orang berkata jumlah itu hanya untuk kawan saya. Mungkin dia perlu mempunyai wang yang banyak kerana gaya hidup yang keterlaluan. Tetapi, oleh sebab gaya hidup mereka biasa sahaja, mereka tidak perlukan jumlah wang sebanyak itu.

Hujah di atas adalah salah atas dua sebab. Pertama, kawan saya ini sebenarnya hidup dengan cara yang simple. Kedua, mengapakah perlu mengurangkan gaya hidup anda selepas persaraan? Secara logiknya, bukankah kita perlu menikmati segalanya selepas bekerja keras selama 30 atau 40 tahun? Kita sepatutnya mempunyai lebih, bukan kurang wang pada akhirnya!

Tetapi, realiti sebenarnya ialah orang mempunyai wang yang kurang selepas persaraan. Ini merupakan cerita yang sedih, tragik dan menggerunkan!

#Azizi Ali Mentor Wang

Saturday, August 1, 2015

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.

Friday, July 24, 2015

Mana Satu Sikap Anda?

Ada 3 jenis sikap manusia di dalam diri kita dan di sekeliling kita yang perlu kita kenal pasti:-

1. Sikap “Hero” - Mereka proaktif, mereka menimbangkan sesetiap perkara dengan ilmu dan iman kemudian fokus untuk bertindak untuk capai matlamat mereka. Mereka percaya bahawa diri mereka bertanggungjawab dengan setiap tindakan mereka selain dari yakin dengan doa dan kuasaNya. Mereka kurangkan fokus kepada masalah tetapi fokus cari jalan penyelesaian. Mereka bersedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk capai matlamat mereka. 

2. Sikap "Biawak" - Ada kisah kenapa kita namakan sikap "biawak", di mana biawak suka makan bangkai. Sikap biawak adalah sikap mereka yang masanya sangat banyak fokus kepada masalah, alasan, negatif, prasangka buruk, salahkan orang lain dan tidak bertanggungjawab. Manusia yang suka mengumpat dan bercakap buruk di belakang orang lain dikatakan manusia yang suka makan bangkai atau makan daging saudara mereka sendiri, jadi ada persamaan dengan kebiasaan biawak. 

3. Sikap "Siput Babi" - Ada sebab kenapa dipanggil sikap "Siput Babi". Saya selalu kongsikan satu lawak jenaka di dalam seminar saya tentang Siput Babi. Saya selalu bertanya kenapa Siput Babi bergerak perlahan? Saya jawab, sebab Siput Babi keliru (confuse) samada dia Siput atau Babi. Dek sebab asyik fikir dan keliru sepanjang hayat dia samada dia siput atau babi, maka bergeraklah dia dengan perlahan-lahan. Ini gurau sahaja! Gurau pun tak boleh? Mende entah! Jangan jadi umpama Siput Babi. Sikap mereka yang umpama siput babi ni, mereka ni bijak, pandai, CGPA mungkin bagus, tahu segala perkara dalam dunia tetapi tidak berani bertindak! Tidak berani ke hadapan untuk lead sesuatu perubahan atau perkara. Mereka pilih jadi pengikut dan ikut bodoh-bodoh walaupun yang diikutnya itu mungkin bukan pandai sangat atau betul sangat... Pernah jumpa orang macam tu? 

Jadi, ini adalah 3 sikap asas karektor yang ada pada ramai manusia samada pada diri kita atau pada orang sekeliling kita. Anda rasa anda banyak sikap yang mana?


Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

----------------------------------------
Sms/whatsapp NAMA & LOKASI ke 0126656874 untuk SOLUTION bagi masalah financial anda!!

Wednesday, July 22, 2015

9 Petua Nak Berjaya Dalam Forex

Kenapa mereka jadi jutawan
Kenapa mereka jadi kaya
Kenapa mereka berjaya
semua kerana 9 petua ini

Jika anda amalkan 9 petua ini dalam diri keberangkalian besar kejayaan milik anda

1: Rancang apa yang anda plan
2: Berkawan dengan orang yang berjaya
3: Jauhkan diri dengan orang-orang berfikiran negetif
4: Belajar teknik forex yang sudah terbukti klik sini untuk panduan tersebut
5: Amalkan teknik yang telah diajar
6: Dengar nasihat jika ditegur
7: Tetapkan matlamat anda bila nak berjaya
8: Beri peluang diri anda untuk berjaya dalam forex trading
9: Yakinkan diri yang anda boleh lakukan

Yang terakhir sekali dapatkan bimbingan dari trader yang telah membantu ribuan trader menjadi smart trader,

Saturday, July 11, 2015

Graduan Zaman Sekarang Cukup Beruntung

1. Zaman sekarang seharusnya tiada lagi isu graduan yang tiada pendapatan selepas tamat pengajian.
2. Jika satu ketika dahulu ya. Dikala itu teknologi tidak sehebat hari ini. Kemampuan untuk membuat duit tidak seluas hari ini.
3. Hari ini, yang belum graduate sudah ada pendapatan melebihi 4-5 angka sebulan.
4. Memang ada yang akan mengeluh, habis tu sia-sia lah belajar nak jadi itu dan ini, jika tamat pengajian kelak hanya berniaga.
5. Tiada yang sia-sia. Bukan semua orang dapat menikmati zaman di universiti. Campus life. Menara gading. Ini pusat dimana pembentukkan mentaliti kita. Malangnya ramai yang gagal memanfaatkan zaman itu.
6. Zaman sekarang, tidak lagi boleh fokus kepada nak makan gaji. Kita kena kreatif dalam mencari sumber pendapatan. Kalau tak ada kerja, kita create kerja. Nak create kerja, haruslah bermula dengan berniaga. Kecil-kecilan pun tak apa.
7. Mana saya ada modal? Ini persoalan yang sudah lapuk. Cari tapak dahulu. Banyak cara boleh dibuat. Bisnes online. Affiliate. Dropship. Boleh tanya pakar perniagaan internet seperti Dr, Irfan Khairi, Ammar Zahar, Zamri Nanyan, Gero Azrul dan ramai lagi.
8. Dahulu tak ada facebook, instagram, twitter atau youtube. Zaman sekarang, macam-macam channel untuk kita buat duit. Pokok pangkalnya kita sendiri. Nak belajar atau tidak. Nak buat atau tidak. Tepuk dada tanya selera.
9. Dalam seminar saya, sering saya sebut, nak A tapi dapatkan B dahulu. Maksudnya, jika kita nak buka restoran. Jangan terus buka restoran. Kenapa? Restoran modalnya besar. Kita tak tahu lagi menu kita ni diterima ramai atau tidak. Mulakan dengan kecil-kecilan dahulu. Kumpul duit dari situ kemudian baru buka restoran. Follower kita pun dah ramai ketika itu. Tak susah nak pastikan sales harian kita.
10. Mula-mula memang janggal bila orang lain keluar bekerja, kita duduk kat rumah mengadap komputer. Orang lain pakai smart, kita pakai tshirt. Orang lain keluar bersama family hujung minggu. Kita keluar bersama family hari bekerja.
11. Pun begitu tidak semua manusia mempunyai keupayaan yang sama. Itu satu hakikat yang perlu kita akui. Setiap manusia itu ada bezanya.

Tuesday, April 21, 2015

# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan
warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi
orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu
melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa,
budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan
jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan
saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun
boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha
dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada
jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa
yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi
itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa
Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir
daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka.
Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga
kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah.
Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.
Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada
pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak
sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang
perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena
tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok
dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka
pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat
mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun
sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status;
ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena
turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh
dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong
orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu
turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih
kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang
Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada
pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu
bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri.
Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain
berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar
zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana
sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya
dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya
boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi
saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau
mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain
ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan
kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama,
bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri
saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada
saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu
kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau
hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada
bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang
saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada
orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya
usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah
kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu
adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa
dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya
untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini
untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya
percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan
akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan
lain supaya kita terus dapat bantu orang lain
mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang
tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah
kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain
memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa
pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di
kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di
bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya
ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga.
Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini
gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak
tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10
juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh
selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada
menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri.
Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang.
Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti
tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya
semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum
berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana
hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.
Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu
bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini
kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi
saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus
dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan
tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal
jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain,
perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu
orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat
anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah
mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain
suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin
ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan
jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan.
Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal
saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita
sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya
terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya
menolong orang lain pula. Saya percaya kepada
keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa
orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti
saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok
perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi
kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk
bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat
untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk
kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak
boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke
depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik
dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa
pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton
Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.
Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang
Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan
saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu
ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak
boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan
disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait
dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan
tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang
bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha.
Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab
orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara
yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada
orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena
kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi
bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri
sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri
seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula daripada didikan orang tua saya
sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat
sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang
habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau
hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat
saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari
dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang
diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada
setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya
sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal
terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang
ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu
yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang
lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa.
Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada
diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang
lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak
mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada
ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up
saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu
banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang
melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong
atau bertanggung jawab menyumbang pada
pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam. —

Friday, April 10, 2015

9 CARA UNTUK JADI PEMIMPIN YANG BAIK.

1. Dengar pandangan. Raikan perbezaan pendapat. Benarkan mereka menyuarakan pandangan. Tekuni ilham yang mereka cetuskan. Usah tutup mulut ahli dalam kumpulan. Hubaya hubayalah kepada mereka yang bermulut manis menuji sentiasa dan angguk sepanjang masa. Mereka lah orang pertama yang akan lari meninggalkan kita semasa kita dilanda angin puting beliung huru hara. 

 2. Usah micro - manage. Semua perkara mahu diambil kira. Itu bahaya. Perkasakan ahli dalam kumpulan. Turun bantu waktu perlu dan tinggalkan mereka untuk membesar dengan cara mereka.

 3. Apabila ada ahli buat salah,usah kutuk dan hancurkan mereka. Bantu mereka bangkit semula. Biar mereka belajar dari kesilapan. dalam agama, tiada orang gagal. Hanya mereka yang berputus asa dari rahmat Allah sahaja yang gagal. 

 4. Kembangkan modal sosial. Bina hubungan yang akan menjambatani antara ahli dalam pasukan. Ini memberi makna besar kepada kerja yang dilakukan bersama. 

 5. Apa yang saya tidak tahu yang perlu saya tahu. Bagaimana saya ingin mencuba dalam situasi yang belum tentu selamat. itulah maksud pengurusan risiko dalam pasukan. 

 6. Kenali diri. Sedar bahawa kemajuan hanya boleh dicapai dengan pembelajaran berterusan dan tahu destinasi yang mahu ditujui. 

 7. Tentukan matlamat pembangunan diri. Pemimpin hanya boleh maju dalam satu bidang tumpuan pada satu masa. Laser Focus. Bukan lima perkara yang mahu dicuba dan hasilnya tiada impak yang optima. 

 8. Tiada prima dona dalam kumpulan. Tiada kelompok dalam puak. Tiada tikam belakang. Apabila mereka tidak boleh bermain bersama pasukan, tendang keluar . 

 9. Tangkap konsep. Apabila sudah hadam konseptual , maka perkara teknikal jadi mudah untuk difahami. Latih setiap hari. 

 #Dato Roslan Ab Hamid 

----------------------------------------
Sms/whatsapp NAMA & LOKASI ke 0126656874 untuk SOLUTION bagi masalah financial anda!!

Monday, March 30, 2015

KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015

Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan :

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen),
harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi
kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini.
Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan
pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah. Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara
bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global
dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan
domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran. Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia
adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus
selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah
jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilionkepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki
nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di duniaseramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di
Malaysia.

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada
RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat.
Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh
mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api
lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati
oleh golongan kaya.

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran
Menengah (SPM). Menurut Perbadanan ProduktivitiMalaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini
adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea
Selatan dan Singapura. Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti
hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap
produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti olehpekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong
RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerjadalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara
lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyakdan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit
selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk
rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini
bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53
daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37. Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity,
Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti
Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15
tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan
ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan.Mengikut Payscale.com , kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%,nSingapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naiksesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan,
ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang.
Amin.

Pandangan Peribadi :
Dr. Nazri Khan
Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst (MATA)
Exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

----------------------------------------

Sms/whatsapp NAMA & LOKASI ke 0126656874 untuk SOLUTION bagi masalah financial anda!!

Wednesday, March 4, 2015

Nota Seorang Usahawan Pagi Rabu

Nota Seorang Usahawan Pagi Rabu:

" Kita buat apa yang kita suka,jangan pedulikan cabarannya,hadap sahaja,pasti berjaya."

1.Saya pernah menjaja di ekspo-ekspo,kesana kesini mengikuti ekspo menaiki kancil turbo, kadang-kadang menumpang van sahabat saya namanya Bujang Selamber.Tidur di dalam booth berbantal lengan,jimat tidak mahu menginap di hotel, bimbang juga kalau barang niaga dicuri orang.Itu sahaja stok jualan yang ada.Berjualan barang-barang memancing,baju bundle, spek mata hitam dan topi.

2.Saya pernah berjualan di pasar malam dan pasar pagi,seronok betul dapat menjaja di pasar. Berpeluang berkenalan dengan ramai orang, kawan-kawan sebelah baik belaka.Kami saling tolong pasang khemah,terpahat indah kenangan bersama kawan-kawan di Uptown.Di sini saya lebih kenal apa erti menjual dan selok belok menjalankan trading. Waktu ini kancil saya cuma ada 1 tempat duduk sahaja,yang lain habis dibuang bagi memberi laluan kepada khemah dan barang jualan.Kehkeh..

3. Kita pernah hidup susah berkali-kali,kita pernah selekeh dan biasa-biasa.Malah, kita juga teringin memakai yang mahal-mahal dan berjenama seperti orang lain,itukan fitrah manusia. Keinginan itu ada pada semua. "Meleleh air liur" tengok orang pakai Levis 501 Original, beli di butik levis pula tu.Apatah lagi melihat orang lain pakai Handphone terbaru dan terkini. Kita nak keluar phone pun segan-segan juga bila berbunyi, akibatnya "Silent mode" sepanjang masa.

4. Kita pernah gagal,kita pernah rugi dalam berniaga,kita pernah dihina,kita juga sering difitnah. Paling menarik,kawan-kawan semua akan jauh dan lari meninggalkan kita.Pada saat sepi dan sunyi menggalas beban dan masalah di atas kepala,tiada siapa pun mahu mendengar rintihan kita."Itu masalah engkau!",kita hanya mampu memujuk diri agar terus bangkit dan terus melangkah ke depan.Itulah turning point besar dalam hidup kita.Terima kasih buat mereka.

Tiada jaya tanpa derita dan air mata.
Tiada kaya tanpa rugi dan bersederhana.
Tiada daya tanpa doa restu ibu ayah dan keluarga.
Tiada apa-apa tanpa izin dariNya.

Amin..amin..ya rabal alamin..