Monday, June 10, 2013

Cerita Kisah Banjir dan Pemuda!

Pernah tak anda mendengar sebuah cerita mengenai sebuah rumah dalam banjir?

Ok,saya nak bercerita sekejap: (cerita ni di cerita kn oleh seseorang ye)

Sebuah rumah telah dilanda banjir; pada awalnya hanya sehingga ke paras lantai, pemiliknya Ramli hanya mampu berdoa semoga dia diselamatkan.

Kemudian, banjir semakin teruk dan paras air naik sehingga setengah rumah.
Sebuah bot penyelemat datang membantu namun Ramli menolak dan berkata; tak apa, dia akan berdoa lagi sambil duduk di atas bumbung.

Seketika slepas itu, air mencecah pula hingga ke bumbung, Ramli naik sehingga ke rabung atap dan masih lagi berdoa.
Datang pula helikopter penyelamat namun masih Ramli tidak mahu menaikinya dan berkata; tak apa dia akan terus berdoa

Sehinggalah akhirnya rumah dan Ramli terus ditenggelami air dan Ramli mati kelemasan.

Ketika mengadap Tuhannya, Ramli bertanya dengan nada kesal; Aku berdoa kepada Engkau tetapi kenapa Engkau tak tolong aku?

Maka jawab Tuhan Ramli: Ketika kau berdoa, Aku telah hantar bot penyelamat kepadamu, tetapi kau tolak, Aku juga telah hantar helikopter untuk membantumu namun kau tetap tolak juga.

Bantuan yang bagaimana lagi yang engkau mahu??

Aku pun tak faham...
Soalan itu bukan sekadar soalan.. bukan sekadar persoalan untuk Ramli malah ia juga merupakan persoalan kepada kita dalam meniti perjalanan hidup hari ini..

Anda berdoa mohon bantuan.. dan bantuan yang Tuhan berikan itu datang dalam berbagai bentuk serta cara, cuma antara anda sedar atau tidak..
Kekadang kita mengeluh, jerih dengan hidup kita.

Kadang2 kita menitiskan air mata mengenangkan nasib itu.
Adakah itu sahaja yang mampu kita lakukan?

Adakah hanya mengeluh, merintih dan menangis ..maka kita dapat merubah segala yang telah tersurat?

Tidak mahukan kita mengubah nasib diri?
Tidak mahukah kita bangkit semula daripada kegagalan semalam yang hampir mengorbanan segalanya?

Mungkin ada sesuatu yang dapat saya kongsikan bersama anda jika anda pernah mengalami saat2 seperti ini..mungkin, perubahan akan bermula apabila anda berani cuba membuka pintu hati untuk melakar kejayaan bagi menebus kegagalan semalam..

PM saya untuk ketahui cara itu.. 

~ www.tinyurl.com/emas-percuma-to-you

Saturday, June 1, 2013

Tips : Komited&Nekad Untuk Berubah

Manusia akan benar-benar komited berubah apabila mereka menjumpai "SEBAB" samada Pain & Pleasure yang akan buat mereka NEKAD untuk berubah! Jika mereka belum berubah walaupun selepas mereka hadir nenek seminar atau kursus pun, jangan hukum mereka atau judge mereka, in fact, at least mereka sedang membina WHY di dalam diri mereka. Setiap orang perlukan masa dan kuasa emosi tindakan masing-masing. Bangunan tinggi hanya akan dibangunkan selepas dasar pilingnya kuat. Apa yang penting? Jangan judge orang lain tapi perbaiki diri kita sendiri! Hidayah milik Allah swt. - AzizanOsman -

Gambar aktiviti→ Sempat lagi pengantin beli EMAS  dengan team member P4U.EMAS  tengah murah...cepat sambar!!

Thursday, May 23, 2013

Tips: Mastermind "2 minda lebih baik daripada 1."


Mastermind
"2 minda lebih baik daripada 1."

Berjemaah lebih baik daripada bergerak
seorang diri.

Dalam bahasa bisnes, ia diberi nama
"Mastermind Group."

Di mana sejumlah kumpulan kecil
yang:

1) Berhimpun secara konsisten.

2) Berkongsi idea dan strategi.

3) Mengekalkan momentum kejayaan
bisnes.

Di Malaysia (Usahawan Melayu khususnya),
tidak ramai yang membangunkan grup
Mastermind ini.

... Bergerak seorang diri adalah aktiviti yang
berisiko.

Jika kita mahu membangunkan Mastermind
Group, berikut adalah langkah-langkahnya:

===
Langkah 1 - Jemaah Maksimum (4 Orang)
===

Jangan terlalu ramai. Dikhuatiri sesi mastermind
akan jadi mesyuarat tingkap yang tidak
bermanfaat.

Hadkan jumlah jemaah maksimum 4 orang sahaja.

===
Langkah 2 - The Right People
===

Pilih orang yang menepati ciri-ciri ini sahaja:

1) Positif.

2) Komited.

3) Sentiasa fokus untuk membantu satu sama lain.

4) Berdisiplin.

Jangan sewenang-wenangnya ambil individu untuk
masuk ke Mastermind Group muzri.

Silap pilih, buruk padahnya.

===
Langkah 3 - Masa dan Lokasi
===

Tetapkan jadual perjumpaan.

Penting untuk semua jemaah grup menepati 
jadual yang sudah dipersetujui.

Perjumpaan boleh dilakukan setiap minggu
atau bulan.

Untuk lebih gila, buat setiap hari.

Apa yang penting di sini adalah konsistensi.

===
Langkah 4 - Fokus Pada Agenda
===

Jangan bercakap mengenai topik politik, gosip
dan sebagainya.

Fokus pada topik-topik berikut:

1) Pembangunan bisnes.

2) Strategi pemasaran.

3) Bantuan promosi di antara satu sama lain.

Fokus pada topik yang dapat bawa untung
ke dalam bisnes sahaja.

Topik lain? Tidak penting. Ketepikan.

===
Langkah 5 - Bantu Membantu
===

Penting untuk semua ahli-ahli grup mempunyai
semangat untuk membantu di antara satu
sama lain.

Jangan pilih insan yang pentingkan diri.

Sentiasa ingat, kejayaan itu bermula apabila
kita sendiri mempunyai sifat ingin membantu
orang lain berjaya.

"The more you give, the more you get."

===
Langkah 6 - Berlumba Ke Arah Kejayaan
===

Selepas berdiskusi dalam sesi Mastermind
Group, langkah seterusnya adalah tindakan.

Berlumba-lumba dengan ahli grup yang lain.

Bersama-sama mengejar kejayaan dan
kekayaan dunia akhirat

-DAO-

Gambar aktiviti~ Faizal a.k.a Goldpot dengan hasil jualan EMAS nya hari ini. Nampaknya ramai yang telah mengambil peluang MEMBORONG EMAS ketika kejatuhan harga sekarang ini. Sesungguhnya amatlah beruntung orang-orang yang MENDENGAR!! :)

Wednesday, May 22, 2013

Tips: The Key Failures in Leadership by Azizan Osman

The Key Failures in Leadership by Azizan Osman :-

#1 - Fail to communicate
#2 - Fail to give 100% commitment
#3 - Fail to control the situation
#4 - Complaining, not giving constructive feedback
#5 - Careless
#6 - Fail to co-operate
#7 - Lack of Cohesion
#8 - No connection of thinking, feeling & action
#9 - No command/ commandment
#10- Not consistent

Gambar aktiviti~

Monday, May 20, 2013

Teknik Makan Gajah- The Power of Weekly Goals Setting oleh Azizan Osman

Teknik Makan Gajah- The Power of Weekly Goals Setting oleh Azizan Osman

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Berapa ramai yang ingin mencapai perkara dalam hidup dia tapi akhiranya umur "berlari" dan end up tidak tercapai impian mereka?

Berapa ramai pula yang tidak merasai peningkatan dalam hidup mereka malah rasa "Pening" dengan tahap hidup mereka?

Antara sebab utamanya adalah kerana tidak ada senarai fokus atau matlamat yang jelas.

Kuasa fokus manusia adalah terletak di dalam kekuatan dia atau kuasa dia untuk menguasai apa yang dia fikir dan dirasai dijiwa serta terus dilakukan dengan tindakan.

Kajian saya bertahun-tahun mengkaji tingkahlaku mereka yang berjaya mendapati, orang yang berjaya mempunyai senarai perkara yang jelas tentang apa yang mahu mereka capai atau fokuskan samada dengan fokus besar dalam masa 10 tahun akan datang, kemudian dikecilkan untuk 5 tahun akan datang, dikecilkan lagi kepada 3 tahun akan datang, kemudian dikecilkan lagi kepada 1 tahun akan datang, dikecilkan lagi kepada 6 bulan akan datang, dikecilkan lagi kepada 3 bulan (90-hari) dan kemudian dikecilkan kepada 1 bulan (30-hari) dan kecilkan kepada 1 minggu (7-hari) dan akhirnya 1 hari (Hari Ini).

1 perkara yang suka nak share adalah, Ramai orang "nampak" sibuk tapi Produktif tapi ada juga orang yang nampak tak sibuk tapi juga produktif. Dan ramai juga yang tak sibuk dan tak produktif.

Apa itu Produktif? Asal dari perkataan "Production" atau Pengeluaran, bahasa kita hasil atau Result.

Contoh, katalah matlamat anda ialah mahu makan seekor Gajah besar. Boleh tak anda nak makan Gajah tersebut sekaligus? Tak bolehkan? Sebab cara makan gajah paling mudah adalah makan sikit-sikit. So, apa yang anda kena buat adalah mengenalpasti BERAPA BESAR Gajah tersebut dan BERAPA TAHUN anda perlukan untuk makan habiskan Gajah tersebut jika makan seorang. :)p

Katakah anda perlukan 10 tahun untuk habiskan makan gajah tersebut (Ini contoh jer), anda perlu tuliskan

Matlamat 10-tahun: Makan Seekor Gajah

Kemudian anda kecilkan proses makan gajah kepada 5-tahun, maksudnya anda kena tulis,

Matlamat 5-tahun: Makan separuh Gajah.

Matlamat 3- tahun: Makan separuh dari separuh gajah (Mungkin punggung dulu atau kepala dulu) buat steak ke....

dan seterusnya, sampailah kepada matlamat 1-minggu.

Contoh: Matlamat 1-minggu ini adalah apa? anda kena senaraikan. Contoh mungkin, cari pisau pemotong gajah, cari peti ais besar nak simpan gajah, cari pengasah pisau, cari pakar sembelih gajah dan macam-macam lagi yang membawa kepada proses pencapaian besar nanti.

Baca dan buat ini:-

Apa yang anda perlu belajar buat dengan baik adalah menulis sekurang-kurangnya 10 Perkara yang anda ingin capai atau lakukan dari hari ini hingga ke hujung minggu dari segi 3 aspek general mengikut format mudah dibawah :-

WINS (Apakah kejayaan yang anda capai minggu lepas dan tuliskan 3 perkara samada kejayaan dalam tugas kerja atau personal achievement)

1.
2.
3.

TTA (Thing To Achieve) (Ini adalah senarai perkara yang anda pending atau baki kerja minggu lepas yang belum selesai Carried Forward+Baru, tuliskan mengikut Priority/Keutamaan)

At Work (Min 10)

1.
2.
.
.
.
10.

Personal (Min 10)
1.Contoh- Kemas dapur
2.Cari kain untuk baju raya
3.
.
.
10.

Kemudian tentukan yang mana satu No.1 keutamaannya yang anda kena buat hari ini dan yang mana satu boleh delegate untuk orang lain buat tapi anda monitor atau pastikan deadline bila siap, kemudianyang mana satu tak berapa penting sekarang. (Lagi banyak anda boleh delegate lagi bagus). Gunakan juga teknik "Eat The Frog" yang bermaksud, Makan Katak? Bukan, maksudnya ialah buat yang paling susah tapi sangat penting terlebih dahulu.

Disiplinkan diri ambil sedikit masa setiap ahad atau isnin awal pagi sebelum masuk pejabat atau pada hari pertama bekerja minggu tersebut untuk tuliskan atas kertas dengan jelas. Ia mengambil sedikit masa 15-60 minit untuk anda tuliskan tetapi ianya akan buat anda capai banyak perkara setiap minggu ke arah matlamat besar anda. Dan jangan lupa untuk raikan Wins anda setiap hari dan setiap minggu. Orang berjaya kita mencapai kejayaan setiap hari dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian diri setiap hari, orang gagal? Tunggu pengiktirafan dunia satu hari nanti.....Sambil bersedih main biola tepi Sungai Klang.

Apa yang saya kongsikan ini perlu menjadi disiplin mingguan anda sehingga anda Master Your Life kerana bila anda Master Your Life anda Master Your Time!

Saya doakan anda kaya berjaya dan diberkati! Terima kasih kerana membaca dengan sabar dan saya izinkan untuk kongsikan dengan ramai orang lain! Disiplin kunci kejayaan!

- AzizanOsman

Gambar aktiviti~ Sharing p4u bisnes konsep makin menular. Simpanan emas hari ini menjamij mase depan anda!

Sunday, May 19, 2013

Tips: Kesan Pengurusan Pelanggan


Kesan Pengurusan Pelanggan

Dalam perniagaan, pemasaran adalah
nadi utama.

Dalam masa sama, nadi itu disokong dengan
satu lagi prioriti.

Ramai usahawan baru dan berpengalaman
terlepas pandang terhadap isu ini. Kemudian
membuatkan bisnes mereka rugi secara
berperingkat.

Apabila isu ini dipinggirkan, maka azab bisnes
menanti.

Isu yang saya maksudkan adalah "Customer
Support."

... Atau bahagian bantuan sokongan pelanggan.

===
TIngkah Laku Pelanggan
===

Apabila pelanggan bersetuju untuk beri kita duit,
maka mereka berhak dilayan dengan baik.

Itu sebabnya dalam sistem bisnes, penting
untuk mempunyai barisan "Customer Support"
yang bijak untuk memikat hati pelanggan.

Jadi, bagaimana untuk kita mempunyai
barisan askar yang berkaliber dan
berkualiti?

Ini JAWAPANNYA.

===
1 - Peraturan Deringan 3 Kali
===

Apabila pelanggan menghubungi nombor 
telefon, sebaik-baiknya kita angkat sebelum
deringan kita.

Untuk e-mel pula, balas dalam masa kurang
3 jam.

Tempoh masa untuk memberi respon adalah
kritikal.

... Ia dapat mencerminkan kredibiliti pemilik
bisnes.

===
2 - Senyum, Gembira, Bahagia
===

Jadikan barisan askar bisnes kita sebagai
pencipta bahagia dalam diri pelanggan.

Walau apa jua keadaan, sentiasa memenangi
hati mereka.

Pelanggan adalah aset.

Jaga aset dengan sebaik-baiknya. Layan dengan
mewujudkan kebahagiaan.

Senyum. Buatkan si pelanggan selesa

===
3 - Kritikan Sebagai Penambahbaikan
===

Kita tidak lari daripada sebarang masalah atau
kritikan.

Sebagai pemilik bisnes yang bijak, segala kritikan
ini diambil bagi tujuan penambahbaikan.

Setiap komplen adalah peluang untuk kita
memenangi hati pelanggan dari semasa
ke semasa.

Jadi, usah kecewa dengan kritikan.

Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk
lebih kaya dan berjaya.

Adakah anda sudah menyiapkan askar-askar
"Customer Support" dalam bisnes?

Jika belum, maka ini masanya.

Melabur untuk kekayaan jangka masa panjang.

Semoga membantu. ;)

-DAO-

Gambar aktiviti~ Sharing bisnes konsep P4U dimana-mana. Makin lama makin ramai yang celik minda pentingnya bermula untuk buat SIMPANAN EMAS. Dengan menjadi members P4U anda layak mendapat harga MURAH & berpeluang MENJANA pendapatan LUMAYAN. Jom!!