Wednesday, December 19, 2012

Antara 1970-2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K-RM400K!


Harga Rumah 2013 Antara 1970 2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K RM400K!
Jikalau sebelum ini pembaca Berita Semasa mungkin sudah membaca laporan DI SINI yang menjangkakan rakyat Malaysia perlu berpandapatan RM12,000 sebulan untuk membeli sebuah rumah teres yang berharga RM800,000. Iaitu 8 tahun daripada sekarang. Bersedialah semua di sini….
Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain….
Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
  • Kos sara hidup meningkat tinggi tak seimbang dengan pendapatan kalangan rakyat Malaysia
  • Gaji nak 13% harga barang pula naik sehingga 70%. Itupun kenaikan gaji tidak tidak meliputi kesemua golongan yang berkerja di Malaysia. Bergantung dengan majikan masing-masing. Ada yang naik ada yang tidak……Ada yang terpaksa menuntut berkali-kali, ada yang hampir pasti menunggu habuan besar setiap tahun
  • Manakala, kenaikan kos sara hidup tetap perlu ditempuh
  • Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
Dan bagi sudah tiba masanya untuk Dasar Perumahan Negara perlu dikaji semula supaya dilihat sesuai dengan peredaran zaman & realiti yang berlaku hari ini. Sedangkan, kita masih lagi menggunakan dasar lama yang masih tidak dikaji semula
Keadaan (harga) tanah semakin tinggi, tetapi dasar kita masih dasar yang ke belakang
  • Penetapan kadar harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula kerana kadar RM200,000 hingga RM400,000 pada masa ini masih tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah di bandar.
  • Pemaju yang sanggup bina rumah mampu milik, pelannya diproses dengan kadar segera supaya dapat membantu menurunkan ‘holding cost’ dan rumah boleh dibina pada kadar harga lebih murah
  • Kerajaan mewujudkan bank tanah dengan bertindak membeli tanah yang boleh dibangunkan di seluruh negara bagi mengawal kenaikan harga rumah di masa akan datang
  • Lain? Ada nak tambah?

Riba Harga Rumah Antara 1970 2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K RM400K!

Satu Lagi Masalah Riba di Malaysia :

Ini satu lagi masalah bagi kami perlu sangat dikaji semula. Sangat menindas rakyat!
Pinjaman Tanpa Faedah(andaikata ia wujud di Malaysia)
  • harga rumah rm200,000
  • tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
  • pengiraan pinjaman:-RM200,000/300 BULAN = RM666 SEBULAN! Ini jumlah yang sepatutnya anda bayar setiap bulan
Pinjaman Dengan Faedah (Inilah realiti yang berlaku hari ini)
  • Harga rumah RM200,000
  • Tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
  • Faedah (riba) 6% setahun (ikut standard)
  • Pengiraan pinjaman:- 6% setahun x RM200,000 = RM12,000 setahun (faedah = riba)
  • RM12,000 x 25 tahun (tempoh pinjaman) = RM300,000!!  (faedah = riba)
  • Jadi, harga rumah RM200,000 + RM300,000 (faedah =r iba) = RM500,000
  • RM500,000 / 300 bulan = RM1666
  • Kepada pembuat dasar negara? Adakah mereka sedar atau tidak? RIBA yang bagi kami sangat-sangat tidak munasabah dan berperikemanusiaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan di Malaysia!!
P/S : Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang bagi mengadapi beberapa lonjakan harga rumah untuk beberapa tahun mendatang?

Saturday, December 15, 2012

Lelong.my Malaysia (Lelong.my) & Mudah Ramai Scammer? Kes Penipuan Meningkat Hampir 50%!!



Lelong.com .my  Lelong.my Malaysia (Lelong.my) & Mudah Ramai Scammer? Kes Penipuan Meningkat Hampir 50%!!
Lelong Malaysia : Sekarang semuanya dihujung jari. Tetapi kadangkala kemudahan yang disediakan jika tidak digunakan dengan betul boleh memakan diri. Laman Mudah Malaysia dan juga my Lelong Malaysia menjadi perhatian kalian penjual dan pembeli online untuk berkumpul dan berurusniaga antara satu sama lain. Adakah anda salah seorang daripadanya? 
Hari ini, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Supt NgKeok Chai memaklumkan melalui laporan akhbar The Star:
  • Kes penipuan melibatkan pembelian secara online di Selangor telah meningkat hampir 50%
  • Selangor??? Erm…..tidak mengejutkan kerana berdasarkan statistik yang kami kumpul sebelum ini rata-rata pembeli online adalah kalangan pengguna Internet di Kuala Lumpur, Selangor dan juga Sabah
Statistik kes penipuan di Internet (2010-2011) di Selangor :
  1. 445 kes (pada 2011) – meningkat hampir 50%
  2. 247 kes (pada 2010)

Mudah VS My Lelong Malaysia?

Antara laman web popular di Malaysia yang menjadi tumpuan kalangan penipu (scammer) di Internet adalah :
Lelong My Lelong.my Malaysia (Lelong.my) & Mudah Ramai Scammer? Kes Penipuan Meningkat Hampir 50%!!
Biasanya kes penipuan, modus operandi mereka adalah dengan cara meminta pembeli memasukkan wang ke dalam akaun penjual yang ada kaitan dengan pemilik akaun bank yang lain. Tetapi dalam masa yang sama barang tak dapat seperri apa yang diiklan di my Lelong Malaysia.
Scammer di Internet sebenarnya ada di mana-mana tetapi mereka lebih gemarkan laman web seperti Mudah Malaysia dan juga Lelong Malaysia kerana memiliki trafik dan jumlah pelawat yang tinggi. Dengan harapan, daripada ramai-ramai yang datang itu, akan ada yang “tersangkut” dan akhirnya tertipu dengan tipu helah mereka.
Jenis penjual online yang kerapkali menipu tanpa serik ini :
  • Mereka tak fikir perasaan yang orang lain yang tertipu
  • Dosa, pahala nombor dua. Yang penting wang…..
  • Kasihan kepada penjual yang benar-benar jujur untuk berniaga di Lelong Malaysia contohnya

Tips Elakkan Penipu di Lelong Malaysia?

Jadi, dalam pada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka, pembeli sepatutnya lebih berjaga-jaga apabila sudah menyedari situasi yang berlaku sekarang ini. Pembeli perlu lebih bijak berurusniaga dengan penjual :
  • Jikalau harga barang terlalu mahal, elakkan melakukan pembayaran secara online. Lebih mudah dan selamat jika lakukan secara COD.
  • Jikalau penjual tersebut menjual harga 2, 3 barang sahaja, nasihatkan berjaga-jaga. Bagaimana mudahnya mereka-mereka ini “setup perniagaan” secara online, begitulah juga untuk mereka senang untuk “cabut lari”. Kami tidak katakan semuanya penipu. Tidak,  sama sekali. Cuma…..kami hanya minta anda dan sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada.
  • Jangan sesekali letakkan sepenuh kepercayaan kepada penjual. Disebabkan duit, ramai yang hilang pertimbangan
  • Rule of thumb, selagi anda berminat untuk membeli secara online di My Lelong Malaysia => boleh buat COD => jumpa seller & berpuas hati dengan barang yang ingin dijual => barulah membayarnya
  • Ada yang mahu tambah?
Nak cari dan kumpul duit bukannya mudah sekarang. Jadi jangan sesekali memberikan wang anda kepada penjual tanpa usul periksa dan membiarkan diri anda ditipu penjual. Keputusan di tangan anda.
P/S : Anda ada pengalaman sendiri semasa berurusniaga secara online di Mudah my atau Lelong Malaysia atau di mana-mana platform online sekalipun, tidak kira samada anda adalah penjual mahupun pembeli, mungkin boleh kongsikan bersama rakan pembaca di sini?

Wednesday, December 12, 2012

Kereta Sewa Murah KL / Sewa Kereta Kuala Lumpur


Perkhidmatan Sewa Kereta Murah Pandu Sendiri Kuala Lumpur!!




Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri di area UTM Semarak, Student UTM Semarak, Wangsa Maju, Setapak
, taman Melati, Melawati, gombak ,Lembah Klang etc. 

Perodua 

Viva Elite (Auto)
1 days = RM 100
Weekly RM570
One Month =RM1500 nego

Kami menyediakan kereta sewa murah dan berpatutan untuk kereta sewa di Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan kereta-kereta lain seperti:

Myvi (Auto)
1 days = RM 130
Weekly RM710
One Month =RM1900 nego

Proton
Saga FLX (1.3) Auto
1 days = RM 120
Weekly RM630
One Month =RM1700 nego

Persona / Preve (1.6) Auto
1 days = RM 170
Weekly RM980
One Month =RM2500 nego

Exora (MPV)
1 days = RM 300
Weekly RM1750
One Month =RM3200 nego



Kereta-kereta  lain boleh tanya kami available or not!! 



Dokumen:
1. Salinan ic
2. Salinan lesen/kad pelajar untukpelajar IPT
3. Salinan bil air/elektrik rumah
4. Booking fee RM100 + Harga sewa (deposit dipulangkan masa pemulangan kereta)

Untuk booking dan pertanyaan lanjut:
Muzri : 0126656874 sms/whatsapp or call

p/s: pihak kami berhak menukar kadar cas mengikut kadar semasa. Sila contact kami untuk info lanjut. terima kasih 

BERMINAT UNTUK SEWA?? TEMPAH SECARA ONLINE SEKARANG!!

Name:         
Email Address:         
Phone No:         
Pekerjaan Anda: Student
 Pekerja Kerajaan
 Pekerja Swasta
 Bekerja Sendri
Tarikh untuk Sewa Kereta:             
Jenis Kenderaan:


Key word carian di google.com 
*sewa kereta murah wangsa maju
*sewa kereta murah di kuala lumpur 
*sewa saga flx kl 
*perkhidmatan sewa kereta 
*sewa kereta pandu orang lain 
*khidmat sewa kereta di kuala lumpur 
*sewa kereta preve di kl 

Tuesday, December 11, 2012

Seminar Praktikal Bagaimana Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa Master Yus

Untuk Makluman semua, saudara Yusnizam Yusuf masih lagi membuka peluang untuk  anda yang ingin menjadikan tuisyen sebagai pendapatan sampingan atau sepenuh masa.. 
Personally, saya memang kenal dengan beliau kerana dia adalah kawan lama semasa sama-sama buat satu networking bisnes dahulu. Saya amat-amat mengesyorkan sesiapa yang  berminat. Sila klik link di bawah untuk ke halaman utama. 



Saturday, December 8, 2012

5 TIP CEGAH MUFLIS


Masalah kewangan bukanlah isu terasing dalam sesebuah perniagaan. Semua syarikat pernah mengalaminya. Cuma yang membezakan mungkin pada nilai keperluan wang dan tahap keseriusan masalah itu. 
Kadang-kala, masalah yang timbul berlaku kerana hal luar jangka seperti masalah pembayaran dari pelanggan. Pelanggan menjanjikan bayaran daalam tempoh tiga bulan selepas projek siap tetapi bayaran yang diperolehi hanya selepas enam bulan (malah ada yang sehingga setahun menunggu bayaran). 

Walaupun, perkara-perkara ini diluar jangka, namun ada beberapa perkara yang masih di dalam kawalan usahawan dalam mencegah isu muflis:

Pastikan Ada Dana Kecemasan
Dana kecemasan penting bagi setiap syarikat. Sebaik-baiknya dana itu boleh menampung sekurang-kurangnya aliran perbelanjaan syarikat untuk tiga bulan. Amalkan menyimpan amaun yang konsisten setiap bulan di dalam Fixed Deposit (FD) atau Sijil Amanah bagi tujuan dana ini. Jika syarikat hanya mampu simpan RM500 setiap bulan, itu sudah bagus untuk permulaan. Paling penting ialah konsisten. 

Pastikan 'Kesihatan Kewangan' Pemilik Baik
Menjadi pemilik syarikat, anda perlu lihat kesihatan kewangan anda. Kadang-kala usahawan terlepas pandang tunggakan bayaran peribadi misalnya untuk kad kredit, ansuran kereta, pinjaman rumah dan lain-lain. Jika anda pemilik syarikat tunggal, masalah kewangan peribadi akan menjejaskan perniagaan anda. Anda boleh ke Blok C, Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan status kesihatan kewangan anda. 

Pelbagaikan Portfolio 
Selain projek besar, syarikat perlu mempunyai projek-projek kecil yang boleh meringgankan aliran perbelanjaan syarikat setiap bulan. Bergantung pada hanya satu projek besar bakal membawa risiko kewangan yang besar kelak. 

Jika Terima Surat Peguam, Berbincanglah
Pernahkah anda menerima surat peguam berkaitan pinjaman atau pembekal anda mengemukakan saman? Ramai usahawan mengambil lewa isu surat peguam ini. Berbincanglah dengan peguam tersebut. Selalunya jika anda menerima surat peguam yang bertindak mewakili pembekal, anda masih berpeluang berbincang dengan pembekal anda itu. 

Pembekal anda juga seorang peniaga. Berbincanglah untuk bayaran ansuran. Beritahu kepada mereka situasi perniagaan anda dan beri satu komitmen ansuran pembayaran. Ketelusan anda untuk membuat bayaran secaran ansuran disebalik kekangan kewangan akan meningkatkan kepercayaan pembekal kepada anda. 

Sediakan Senarai Hutang
Apabila kekangan wang berlaku, senaraikan hutang dan perbelanjaan bulanan anda. Kemudian letak keutamaan pada hutang yang anda fikirkan bakal menyebabkan anda terjerumus dalam isu muflis. Misalnya, tunggakan bil, tunggakan pinjaman dengan bank dan bayaran kepada pembekal mempunyai keutamaan berlainan jika anda hanya mempunyai wang terhad di tangan. Buatlah keutamaan secara bijak.

Wednesday, December 5, 2012

Berani 2013: Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Akan Jadi Kenyataan !!

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2013 makin menjelma. Untuk makluman semua, Dr. Azizan Osman iaitu Jurulatih Kejayaan #1 Asia akan mengadakan satu program PERCUMA untuk kita semua. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk kita pergi lebih jauh dalam apa-apa bidang yang kita ceburi baik bisnes, kerjaya atau apa saja. JOM kite BERANI untuk BERTINDAK pada tahun 2013 akan datang!! 



Tuesday, December 4, 2012

Applying loan with bad record in CCRIS


FAQ (Frequently Asked Question) about CCRIS.

Q : My name is in CCRIS. What it’s mean?
A : Actually everyone who has loan with bank has their name in CCRIS. Regardless your payment record is good or not. So what bank will check in CCRIS is your payment history. Any overdue payment on your record.
Example of Good record:
ccris-good-record.JPG
Example of Bad record:
ccris-bad-record.JPG
Based on my experience applying loan from 5 banks, bank definitely will check our CCRIS’s status together with our payslip, EA form, etc. It’s one of procedure in their system. One of bank officer did show me that he couldn’t click on submit button because his system locked it because of my bad record in CCRIS. It appears that I have overdue payment with other bank.
Q : With my bad record in CCRIS, how can I apply for loan?
A : Clear your overdue payment, make sure to pay your regular payment after that, and apply again for loan 3 months later.
Q : Why I only can apply again 3 months later?
A : Bank want to make sure that you’re really committed. If you apply loan again right after you clear your overdue payment, bank will considered that you did that just to get another loan.
Q : I can’t wait for another 3 months. How should I do?
A : If you have some cash that could cover all you outstanding loan, make full settlement. Within 40 days after you did full settlement, the loan record will be deleted from CCRIS. Or you can apply again using full settlement letter from bank.
Q : Bank that I’m applying loan can’t check which bank that I have overdue payment. So how to check my CCRIS?
A : Call every bank of your loan and check with them whether you have overdue payment. Or go to Bank Negara to get a full report. Check previous post for details…About CCRIS (Apa itu CCRIS)
Q : Any other way than above?
A : This really rare but some officer can submit your loan with your degree or other certificate. This happened to me because I can’t wait for 3 months after clear all my overdue payment. Don’t know how the officer did it, but don’t put your hope so much.

Saturday, December 1, 2012

ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!


ASB 2012  ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!
Ramalan peratus dividen ASB 2012 tahun ini + bonus
Biasanya, akan selalu umum dividen ASB sekitar antara 20 – 24 disember setiap tahun. Tetapi berbeza pada tahun ini, PNB dijangka akan mengumumkan dividen ASB 2012 pada minggu hadapan. Awal Disember 2012, lebih awal daripada daripada selalunya. Dan…..
Dan, dividen ASB 2012 + bonus pun dijangka lebih tiggi daripada biasa….Harap-harap bagi tinggi supaya orang ramai dalam mood “gembira” sebelum Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Dividen ASB 2012 + Bonus & ASN Lebih Tinggi?

KOTA BHARU – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada minggu hadapan.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, lebih 11 juta pelabur dijangka akan mendapat pulangan lebih tinggi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata, setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.

Rekod Pengagihan Dividen ASB + Kadar Bonus Dari 1990-2011?

ASB Dividen 2012  ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? Minggu Depan Umum!
Kalau nak diharapkan dividen ASB 2012 sekitar 15% seperti yang dinikmati kalangan pelabur Bank Rakyat memang tinggal harapan sahaja. Tetapi yang pastinya lebih tinggi daripada dividen ASB 2011
sumber: Berita semasa.com 

Wednesday, November 28, 2012

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu


Hadith:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Tuesday, November 27, 2012

Daftar Akaun DROPBOX PERCUMA dapat Space Storage PERCUMA!!

Semua sudah ada akaun Dropbox ke? 

Kita boleh simpan apa saja fail seperti dokumen,gambar, audio dan video secara online dengan Dropbox. Kita boleh simpan fail ke akaun Dropbox kita dan walaupun kita terlupa bawa thumb drive semasa di Cyber Cafe atau dimana sahaja dan kita masih boleh akses file kita tersebut. Kita boleh simpan apa-apa saja di DROPBOX dan boleh bukanya asalkan ada talian internet. Senang dan mudah kan? 

Jadi apa tunggu lagi? Jom daftar akaun Dropbox secara percuma 
dengan klik link ini: DROPBOX